2005 MarsdenLR 1163
HIGH COURT (PULAU PINANG)
MOHD NOOR B ABDULLAH, J
USTAZ ABD KHALID BIN RASID
versus
DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
NO: 25-17-04
Decided On : 01-27-05
Counsel
Bagi pihak Pemohon: Encik Darshan Singh Khaira
Bagi pihak Responden 1 : Dato Mohamed Shafee Abdullah; Encik Kirubanandan a/I P. Murugaya
Bagi pihak Responden 2 : Datuk Zaitun Zawiyah bt. Puteh; Puan Azizah Haji Nawawi
Dalam perkara pilihan calon untuk Pilihan Raya Umum 2004 Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN-N1) Penaga yang diadakan pada 13 haribulan Mac 2004
Dan
Dalam perkara Ustaz Subri bin Md.
Arshad dan Datuk Azhar Ibrahim
pilihan calon-calon Dewan
Undangan Negeri berkenaan dalam Pilihan Raya Umum 2004 Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN-N1) Penaga
Dan
Dalam perkara Perlembagaan Persekutuan termasuk Fasal 113, 118, 119(a) & (b)
Dan
Dalam perkara Akta Pilihan Raya 1954
Dan
Dalam perkara Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) termasuk Seksyen-Seksyen 3, 9, 16, 19, 20, 23, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37 dan 38
Dan
Dalam perkara Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 termasuk Kaedah 1, 4 dan 12
Dan
Dalam perkara keputusan
Responden Kedua bertarikh 13.03.04 yang menolak bantahan Pemohon atas hak dan kelayakan Responden Pertama menjadi calon
Dan
Dalam perkara Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 termasuk Aturan 53
Dan
Dalam perkara Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Dan
Dalam perkara Akta Relief Spesifik 1954
Antara
Ustaz Subri bin Md. Arshad Pemohon
Dan
1. Dato' Azhar Ibrahim
2. Pegawai Pengurus Kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN-N1) Penaga
3. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Responden-
Responden
ALASAN PENGHAKIMAN
1. Permohonan Semakan Kehakiman
Ustaz Abd. Khalid Rasid (Pemohon) memohon kebenaran supaya Mahkamah mengeluarkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Umum Kawasan Kepala Batas (Responden 2) pada 13.3.2004 yang menolak bantahan Pemohon yang menuduh bahawa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Responden 1) tidak menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya menurut kehendak seksyen 23 Akta Pilihan Raya 1954 dan kerana itu beliau tidak berhak dan tidak layak menjadi calon.
Pemohon juga memohon perintah mandamus supaya Responden 2 dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (Responden 3) mengisytiharkan Pemohon sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Pilihan Raya Parlimen Kepala Batas (P. 41).
2. Fakta Kes
Pemohon adalah calon PAS dan Responden 1 adalah calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Parlimen Kepala Batas pada 21.3.2004. Sebelum itu pada hari penamaan calon pada 13.3.2004 Pemohon telah membantah secara bertulis kepada Responden 2 bahawa Responden 1 tidak layak bertanding kerana beliau gagal memfailkan Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya dalam tempoh yang ditetapkan. Responden 2 telah menolak bantahan Pemohon dengan alasan Responden 2 telah mengemukakan Penyata Perbelanjaan itu, tanpa menunjukkan kepada Pemohon dokumen tersebut walaupun diminta. Justru Pemohon dan Responden 1 diistiharkan calon satu lawan satu. Berikutnya pada pemilihan yang diadakan pada 21.3.2004 Responden 1 telah diisytiharkan menang bagi kawasan tersebut. Pemohon mendapat 8,810 undi manakala Responden 1 mendapat 19,985 undi.
Pertimbangan
Permohonan Pemohon untuk mendapat kebenaran Mahkamah bagi perintah certiorari dan mandamus adalah dibuat secara ex-parte. Oleh yang demikian Mahkamah hanya perlu mendengar Pemohon atau peguamnya dan tidak perlu mendengar Responden-Responden atau peguam mereka melainkan dengan izin Mahkamah, jika perlu.
Pada hari perbicaraan permohonan ex-parte ini Pemohon diwakili oleh peguamcara Encik Darshan Singh Khaira, Responden 1 oleh Dato' Mohamed Shafee Abdullah dan Encik Kirubanandan a/I P. Murugaya dan Responden 2 dan Responden 3 oleh Peguamcara Negara Datuk Zaitun Zawiyah bt. Puteh dan Puan Azizah Haji Nawawi. Saya telah membaca, meneliti, mengkaji permohonan tersebut dan mendapati bahawa ianya di luar aturan, cacat dan menyalahgunakan proses Mahkamah dan wajar dibatalkan. Maka Mahkamah tidak sudi mendengar peguamcara Pemohon atau mana-mana pihak lain dan terus memberi alasan-alasan bagi membatalkan permohonan Pemohon tanpa perintah kos.
Alasan saya bagi membatalkan permohonan Pemohon ialah:
1. Relief Certiorari/mandamus bukan prosedur yang betul.
Keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kepala Batas yang di