SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 3845

CHEW SOO HO

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
MOGAN BALASUNDRAM - Appellant
Versus
ASSOCIATED CONCRETE PRODUCTS (M) SDN BHD - Respondents

AWARD NO: 758 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 1815/07)
Decided On : 04/29/2008

Advocates:
Bagi Pihak Menuntut - Stanley Thiagarajah; Kesatuan Sekerja Pembuatan Barangan Galian Bukan Logam
Bagi Pihak Responden - Usha Kulasegaran; T/n Ranjit Thomas & Kula

Rujukan:

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai pembuangan kerja Encik Mogan a/l Balasundram (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Associated Concrete Products Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 8 Jun 2006.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Mogan a/l Balasundram, Pihak Menuntut, pada 8 Jun 2006.

Kes ini dibangkitkan untuk sebutan pada 29 April 2008 dengan kehadiran Encik Stanley Thiagarajah bagi pihak Kesatuan Sekerja Pembuatan Barangan Galian Bukan Logam, wakil yang mewakili Pihak Menuntut dan Cik Usha Kulasegaran dari Tetuan Ranjit Thomas & Kula, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut tidak hadir. Cik Usha Kulasegaran memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan memohon agar Award Persetujuan dikeluarkan menurut terma-terma persetujuan seperti berikut:

(1) Pihak Responden hendaklah membayar kepada Pihak Menuntut jumlah sebanyak RM35,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lima Ribu sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini tanpa sebarang pengakuan liabiliti;

(2) Bayaran jumlah penyelesaian tersebut sebanyak RM35,000.00 hendaklah dibuat kepada Pihak Menuntut melalui "Non-Metalic: Mineral Products Manufacturing Employees' Union" sebagai wakil kepada Pihak Menuntut oleh Pihak Responden dalam tempoh Satu Bulan daripada hari ini iaitu pada atau sebelum 29 Mei 2008; dan

(3) Akibat penyelesaian ini, Pihak Menuntut bersetuju bahawa tiada apa-apa jua tuntutan lanjut akan diadakan terhadap Pihak Responden darihal pekerjaan dahulu beliau dengan Pihak Responden.

Encik Stanley Thiagarajah mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.

Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top