SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 3230

CHEW SOO HO

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHENG KOK YIN & SEORANG PERAYU YANG LAIN - Appellant
Versus
COTRA ENTERPRISES SDN BHD - Respondents

AWARD NO: 759 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 80/08)
Decided On : 04/29/2008

Advocates:
Bagi Pihak Responden - Denise Tan; T/n Shearn Delamore & Co
Pihak Menuntut - Tidak Hadir

Rujukan:

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Cheng Kok Yin Dan Seorang Perayu Yang Lain (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut-Pihak Menuntut") oleh Cotra Enterprises Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 7 Disember 2006.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Cheng Kok Yin dan Encik Tee Lai Ho, Pihak Menuntut-Pihak Menuntut pada 7 Disember 2006.

Kes ini dibangkitkan untuk sebutan kali keempat pada 29 April 2008 dengan kehadiran Cik Denise Tan dari Tetuan Shearn Delamore & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Kedua-dua Pihak Menuntut tidak hadir walaupun mereka masing-masing telah menerima surat Mahkamah melalui surat berdaftar A.R. untuk hadir pada hari ini 29 April 2008. Di samping itu, Pihak Menuntut-Pihak Menuntut juga tidak memfailkan Kenyataan Kes seperti yang diarahkan oleh Mahkamah. Cik Denise Tan memohon agar kes ini dibatalkan kerana tiada Kenyataan Kes difailkan oleh Pihak Menuntut-Pihak Menuntut sepertimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

Memandangkan kedua-dua Pihak Menuntut telah tidak hadir (Pihak Menuntut 1 tidak hadir sebanyak 2 kali dan Pihak Menuntut 2 tidak hadir sebanyak 4 kali iaitu sejak kes ini disebutkan pada kali pertama) dan juga tidak memfailkan Kenyataan Kes masing-masing, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini tetapi dengan kebebasan untuk ia dipohon dihidupkan semula dalam tempoh 3 bulan dari tarikh hari ini.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top