SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 3121

AHMADI HAJI ASNAWI, JC

MAHKAMAH TINGGI (MUAR)

YOON SANG KI & ANOR - Appellant
Versus
HUANG AI-O & ANOR - Respondents

GUAMAN NO: 22-10 TAHUN 2007

Decided On : 05/29/2008

PENGHAKIMAN

Permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 34 adalah dibuat menurut O. 24, r .10 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 supaya mahkamah mengarahkan Plaintif-Plaintif untuk mengemukakan dokumen-dokumen asal yang telah diekshibitkan di dalam Afidavit Sokongan Plaintif yang bertarikh 29.1.07 khususnya Exhibit 7,8, 9, 14 dan 15 untuk diperiksa di hadapan mahkamah.

Secara ringkasnya, fakta di dalam kes ini adalah seperti berikut. Plaintif-Plaintif di dalam kes ini telah memfailkan satu permohonan untuk injunksi (Lampiran 3) terhadap defendan pertama dan kedua bagi menuntut wang berjumlah RM1,521,255.00 dan RM356,147.64. Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa Defendan-Defendan ada memasuki 2 perjanjian bertarikh 7.1.06 yang berjumlah RM380,000.00 dan RM1,000,000.00, serta perjanjian bertarikh 20.4.06 bagi jual beli saham, dan satu perjanjian lagi bertarikh 20.11.06. Perjanjian-perjanjian itu telah diekshibitkan dalam afidavit yang menyokong permohonan Plaintif untuk mendapatkan perintah injunksi, dan Plaintif-Plaintif telah berjaya di dalam permohonannya. Bagaimanapun, Defendan-Defendan telah menafikan segala dakwaan Plaintif dan menyatakan bahawa mereka tidak pernah memasuki perjanjian-perjanjian yang dinyatakan. Selanjutnya, Defendan-Defendan mendakwa bahawa mereka telah dipaksa untuk menandatangani kertas kosong sebagai jaminan bagi transaksi pinjaman yang dilakukan antara Plaintif dan Defendan di bawah Akta Pinjaman Wang 1951. Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa pinjaman tersebut telah dikenakan kadar faedah yang tinggi (8% sebulan) dan oleh itu ianya tidak boleh dikuatkuasakan menurut Akta berkenaan. Menurut Defendan-Defendan perjanjian-perjanjian yang dinyatakan oleh Plaintif adalah tidak wujud sama sekali dan injunksi interim yang diperolehi terhadap Defendan-Defendan adalah berdasarkan kepada perjanjian yang palsu. Oleh itu, melalui permohonan ini Defendan-Defendan memohon supaya perjanjian-perjanjian asal tersebut dikemukakan di hadapan mahkamah untuk diperiksa.

Discovery (penzahiran) seperti dirungkai oleh Abdul Malik Ishak J (sekarang Hakim Mahkamah Rayuan) di dalam kes RHB Bank Bhd v. Dong Haeng Industries Sdn Bhd [2001] 1 CLJ 417 membawa maksud seperti berikut:-

"An important pre-trial process would be by way of a discovery as set out in O. 24 of the RHC. It is a process whereby the parties would immensely gain from it if it is adopted with the greatest circumspection. Discovery would be two fold. One entails discovery of document which relates to matters in dispute and that document is in the possession of the opposite party. The other would relate to discovery by way of an interrogatory of the facts that is relevant to the issue at hand and within the knowledge of the party that is being interrogated. Under O. 24 r. 1 of the RHC, in an action begun by writ, discovery of documents would be automatic and it is normally done within 14 days after the pleadings are deemed to be closed. To me, discovery under O. 24 of the RHC would extend to all materials that come under the purview of s. 3 of the Evidence Act 1950. The case of Gant v. South Western & Country Properties [1975] Ch. 185 would be a case in point. The court will not be deterred in ordering discovery even if it involved voluminous documents (Faber Merlin Malaysia Bhd v. Ban Guan Sdn Bhd ; [1981] 1 MLJ 105).

Untuk membolehkan sesuatu penzahiran dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, terdapat beberapa elemen yang mesti dipenuhi sebelum permohonan tersebut dapat dibenarkan oleh mahkamah. Elemen-elemen tersebut telah dijelaskan oleh Edgar Joseph Jr SCJ di dalam kes Yekambaran Marimuthu v. Malayawata Steel Berhad [1994] 2 CLJ 581, sebagaimana berikut:-

"The essential elements for an order for discovery are threefold: namely, first there must be a "document", secondly, the document must be "relevant" and thirdly, the document must be or have been in the "possession, custody or power" of the party against whom the order for discovery is sought.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top