SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 1086

CHEW SOO HO

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
KESATUAN SEKERJA BANK SABAH - Appellant
Versus
SABAH COMMERCIAL BANKS ASSOCIATION - Respondents

AWARD NO: 1412 TAHUN 2008 (KES NO: 5/2 - 145/08)
Decided On : 08/11/2008

Advocates:
Bagi Pihak Kesatuan - A Sivananthan; MTUC
Bagi Pihak Bank Association - Valerie Tang (Pelatih Dalam Kamar); T/n Shearn Delamore & Co

Rujukan:

Rujukan ini dibuat di bawah Seksyen 26(2) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 akibat daripada satu pertikaian perusahaan di antara Kesatuan Sekerja Bank Sabah ("Pihak Kesatuan") dan Sabah Commercial Banks Association ("Pihak Bank Association") mengenai Perjanjian Kolektif yang Kedua.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 26(2) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pertikaian perusahaan di antara Kesatuan Sekerja Bank Sabah, Pihak Kesatuan, dan Sabah Commercial Banks Association, Pihak Bank Association, mengenai Perjanjian Kolektif yang Kedua bagi tempoh 1 Januari 2006 hingga 31 Disember 2008, Perjanjian Kolektif tersebut.

Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 11 Ogos 2008 dengan kehadiran Encik A. Sivananthan dari M.T.U.C., yang mewakili Pihak Kesatuan dan Cik Valerie Tang (Pelatih Dalam Kamar) dari Tetuan Shearn Delamore & Co., Peguamcara yang mewakili Pihak Bank Association.

Encik A. Sivananthan memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah menyelesaikan pertikaian kes ini. Perjanjian Kolektif tersebut telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 7 Ogos 2008 dan sesalinan telah disimpan di Mahkamah untuk perakuan ('cognisance'). Dengan itu, Pihak Kesatuan ingin menarik balik kes ini. Cik Valerie Tang merakamkan bahawa Pihak Bank Association juga bersetuju untuk kes ini ditarik balik.

Memandangkan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka, Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top