SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2017 MarsdenLR 1224

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
RAKESH KUMAR THANGAGRAJOO LWN. PENDAKWA RAYA & SATU KES YANG LAIN
[Rayuan Jenayah No: K-05-97-04/2015 & K-05-98-04/2015]



Circumstantial evidence forms a robust basis for conviction when combined with corroborating elements; the 'last seen together' doctrine shifts the burden of proof to the accused.

Headnote:This judgment reviews an appeal against the conviction and sentence under section 302 of the Penal Code. The case involved a homicide where the accused were found guilty based on circumstantial evidence, including CCTV footage and DNA analysis. The court concluded that the prosecution had proven a prima facie case against the appellants, who were the last seen individuals with the deceased. The court stressed the importance of circumstances surrounding the crime. The appeal was dismissed as unmeritorious, affirming the lower court's ruling.

Table of Content
1. review of the appeal against conviction and sentence. (Para 1 , 2)
2. determination of prima facie case based on circumstantial evidence. (Para 14 , 18 , 22)
3. arguments scrutinizing the sufficiency of evidence and credibility of testimonies. (Para 19 , 21 , 26)
Abdul Karim Abdul Jalil HMR:

Mukaddimah

[1] Ini ialah rayuan perayu-perayu terhadap sabitan dan hukuman yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di Alor Setar, Kedah. Kedua-dua perayu telah didapati bersalah, disabitkan dan dihukum di bawah s 302 Kanun Keseksaan (Kanun) atas pertuduhan seperti mana yang berikut:-

"Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Februari, 2012, antara jam lebih kurang 6.00 petang hingga 24 Februari 2012 jam lebih kurang 10.34 pagi, di belakang kedai sebuah setor kayu terbuka, Jalan Seberang Perak, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah melakukan pembunuhan ke atas Ai Chuan Edin Chan (No K/P: 530627-02-5083) oleh demikian, kamu bersama-sama telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah s 34 kanun yang sama".

[2] Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keterangan dalam rekod rayuan dan penghujahan kedua-dua pihak, kami berpuas hati bahawa rayuan ini tidak bermerit. Oleh itu, kami telah menolak rayuan kedua-dua perayu atas alasan-alasan yang kami akan huraikan selepas ini.

Kes Pendakwaan

[3] Secara ringkas, pada 24 Februari 2012 lebih kurang pukul 10.30 pagi pihak polis telah menerima laporan bahawa mayat seorang lelaki, yang kemudiannya dicamkan sebagai Ai Chuan Edin Chan (si mati), ditemukan di sebuah stor kayu di belakang kedai Zin Min Kedai Ubat Sdn Bhd di Jalan Seberang Perak, Alor Setar.

[4] Setelah dimaklumi, pegawai penyiasat ASP Tan Bak Hua (SP9) telah pergi ke tempat kejadian untuk memulakan siasatan. Semasa di sana, SP9 telah meminta bantuan anggota-anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk datang ke tempat kejadian. Sementara menunggu kedatangan mereka, SP9 telah mengarahkan juru gambar merakam gambar si mati di tempat kejadian sebelum membawa si mati ke Hospital Sultanah Bahiyah. Pada masa itu identiti si mati belum lagi dikenali.

[5] Anggota-anggota forensik tiba pada sebelah petang dan telah mengutip beberapa barang kes di tempat kejadian, termasuk tiga putik kapas kesat (swab) darah, sebatang kayu yang mempunyai kesan darah (P16A), sehelai rambut (P16B), seketul batu bata (P17A) dan sepasang sandal hitam yang terdapat kesan darah (P18A dan B). Kesemua ini telah diambil dan diserahkan kepada SP9.

[6] Pada 26 Februari 2012, Dr Mohd Suhani Mohd Nor (SP4), Pakar Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, telah menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati, yang identitinya dicatatkan sebagai "Unknown". Hasil bedah siasat, SP4 mendapati adanya pelbagai bencana tubuh iaitu melecet, luka-luka dan lebam-lebam di bahagian luaran jasad si mati. Manakala daripada pemeriksaan dalaman, SP4 mendapati (ms 33-34: RR, J1):-

"1. Di bahagian kepala terdapat pendarahan yang teruk di bawah lapisan kulit kepala di sebelah belakang dan juga di sebelah tepi kanan kepala. Walau bagaimanapun, tiada keretakan yang kelihatan pada tulang tengkorak. Saya dapati ada pendarahan pada selaput otak terutamanya di sebelah kiri dan juga terdapat kesan lebam pada tepi organ otak;

2. Pemeriksaan dalaman di bahagian leher, ada terdapat pendarahan di bawah lapisan kulit di tepi kiri leher dan ada kesan patah pada sebelah kanan rawan di bahagian larinks (halkum);

3. Di dalam dada ada terdapat pendarahan yang teruk pada tisu-tisu lembut di sangkar dada di bahagian tengah dan di kedua-dua kanan dan kiri dada;

4. Ada keretakan pada bahagian atas tulang dada (sternum), terdapat keretakan pada 11 daripada 12 tulang-tulang rusuk sangkar dada kiri, dan keretakan pada 7 daripada 12 tulang-tulang rusuk sebelah kanan;

5. Ada terdapat pendarahan di dalam bahagian tengah ruang dalam dada. Saya dapati organ-organ jantung dan paru-paru tidak menunjukkan tanda

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top