SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 2943

MAHKAMAH SESYEN SEPANG
PENDAKWA RAYA LWN. MD SOHEL
[Kes No: BK-62-6-02/2021]



Important Points

Accused convicted of manufacturing controlled items without a license, sentenced to 12 months imprisonment; the court emphasized public interest over individual circumstances.

Subject

Criminal Law - Offences Against Regulatory Laws

Act Referred

Akta Kawalan Bekalan 1961: S.21, S.22(1)
Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974: S.3(1)

Headnote

(A) Akta Kawalan Bekalan 1961 – Seksyen 21, 22(1) dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 – Tertuduh didapati bersalah mengilang tanpa lesen barang kawalan iaitu Gas Petroleum Cecair – Tertuduh dipenjara selama dua belas bulan bermula dari 19 Februari 2021 selepas mengaku bersalah dan memahami akibat pengakuannya. (Paras 1, 2, 3, 15, 44)

(B) Pertuduhan – Tertuduh dituduh mengilang Gas Petroleum Cecair dengan berat 2,046 kilogram tanpa lesen, menyebabkan risiko terhadap keselamatan awam. (Paras 4, 28)

Facts of the case: Tertuduh ditangkap semasa Operasi 'Ops Gasak' dan mengakui kesalahannya melalui Jurubahasa Bangladesh. (Paras 7, 13)

Findings of Court: Mahkamah membuat penilaian terhadap pengakuan salah dan memutuskan hukuman berdasarkan faktor mitigasi dan kepentingan awam. (Paras 34, 40)

Issues: Sama ada Tertuduh memahami kesalahan dan akibat pengakuan serta pertimbangan kepentingan awam dalam penjatuhan hukuman. (Paras 40)

Ratio Decidendi: Pengakuan salah secara awal menjadi faktor mitigasi tetapi kepentingan awam mengatasi, memberi justifikasi kepada hukuman berat. (Paras 35, 41)

Result: Penjara selama dua belas bulan. (Para 44)

PENGHAKIMAN

Noorhisham Mohd Jaafar HMS:

Mukadimah

[1] Md Sohel (Tertuduh), warganegara Bangladesh, telah dihadapkan ke Mahkamah dan dipertuduh dengan kesalahan mengilang tanpa lesen barang kawalan berjadual iaitu Gas Petroleum Cecair, suatu kesalahan di bawah s 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 , yang mana boleh dihukum di bawah s 22(1) Akta yang sama.

[2] Mahkamah menerima pengakuan bersalah Tertuduh setelah berpuas hati bahawa Tertuduh faham sifat dan akibat pengakuannya. Mahkamah mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan sepertimana pertuduhan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama dua belas (12) bulan bermula dari tarikh tangkap iaitu 19 Februari 2021.

[3] Dengan ini diperturunkan alasan-alasan Mahkamah ini memutuskan sedemikian.

Pertuduhan

[4] Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut:

"Bahawa kamu pada pada 19 Februari 2021, lebih kurang jam 10.30 malam di premis tanpa nama, No 31, Jalan SIP 1, Sepang Industrial, 43900 Sepang di dalam Daerah Sepang dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, didapati telah ada dalam kawalan kamu barang kawalan yang juga merupakan barang berjadual iaitu Gas Petroleum Cecair sebanyak 2,046 kilogram dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu mengilang Gas Petroleum Cecair tersebut tanpa lesen. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah s 22(1) Akta yang sama.

Hukuman: Subseksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 2015) - Seseorang selain dari badan korporat tetapi termasuk pengarah atau pegawai sesuatu korporat yang melakukan kesalahan terhadap Akta ini, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi Satu Juta Ringgit (RM1,000,000.00) atau dipenjara dalam tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, dan kesalahan pada kali kedua dan seterusnya, didenda tidak melebihi Tiga Juta Ringgit (RM3,000,000.00) atau dipenjara dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali."

[5] Pertuduhan terhadap Tertuduh telah dibaca dan dijelaskan oleh Jurubahasa Bangladesh dalam Bahasa Bangladesh. Tertuduh mengaku salah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah ini berpuas hati bahawa Tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuannya.

Naratif Kes Pendakwaan

[6] Perincian naratif lengkap kes pendakwaan terhadap Tertuduh adalah sepertimana tertera pada Fakta Kes yang ditanda sebagai Eksibit P1. Secara ikhtisar, naratif kes pendakwaan adalah seperti berikut.

[7] Pada 19 Februari 2021, jam lebih kurang 10.30 malam, Pengadu bersama- sama dengan sepasukan pegawai penguatkuasa dari Bahagian Penguatkuasaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sepang telah menjalankan Operasi "Ops Gasak" di Premis Tanpa Nama, No 31, Jalan SIP 1, Sepang Industrial, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan.

[8] Hasil "Ops Gasak" mendapati bahawa terdapat aktiviti "decanting" sedang dijalankan di premis tersebut. Rentetan itu, satu tindakan telah diambil di bawah s 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana mengilang barang kawalan berjadual iaitu Gas Petroleum Cecair tanpa lesen. Hasil "Ops Gasak" telah membawa kepada penahanan Tertuduh serta penyitaan barang - barang kes yang merupakan Gas Petroleum Cecair sebanyak 2,046 kilogram. Kesemua barang-barang sitaan tersebut disimpan di Pusat Penyimpanan Stor Eksibit KPDNHEP. Laporan Polis Sepang Repot/ 000134/21 kemudiannya dibuat di Balai Polis Sepang pada 20 Februari 2021. Laporan daripada Jabatan Kimia Malaysia di bawah s 399 Kanun Tatacara Jenayah No Makmal: (B) IK 00561/21 bertarikh 17 Mac 2021 mengesahkan bahawa sampel- sampel yang dianalisis adalah merupakan Gas Petroleum Cecair.

[9] Tertuduh kemudiannya telah didakwa melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan.

[10] Fakta kes tersebut di atas, sepertimana yang tertera secara terperinci



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top