2008 MarsdenLR 100
CHEW SOO HO
MAHKHAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ABDU KAHHAR OTHMAN - Appellant
Versus
HEBAT ABADI SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 790 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 286/08)
Decided On : 05/06/2008
Bagi Pihak Menuntut - Tidak hadir
Bagi Pihak Respondent - Tidak hadir
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Abdu Kahhar Bin Othman (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Hebat Abadi Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 5 April 2006.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Abdu Kahhar Bin Othman, Pihak Menuntut, pada 5 April 2006.
Kes ini dibangkitkan untuk sebutan kali ketiga pada 6 Mei 2008. Kedua-dua pihak Pihak Menuntut dan Pihak Responden tidak hadir. Sebenarnya, kedua-dua pihak tidak pernah menghadiri Mahkamah pada ketiga-tiga kali sebutan kes ini tanpa alasan-alasan yang munasabah.
Maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini tetapi dengan kebebasan untuk ia dipohon dihidupkan semula dalam tempoh Tiga Bulan dari tarikh hari ini, 6 Mei 2008.