2008 MarsdenLR 1027
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
JONATHAN MARK VETHANAYAGAM - Appellant
Versus
LATIMER CORPORATION SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 1354 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4-1813/07)
Decided On : 07/31/2008
Bagi Pihak Menuntut - Stanley Thiagarajah (Pegawai Perhubungan Perusahaan); MTUC
Bagi Pihak Responden - Daphne Au; T/n Zaid Ibrahim & Co
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai pembuangan kerja Encik Jonathan Mark Vethanayagam (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Latimer Corporation Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 30 September 2006.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Jonathan Mark Vethanayagam, Pihak Menuntut, pada 30 September 2006.
Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 31 Julai 2008 dengan kehadiran Encik Stanley Thiagarajah Pegawai Perhubungan Perusahaan dari M.T.U.C., yang mewakili Pihak Menuntut dan Cik Daphne Au dari Tetuan Zaid Ibrahim & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut turut hadir. Encik Stanley Thiagarajah memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini. Cik Daphne Au seterusnya memohon Award Persetujuan dirakamkan menurut terma-terma penyelesaian seperti berikut:-
(1) Pihak Responden bersetuju membayar dan Pihak Menuntut bersetuju menerima jumlah sebanyak RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad ke atas segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini tanpa apa-apa pengakuan liabiliti;
(2) Bayaran jumlah penyelesaian tersebut hendaklah dibuat kepada M.T.U.C. sebagai wakil dalam rekod kepada Pihak Menuntut pada atau sebelum 14 Ogos 2008;
(3) Pihak Menuntut bersetuju bahawa tidak ada apa jua tuntutan lain akan diadakan terhadap Pihak Responden darihal pekerjaan dahulu Pihak Menuntut dengan Pihak Responden; dan
(4) Pihak Menuntut hendaklah bertanggungjawab terhadap cukai pendapatannya, jika ada, akibat penyelesaian ini.
Encik Stanley Thiagarajah dan Pihak Menuntut masing-masing mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.
Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.