SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 789

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD NOOR AFFENDI ZAUKLFLI & RAYUAN YANG LAIN
[Rayuan Jenayah Nos: T-06B-3-01-2023 T-06B-4-01-2023 T-06B-5-01-2023 T-06B-6-01-2023 T-06B-9-01-2023 & T-06B-10-01-2023]



Petitioner Advocates:Aznika Mohd Anas,Julaila Jamaludin,Mariah Omar ,Respondent Advocate: Mohammad Rafaei Adnan,Muhammad Syahri Adnan

The prosecution must prove beyond reasonable doubt that the accused received bribes, and the accused successfully raised reasonable doubt regarding the charges.

Headnote:(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 - Seksyen 17(a) dan 24(1) - Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 - Seksyen 4(1)(b) - Pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram - Responden dituduh menerima suapan untuk melindungi bot nelayan asing - Mahkamah Sesyen mendapati tiada kes prima facie terhadap Responden dan membebaskannya - Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan tersebut. (Paras 6, 10, 36, 62)

(B) Beban Pembuktian - Pihak pendakwaan perlu membuktikan kes melampaui keraguan munasabah - Responden berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. (Paras 60, 61)

(C) Keterangan - Keterangan saksi pendakwaan tidak mencukupi untuk membuktikan kesalahan yang didakwa. (Paras 41, 42)

PENGHAKIMAN

Azmi Ariffin HMR:

Mukadimah

[1] Responden telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di atas sepuluh (10) pertuduhan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lima (5) pertuduhan di bawah s 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 . Butiran terperinci pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah seperti berikut:

Pertuduhan Di Bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Perbicaraan Jenayah No: TA-61R-3-07/2019

Pertuduhan Pindaan Pertama

Bahawa kamu pada 22 April 2017, di dalam Daerah Dungun, di dalam Negeri Terengganu, sebagai agen Kerajaan Malaysia iaitu Leftenan Komander Maritim yang bertugas di KM Bagahak, Pengkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu iaitu satu suapan wang berjumlah RM4,900.00 melalui Mat Nasir Bin Junoh, No K/P: 630307-03-5547 melalui akaun bank Malayan Banking Berhad nombor: 162142992027, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal kamu iaitu untuk tidak menahan dan mengambil tindakan terhadap bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Negeri Terengganu. Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama.

Pertuduhan Pindaan Kedua

Bahawa kamu pada 22 April 2017, di dalam Daerah Dungun, di dalam Negeri Terengganu, sebagai agen Kerajaan Malaysia iaitu Leftenan Komander Maritim yang bertugas di KM Bagahak, Pengkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu iaitu satu suapan wang berjumlah RM4,850.00 melalui Mat Nasir Bin Junoh, No K/P: 630307-03-5547 melalui akaun bank Malayan Banking Berhad nombor: 162142992027, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal kamu iaitu untuk tidak menahan dan mengambil tindakan terhadap bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Negeri Terengganu. Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama.

Pertuduhan Pindaan Ketiga

Bahawa kamu pada 22 April 2017, di dalam Daerah Dungun, di dalam Negeri Terengganu, sebagai agen Kerajaan Malaysia iaitu Leftenan Komander Maritim yang bertugas di KM Bagahak, Pengkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu iaitu satu suapan wang berjumlah RM4,900.00 melalui Mat Nasir Bin Junoh, No K/P: 630307-03-5547 melalui akaun bank Malayan Banking Berhad nombor: 162142992027, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal kamu iaitu untuk tidak menahan dan mengambil tindakan terhadap bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Negeri Terengganu. Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama.

Perbicaraan Jenayah No: TA-61R-4-07/2019

Pertuduhan Pindaan Pertama

Bahawa kamu pada 29 Mei 2017, di dalam Daerah Kuala Terengganu, di dalam Negeri Terengganu, sebagai agen Kerajaan Malaysia iaitu Leftenan Komander Maritim yang bertugas di KM Bagahak, Pengkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu iaitu satu suapan wang berjumlah RM4,850.00 melalui Mat Nasir Bin Junoh, No K/P: 630307-035547 melalui akaun bank Malayan Banking Berhad nombor: 162142992027, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal kamu iaitu untuk tidak menahan dan mengambil tindakan terhadap bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan Negeri Terengganu. Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama.

Pertuduhan Pindaan Kedua

Bahawa kamu pada 29 Mei 2017, di

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top