SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 151

AHMADI HAJI ASNAWI, J

MAHKAMAH TINGGI (MUAR)

MALAYAN BANKING BERHAD - Appellant
Versus
ENG SAY KUANG - Respondents

GUAMAN SIVIL NO: 23-28 TAHUN 2002

Decided On : 06/04/2008

Mahkamah: Rayuan ditolak dengan kos atas alasan-alasan berikut:

1. Saya berpendapat bahawa traksaksi ini merupakan satu transaksi pinjaman wang yang straight forward dimana pihak Plaintiff telah memberi pinjaman wang kepada Syarikat Victory Industries (M) Sdn Bhd yang mana kedua-dua Defendan bertindak sebagai penjamin bagi pembayaran kembali wang pinjaman berkenaan.

2. Saya telah menghalusi affidavit pihak Plaintiff (Encl. 8) bagi menyokong permohonan Saman Dalam Kamar bagi penghakiman terus dibawah A. 14 K. 3(1) RHC 1980.

Fakta-fakta yang dideposkan untuk menentusahkan asas tuntutan dengan jelas menunjukkan bahawa Plaintiff telah meluluskan pinjaman tersebut kepada syarikat berkenaan sebagaimana surat-surat tawaran MBB-1 dan MBB-2 dan penerimaan tawaran-tawaran tersebut oleh syarikat dalam exhibit yang sama.

3. Fakta bahawa kedua-dua Defendan telah bertindak sebagai penjamin juga telah ditunjukkan sebagaimana dalam exhibit MBB-3.

4. Fakta bahawa syarikat peminjam telah gagal untuk melunasi pinjaman tersebut dan notis tuntutan kepada kedua-dua Defendan supaya membayar jumlah yang tidak dilunasi oleh syarikat tersebut telah juga dihantar kepada kedua-dua Defendan sebagaimana ditunjukkan dalam exhibit-exhibit MBB-4:

5. Pihak Plaintiff juga telah menunjukkan bahawa jumlah yang, terhutang oleh kedua-dua Defendan selakat 31.1.2002 ekoran daripada jaminan berkenaan adalah scbanyak RM4,507,424.52. Jumlah ini tidak pernah dipertikaikan oleh kedua-dua Defendan. Jumlah ini adalah daripada angka-angka yang terkandung dalam penyata akaun Plaintiff berkenaan dengan akaun peminjara dengan Plaintiff seperti mana dalam exhibit MBB-5 adalah dipetik daripada lejar Plaintiff.

6. Pada akhirnya adalah undang-undang yang mantap bahawa sijil keberhutangan Plaintiff berkenaan dengan jumlah yang tertunggak di dalam akaun peminjam exhibit MBB-6, adalah bukti konklusif mengenai keberhutangan syarikat/Defendan-Defendan, kecuali Defendan-Defendan dapat menunjukkan kesilapan ketara kepada sijil tersebut. Dalam kes ini Defendan tidak menunjukkan wujudnya kesilapan yang ketara berkaitan dengan sijil tersebut.

7. Dalam keadaan seperti di atas saya tidak nampak bagaimana permohonan/tuntutan Plaintiff adalah defektif. Demikian juga saya tidak nampak bagaimana affidavit pihak Plaintiff dikatakan telah tidak mencukupi untuk membolehkan penghakiman terus dimasukkan. Pada pendapat saya fungsi sesuatu affidavit dalam permohonan seperti ini adalah untuk menentusahkan (verify) sesuatu cause of action. Affidavit ini tidak memerlukan supaya setiap perkara yang terkandung dalam penyata tuntutan di verifykan. Verifikasi kausa tindakan di dalam sesuatu affidavit itu boleh dilakukan in general terms. Inilah yang telah berjaya dilakukan oleh pihak Plaintiff dalam permohonan ini dan ianya tidak mencacatkan permohonan ini.

Affidavit Plaintiff yang mengandungi allegasi keberhutangan Defendan-Defendan kepada Plaintiff setakat amaun yang dituntut dan disokong dengan dokumen-dokumen sokongan yang releven adalah mencukupi bagi pematuhan O. 14 r. 2 kerana pada pendapat saya ianya adalah verifikasi fakta-fakta on which tuntutan pihak Plaintiff didasarkan.

8. Saya juga mendapati bahawa Notis tuntutan telah dihantar dengan sempurna kepada Defendan-Defendan seperti ditunjukkan dalam bukti pengeposan dan borang bertajuk Kiriman Banyak, Borang-Borang Berdaftar. Pengeposan dibuat oleh Pejabat Pos berpandukkan kepada alamat yang tertera pada Notis tuntutan, dan bukan alamat pada borang kiriman yang hanya digunakan untuk rekod dan simpanan pejabat penguamcara Plaintiff. Alamat pada Notis tuntutan adalah alamat yang lengkap dan betul seperti mana dibekalkan dalam Letter of Guarantee.

9. Akhirnya saya juga mendapati bahawa perjanjian pinjaman adalah teratur dibawah BAFIA.

10. Defendan-Defendan tidak pernah menafikan fakta pinjaman atau mempertikaikan amaun tuntutan atau keesahan mereka sebagai penjamin kepada pinjaman berkenaan. Defendan-Defendan gagal untuk menunjukkan triable issues yang mew

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top