SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2008 MarsdenLR 930

CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
KAN POH LENG - Appellant
Versus
ASPARA RESOURCES SDN BHD - Respondents

AWARD NO: 878 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 1551/07)
Decided On : 05/21/2008

Advocates:
Bagi Pihak Menuntut - BY Goh dan Devano Hasbi; T/n B K Goh & Goh
Bagi Pihak Responden - S Siva dan LS Bong; T/n Cheah, Teh & Su

Rujukan:

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja Puan Kan Poh Leng (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Aspara Resources Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 28 Februari 2007.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Puan Kan Poh Leng, Pihak Menuntut, pada 28 Februan 2007.

Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 20 Mei 2008 dengan kehadiran Encik B.Y. Goh bersama-sama dengan Encik Devano Hasbi dari Tetuan B.K. Goh & Goh, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik S. Siva bersama-sama dengan Encik L.S. Bong dari Tetuan Cheah, Teh & Su, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Perbicaraan kes telah diteruskan pada sebelah pagi dan akan disambung pada sebelah petang tetapi kedua-dua pihak memohon masa pada sebelah petang untuk berunding demi mencapai suatu penyelesaian yang mana Mahkamah membenarkan masa untuk kedua-dua pihak membuat demikian. Encik S. Siva selepas itu memaklumkan Mahkamah bahawa selepas perundingan kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan memohon agar Award Persetujuan dikeluarkan menurut terma-terma persetujuan seperti berikut:

(1) Tanpa sebarang pengakuan liabiliti, Pihak Responden bersetuju membayar kepada Pihak Menuntut bayaran ex - gratia sebanyak RM73,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Tiga Ribu sahaja) untuk kehilangan pekerjaan Pihak Menuntut;

(2) Jumlah penyelesaian tersebut sebanyak RM73,000.00 akan dibayar kepada peguamcara dalam rekod bagi pihak Pihak Menuntut iaitu Tetuan B.K. Goh & Goh, dalam tempoh 14 hari daripada 20 Mei 2008, tarikh Award Persetujuan ini dengan perjanjian (undertaking) Tetuan B.K. Goh & Goh, tidak melepaskan jumlah wang tersebut atau mana-mana bahagiannya tanpa memperolehi lepasan cukai dan/atau bayaran Pihak Menuntut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri daripada jumlah wang tersebut;

(3) Untuk tujuan memperolehi lepasan cukai yang diperlukan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, atas permintaan Pihak Menuntut dan/atau peguamcaranya, Pihak Responden hendaklah memberi segala bantuan yang munasabah kepada mereka; dan

(4) Kedua-dua pihak tidak akan ada apa jua tuntutan terhadap satu sama lain darihal pembuangan pekerjaan Pihak Menuntut daripada pekerjaannya dengan Pihak Responden.

Encik B.Y. Goh dan Pihak Menuntut mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.

Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top