SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2003 MarsdenLR 1324

HIGH COURT (IPOH)

BALIA YUSOF WAHI, J


SIME BANK BERHAD
versus
SYARIKAT SU SWEE THYE

GUAMAN SIBIL NO: 22-270 TAHUN 1998

Decided On : 01-14-03

Advocates:
Counsel
K.S. Su bagi pihak perayu; Tetuan C.K. Leong & Co
Nathan bagi pihak responden; Tetuan W.Y. Chan & Roy

PENGHAKIMAN

Rayuan ini adalah dibuat oleh perayu yang merupakan defendan kedua di dalam tindakan ini terhadap keputusan Pendaftar bertarikh 15.5.2002 yang membenarkan tuntutan responden (Plaintif) di bawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Latar belakang kes ini adalah seperti berikut:

Responden dalam kes ini adalah Danaharta Managers Sdn. Bhd. yang merupakan pihak yang telah mengambil alih tempat plaintif asal iaitu Sime Bank Berhad melalui perintah mahkamah bertarikh 26.4.2000. Writ saman asal dalam tindakan ini telah difailkan oleh Sime Bank Berhad sebagai plaintif pada 3.7.1998 dan permohonan di bawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 telah difailkan oleh plaintif asal pada 24.12.1998. Walaubagaimanapun tindakan tersebut telah tidak diteruskan dan disebaliknya plaintif asal telah membuat permohonan untuk digantikan dengan plaintif yang baru iaitu Danaharta Managers Sdn. Bhd. Setelah dibenarkan mengambil alih, plaintif yang baru telah membuat permohonan untuk meminda writ dan writ terpinda telah difailkan pada 12.1.2001. Selanjutnya di atas writ yang terpinda ini permohonan di bawah Aturan 14 telah difailkan pada 21.2.2001 yang merupakan Lampiran 17 yang mana keputusannya adalah menjadi "subject matter" kepada rayuan ini.

2

Affidavit jawapan perayu kepada permohonan tersebut adalah seperti di dalam Lampiran 19. Tuntutan responden terhadap perayu sebagai defendan kedua di dalam writ adalah berdasarkan kepada suatu perjanjian gerenti yang telah ditandatangani oleh perayu bagi menjamin hutang pinjaman bank yang diberikan kepada defendan pertama, sebuah syarikat.

Sebagai bantahan kepada permohonan responden untuk mendapatkan penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 perayu di dalam affidavit jawapannya telah membangkitkan beberapa isu yang pada keseluruhannya adalah merupakan penafian kosong kepada tuntutan yang dibuat oleh responden. Perayu telah mengulangi setiap perkara di dalam pembelaannya dan menafikan segala tuntutan yang di buat oleh responden. Dalam masa yang sama perayu mengatakan bahawa beliau hanya menandatangani perjanjian jaminan untuk RM 50,000.00 sahaja. Perayu juga menyatakan beliau telah di dorong dan di perdaya oleh kakitangan responden di dalam menandatangani perjanjian jaminan tersebut. Dalam pada itu perayu juga menyatakan beliau telah menandatangani borang kosong dan tidak tahu menahu tentang isi kandungan apa yang ditandatanganinya. Perayu juga menyatakan beliau tidak dibekalkan dengan salinan perjanjian tersebut.

3

Perayu seterusnya membangkitkan isu bahawa alamat yang dicatitkan dalam perjanjian tersebut adalah bukan alamat beliau dan menyatakan beliau tidak pernah mempunyai atau tinggal di alamat tersebut. Perayu juga telah menimbulkan isu terdapatnya kelewatan di dalam pemfailan permohonan di bawah Aturan 14 di dalam kes ini. Undang-undang yang terpakai.

Pendengaran rayuan di bawah Aturan 14 adalah merupakan "rehearing" - Koh Siak Poo v. Perkayuan OKS Sdn. Bhd [1989] 2 CLJ 1 (Rep); [1989] 1 CLJ 30; [1989] 3 MLJ 164 m.s. 165

"The approach to be taken by an appellate Court in an Order 14 appeal has been settled. The appeal Court should not regard the appeal as the reviewing exercise of the judges discretion but should approach the appeal as a rehearing. This principle was reiterated in Malayan Insurance (M) Sdn. Bhd. v. Asia Hotel Sdn. Bhd. which referred to National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn. Bhd [1984] 1 CLJ 283 (Rep); [1984] 2 CLJ 220; [1984] 2 MLJ 300 following European Asian Bank v. Punjab & Sind Bank (1983) 2 All ER 508 at page 516"

Bagi membenarkan permohonan di bawah Order 14, mahkamah hendaklah berpuashati bahawa perayu telah tidak dapat menunjukkan atau membangkitkan "bona fide triable issue", Sila rujuk kepada : 1) Loh Chow Sang v. Meru Valley Resort Bhd [2001] 8 CLJ 410; [2002] 2 MLJ 666

4

2) Memphis Rogues Ltd v. Skalbania (1982) 38 BCLR193

" The question has been stated in a number of ways; is there no real substantial question to be tried?

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top