2008 MarsdenLR 1754
HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ONG WAI FONG - Appellant
Versus
ADROIT DATA RECOVERY CENTRE SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 40 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4 - 1326/07)
Decided On : 01/08/2008
Bagi Pihak Menuntut - Stanley Thiagarajah; MTUC
Bagi Pihak Syarikat - Chang Lit Kean, Pengurus Jualan
INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja PUAN YONG WAI PONG (selepas ini disebut sebagai 'Yang Menuntut') oleh ADROIT DATA RECOVERY CENTRE SDN. BHD. (selepas ini disebut sebagai 'Syarikat') pada 8.12.2006.
AWARD
RUJUKAN INI telah ditetapkan untuk sebutan pada hari ini 8 Januari 2008. Encik Stanley Thiagarajah dari MTUC mewakili pihak Yang Menuntut dan Encik Chang Lit Kean, Pengurus Jualan Syarikat hadir di Mahkamah. Yang Menuntut hadir.
Setelah pihak-pihak mengadakan perbincangan, Mahkamah dimaklumkan bahawa rujukan ini telah dapat diselesaikan secara persetujuan dan dengan muktamadnya mengikut terma dan syarat bahawa syarikat bersetuju membayar kepada Yang Menuntut melalui MTUC sejumlah RM4,500.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Lima Ratus Sahaja). Jumlah tersebut hendakah dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh hari ini.
Dengan pengesahan terma dan syarat oleh pihak-pihak, Mahkamah dengan ini merekodkan suatu award persetujuan dengan terma dan syarat yang dipersetujui yang disebut di atas.