SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1999 MarsdenLR 517

HIGH COURT (IPOH)

ABD HAMID EMBONG, J


ANNEXE GOLD SDN BHD
versus
EMPANT NOMBOR EKOR (PERAK) SDN BHD

GUAMAN SIVIL NO 22-35-1994

Decided On : 04-15-99

ALASAN PENGHAKIMAN

Untuk kesenangan, pihak-pihak dalam kes ini akan dirujuk dengan nama singkatan mereka seperti yang dinyatakan di dalam pernyataan identiti serta perhubungan mereka di bawah ini: [3]

PERNYATAAN IDENTITI & PERHUBUNGAN PIHAK-PIHAK

Singkatan Nama penuh dan gambaran perhubungan:

1 ;"AG"

- ;ANNEXE GOLD SDN. BHD.

Syarikat diperbadankan dengan pejabat berdaftarnya di No. 13-15, Jalan Che Tak, 30300 Ipoh, Perak.

- ;Menjalankan operasi perniagaan pusat penjualan tiket (ejensi Shatin Park), sejak September 1992 sehingga sekarang.

2 ;"KAE"

- ;KEJUTAAN ANGKA EMPAT SDN. BHD.

- ;Syarikat diperbadankan.

- ;Menjalankan operasi perniagaan pusat penjualan tiket empat nombor ekor dalam premis dikenali sebagai No. 8, Jalan Pasir Puteh, Shatin Park, 31650 Ipoh, Perak (ejensi Shatin Park) sejak permulaan ejensi tersebut sehingga September 1992.

- ;Memasuki Perjanjian Jual Beli dengan AG di mana KAE bersetuju menjual, memindah dan menyerahkan semua hak benefisial dalam hakmilik ejensi tersebut kepada AG.

3 ;"ENE"

- ;EMPAT NOMBOR EKOR (PERAK) SDN. BHD.

- ;Syarikat diperbadankan dengan alamat perniagaannya [4] di No. 25 & 27, Jalan Hussein, 30250 Ipoh, Perak.

- ;Anak syarikat Magnum Corporation Berhad yang diberi lesen untuk mempromosikan pertaruhan ramalan empat nombor ekor.

- ;Diberi kuasa untuk menubuhkan pusat penjualan tiket berlesen dalam negeri Perak.

- ;Melantik WSL sebagai ejen penjual pada 29.10.1984 (Esbt.P1).

4 ;"CCS"

- ;CHONG CHIN SHOONG

- ;Pengarah Urusan kepada KAE pada semua masa material.

- ;Kini merupakan Pengerusi/Pengarah AG.

- ;Pengerusi Eksekutif ENE semasa Esbt. P1 dilaksanakan..

- ;Abang ipar WSL (berkahwin dengan kakak WSL).

5 ;"WSL"

- ;WONG SAK LING

- ;Memasuki perjanjian ejensi (Esbt. P1) bertulis dengan ENE pada 29.10.1984.

- ;Pemegang lesen ejen bagi ejensi Shatin Park yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

- ;Pemegang lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Ipoh untuk menjual tiket empat nombor ekor di ejensi Shatin Park.

- ;Adik ipar CCS. [5]

FAKTA KES:

Dalam tahun 1983, WSL bersama abangnya telah pulang daripada Holland di mana WSL pada masa itu bekerja sebagai seorang tukang masak di restoran, dengan tujuan untuk menjaga ibunya yang berada di K. Lumpur dan juga untuk mencari perniagaan baru. Beliau telah bertemu dengan abang iparnya iaitu CCS dan setelah berbincang, CCS telah mencadangkan tiga bidang perniagaan iaitu, perlombongan, pembinaan dan perjudian 4-nombor ekor. WSL telah meneliti cadangan CCS. WSL bersetuju untuk memasuki bidang perjudian 4-nombor ekor oleh kerana perniagaan ini memerlukan pelaburan yang lebih kecil dan juga ia adalah perniagaan yang lebih stabil dan menguntungkan. WSL dimaklumkan oleh CCS bahawa bidang perniagaan ini memerlukan wang sebanyak RM20,000 sebagai deposit dan sebanyak RM70,000 lagi untuk tujuan bayaran yang lain seperti sewa, kos pengubahsuaian dan urusan surat menyurat serta peti kebal. CCS telah mencadangkan kepada WSL supaya CCS menguruskan segala urusan bagi pihak WSL dan ini dipersetujui oleh WSL oleh kerana CCS adalah seorang yang mahir dalam urusan perlesenan dan perniagaan 4-nombor ekor dan juga oleh kerana CCS adalah abang ipar kepada WSL dan WSL mempercayainya. Selepas daripada perjumpaan itu, isteri CCS, iaitu kakak kepada WSL, telah datang ke K. Lumpur dan bertemu dengan WSL dan wang sejumlah RM37,000 telah diserahkan oleh WSL kepada kakaknya itu. Kakak WSL [6] menasihati WSL supaya datang ke Ipoh segera untuk mempelajari perihal perniagaan 4-nombor ekor. WSL kemudiannya telah datang ke Ipoh dan menjalani latihan di ejensi 4-nombor ekor di Jalan Cockman. Selepas itu, dia telah dihantar ke cawangan di Jalan Jelapang dan memegang satu jawatan bergaji di cawangan tersebut sementara menunggu lesennya untuk menubuhkan satu ejensi perniagaan 4-nombor ekor diluluskan oleh Kementerian Kewangan. WSL juga telah menjual rumahnya di K. Lumpur dan membawa ibunya ke Ipoh dan menyewa sebuah rumah di Taman Pertama, Ipoh. Pada 31.1

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top