SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 4144

AHMADI HAJI ASNAWI, JC

MAHKAMAH TINGGI (MUAR)

MAYBANK BERHAD & ANOR - Appellant
Versus
SE CHING THIAN & 2 ORS - Respondents

GUAMAN SIVIL NO: 23-5-2007

Decided On : 07/02/2008

PENGHAKIMAN

Plaintif Pertama telah diberikan kemudahan overdraft sebanyak RM50,000 oleh Pacific Bank Berhad yang sekarang telah diserah hak kepada Maybank Berhad iaitu Defendan Pertama. Untuk sekuriti kemudahan overdraft tersebut 4 keping tanah yang dipegang dibawah hakmilik EMR 9584 Lot 8811, EMR 9585 Lot 8820, EMR 9586 Lot 8821 dan EMR 9587 Lot 10275 di Mukim Serom Muar atas nama ketiga-tiga Plaintif telah digadaikan kepada Plaintiff Pertama.

Oleh kerana kegagalan pihak Plaintif membuat pembayaran ke atas kemudahan overdraft tersebut, Defendan Pertama telah mendapatkan perintah jualan ke atas tanah tersebut. Perintah Jualan telah dibuat oleh Defendan Ketiga pada 9.8.2005 dan lelongan awam yang telah diadakan pada 15.9.2005 telah dibatalkan kerana tiada pembeli. Lelongan awam kedua telah diadakan pada 6.2.2007 dan Defendan Kedua telah berjaya membida/membeli tanah-tanah tersebut.

Pihak Plaintif telah memfailkan tindakan pada 2.3.2007 memohon supaya lelongan awam pada 6.2.2007 dibatalkan. Pihak Plaintif juga memfailkan Saman Dalam Kamar dalam Lampiran 3 memohon injunksi interim menghalang Defendan Pertama daripada melaksanakan kontrak penjualan bertarikh pada 6.2.2007 dan menghalang Defendan Kedua menguruskan hartanah-hartanah tersebut sehingga penyelesaian tindakan ini.

Dalam mempertimbangkan permohonan Pihak Plaintif untuk Injunksi Interim ini, Mahkamah menerimapakai prinsip-prinsip dalam kes -Keet Gerald Noel John v. Mohd Noor [1995] 1 CLJ 293; [1995] 1 AMR 373, yang menerimapakai prinsip dalam kes American Cyanamid v. Athicon [1975] LR (HL) 396 iaitu:-

i. Serious issue to be tried.

ii. Plaintiff would suffer greater injustice if the relief is withheld.

iii. damages would not be an adequate remedy

Setelah meneliti kesemua afidavit yang difailkan dan hujahan kesemua pihak, Mahkamah mendapati bahawa terdapat isu-isu yang serious yang perlu dibicarakan. Diantaranya berkaitan dengan kesahihan prosiding lelongan awam pertama pada 15.9.2005, dimana isu berkaitan dengan "Notice of Demand", yang mana pihak Plaintif menyatakan bahawa "Notice of Demand" perlu diserahkan kepada semua Plaintif dan bukan terhadap Plaintif Pertama sahaja. "Notice of Demand" tersebut juga yang diposkan melalui pos biasa kepada Plaintif Pertama adalah melanggar seksyen 431 Kanun Tanah Negara 1965 yang memperuntukkan harus melalui pos berdaftar . Isu ini diputuskan dalam kes - Kekatong Sdn. Bhd v. Bank Bumiputra (M) Bhd [1998] 2 CLJ 266; [1998] 2 MLJ 440 (kes Mahkamah Rayuan) iaitu " since the order for sale was obtained when there was no service of the court's process upon the appellant as required by law, the order for sale was, and remains, a nullity"

Sebaliknya Defendan Pertama menyatakan penyampaian "Notice of Demand' berkenaan kepada Plaintif Pertama sahaja sudah mencukupi untuk memulakan tindakan. Ini merupakan isu yang utama kerana sekiranya Mahkamah mendapati proses pengeluaran notis itu adalah tidak teratur, maka daripada mula lagi kesahihan proses lelongan awam ini akan menjadi terbatal dan tidak sah (void ab initio).

Pihak Plaintif juga mencabar kesahihan proses pengeluaran borang statutori seperti Borang D, Borang G dan sebagainya yang mana menurut Plaintif, penyampaian borang-borang tersebut tidak mengikuti peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Negara. Pihak Defendan pula menyatakan semua keperluan pengeluaran borang-borang tersebut berkaitan lelongan pertama adalah sempurna dan tidak mencacatkan proses lelongan tersebut. Dalam kes -Arab-Malaysian Finance Bhd v. Mohd Zakaria bin Salim [2002] 3 CLJ 530; [2002] 3 MLJ 337 memutuskan ketidakpatuhan kepada peruntukan undang-undang (dalam kes sekarang KTN 1965) mengakibatkan "miscarriage of justice". Juga dalam Kes - Muniandy a/l Thamba Kaudan & Anor v. D&C Bank & Anor [1996] 2 CLJ 586; [1996] 1 MLJ 374, Mahkamah Persekutuan memutuskan "Failure to serve notice rendered order a nullity". Mahkamah berpendapat perkara ini merupakan perkara yang menyentuh merit kes dan hanya boleh diputuskan melalui satu pe

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top