1993 MarsdenLR 99
HIGH COURT, KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA – Appellant
Versus
MOHD FAZLI BIN ALIAS DAN SATU LAGI – Respondent
[Perbicaraan Jenayah No 47-25 - 1989]
Kedua-dua Orang Kena Tuduh di dalam ke ini ialah Mohd. Fazli bin Alias dan Junaidi Abdullah bin Mohd. Agoes dan mereka menghadapi pertuduhan pindaan seperti berikut:-
"Bahawa kamu bersama-sama pada 30hb. November, 1988 jam lebih kurang pukul 8.00 pagi di sebuah bilik rumah bernombor 1515, Tingkat Lima, Selangor Mansion, Jalan Masjid India, di dalam Bandaraya Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, bagi mencapai niat bersama kamu memiliki cannabis seberat 861.81 gram tanpa diberi kuasa di bawah Seksyen 4 dan 5 atau di bawah apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Seksyen 7 Akta Dadah Berbahaya dan oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 A(2)(f) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun keseksaan."
Kedua-dua Orang Kena Tuduh mengaku salah di atas pertuduhan terhadap mereka dan faham atas pengakuan dan akibatnya. [2]
Fakta kes adalah seperti berikut. Pada 30hb. November, 1988 jam lebih kurang 8.00 pagi satu pasokan polis serta membawa bersama kedua-dua OKT telah pergi ke Flat No. 1515 Tingkat 5, Selangor Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Sebaik sahaja sampai ke Flat tersebut anggota polis bersama kedua-dua Orang Kena Tuduh menuju ke sebuah bilik dan Insp. Roslan, yang mengetuai pasokan polis itu, telah menendang pintu bilik itu sehingga terbuka. Di dalam bilik itu polis mendapati sebuah beg bertulis "Red Stone" (P1) mengandungi di dalamnya beberapa dokumen pemeriksaan kereta dan satu bungkusan plastik kuning (P2). Bungkusan itu mengandungi tiga bungkusan akhbar yang digunakan membungkus kartus-kartus berisi cannabis kesemuanya berjumlah 3000 kartus (P4).
Hasil siasatan polis dan pengakuan kedua-dua Orang Kena Tuduh membuktikan 3000 kartus yang berisi cannabis itu adalah dalam pemilikan bersama kedua-dua Orang Kena Tuduh. Bilik tersebut adalah disewa oleh Mohd. Fazli bin Alias (Orang Kena tuduh 1) bagi digunakan bersama dengan Junaidi Abdullah bin Mohd. Agoes (Orang Kena Tuduh 2). Kesemua 3000 kartus itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan. Ahli Kimia telah mengesahkan kandungan 3000 kartus itu ialah cannabis seperti yang ditafsirkan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan berat nett cannabis ialah 861.81 gram.
Fakta dan barang-barang kes diakui betul oleh kedua-dua Orang Kena Tuduh. Saya berpuas hati atas dan menerima pengakuan salah [3] yang dibuat oleh kedua-dua Orang Kena Tuduh dan sabitkan kesalahan seperti pertuduhan terhadap mereka.
Adalah menjadi amalam sebelum menjatuhkan hukuman mahkamah perlulah memberi pertimbangan dan mengambil kira fakta-fakta dan keadaan di dalam sesuatu kes itu berasaskan prinsip-prinsip hukuman.
Peguambela-peguambela bagi pihak kedua-dua Orang Kena Tuduh telah membuat rayuan meringankan hukuman. Orang Kena Tuduh 1 berumur 20 tahun semasa melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan pertama. Orang Kena Tuduh 2 berumur 39 tahun semasa melakukan kesalahan dan telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak. Kedua-dua Orang Kena Tuduh telah mengaku salah dan pengakuan salah adalah satu faktor penting yang diambil kira bagi meringankan hukuman. Apabila seorang tertuduh mengaku salah ia harus diberi kredit atau diskaun atas pengakuan salah (credit or discount for pleading guilty). Sehubungan dengan ini rujukan dibuat kepada kes PP v. Ravindran & Ors (1933) 1 MLJ 45 dan Khoo Ban Hock v. PP (1988) 3 MLJ 22, kes rayuan di Court of Appeal, Bandar Sri Bengawan dimana prinsip diskaun ini diambil kira bagi mengurangkan hukuman dan dihuraikan oleh Silke J:-
"In any event the discount for plea should be substantial and the question we should ask ourselves is: If there were a conviction after trial, what would have been the appropriate sentence (see R v. Boyd)." [4]
Di dalam kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. PP (1988) 1 MLJ 167 - Perayu telah membuat rayuan terhadap hukuman penjara selama lapan tahun di atas kesalahan pecah amanah (criminal breach of trust). Mahkamah Agung telah terima pakai (