2022 MarsdenLR 947
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN
KALSOM ABDUL PATAH LWN. SAZALI AHMAD
[Kes No: 05000-003-0012-2022]
The right to be heard is a fundamental principle of natural justice, requiring both parties present in court before a judgment is made.
Headnote:(A) Syariah Civil Procedure (Negeri Sembilan) Enactment 2003 – Provisions s 121(1)(b), s 154(1)(b) and s 68(1)(2) – Application for review of trial judgment on grounds of procedural error and denial of natural justice – Court found trial judge erred by deciding without the presence of the applicant, violating the right to be heard. (Paras 1-19)
(B)
Natural Justice – Principles of fairness require that all parties be heard before a decision is made – Failure to adhere to this principle warrants intervention. (Paras 12-16)
Facts of the case:
The applicant filed a review application after the trial judge ruled on a case without their presence, despite having received a notification for a later hearing.
Findings of Court:
The review was granted on grounds that the applicant’s right to be heard was denied, necessitating a re-hearing of the case.
Issues
: Whether the proceedings on 22 March 2022 were conducted according to the specified notice, and whether the rights of the parties were preserved.
Ratio Decidendi:
The court emphasized the imperative of hearing both parties before rendering a judgment to uphold the principles of natural justice.
Result:
Application for review granted; trial court’s order vacated and the case referred back for re-hearing.
PENGHAKIMAN
Fakta Kes
[1] Permohonan semakan ini difailkan oleh Peguam Pemohon ke atas perintah kebenaran perlaksanaan perintah oleh Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan yang telah diputuskan pada 22 Mac 2022 dalam Kes Mal No: 15100-041-0686-2021. Perintah tersebut sebagaimana berikut:
i. Mahkamah memerintahkan kes diteruskan dengan ketidakhadiran Responden berdasarkan peruntukan s 121(1)(b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003.
ii. Mahkamah membenarkan Pemohon melaksanakan Perintah/Penghakiman bertarikh 24 Oktober 2013 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan melalui Kes Mal Permohonan No: 05100-878-0260-2013 ke atas Responden bernama Kalsom binti Abd Patah (No K/P: 580706-10-5554) selaras dengan peruntukan s 154(1)(b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003.
iii. Mahkamah memerintahkan Perintah/Penghakiman bertarikh 24 Oktober 2013 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan melalui Kes Mal Permohonan No: 05100-078-0260-2013 ke atas Responden bernama Kalsom binti Abd Patah (No K/P: 580706-10-5554) diperintahkan untuk dilaksanakan.
[2] Peguam Pemohon dalam Notis Permohonan Semakannya bertarikh 4hb April 2022 memohon suatu perintah dari Mahkamah Rayuan Syariah bahawa:
i. Mahkamah menyemak dan mengubah keputusan Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus bagi keseluruhan Perintah Kebenaran Mengeluarkan Perintah Pelaksanaan bagi Kes Mal Permohonan No: 05100-041-0686-2021 yang bertarikh 22 Mac 2022 berdasarkan kepada peruntukan s 68(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.
ii. Sementara menunggu keputusan semakan kehakiman yang dipohon oleh Pemohon di sini, apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban, Negeri Sembilan digantung selaras dengan peruntukan s 68(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.
iii. Apa-apa relief yang difikirkan sesuai dan wajar oleh Mahkamah yang mulia ini. Pemohon juga menyatakan bahawa permohonan Semakan Kes dibuat atas alasan-alasan yang berikut:
i. Bahawa semakan dibuat ke atas kekhilafan Hakim Bicara dalam memutuskan kes sebelum kehadiran Pemohon sedangkan Notis Kehadiran ditetapkan pada pukul 12.00 tengahari.
ii. Bahawa semakan dibuat ke atas kekhilafan Hakim Bicara kerana tidak memberikan ruang dan peluang kepada Peguam Syarie Pemohon yang telah hadir dan sedang menunggu kehadiran Responden bagi menyempurnakan wakalah untuk memberikan penjelasan status kehadiran Responden ke Mahkamah.
[3] Selanjutnya pada sidang bertarikh 27 Mei 2022, Panel Hakim Rayuan yang dilantik untuk mengendalikan kes semakan ini telah bersetuju dan mengeluarkan Perintah Memanggil Rekod Prosiding Dan / Atau Menggantung Prosiding melalui Borang 8 Arahan Amalan No 9 Tahun 2019 melalui Kes Permohonan Semakan Mal No: 15000-003-0012-2022.
Ulasan Mahkamah Rayuan Syariah
[4] Sebelum kami mengulas apa-apa perkara di dalam permohonan ini, kami menegaskan bahawa proses semakan keputusan/penghakiman/perintah mana-mana Mahkamah tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya kerana proses semakan adalah menyemak rekod kes tanpa menjalankan proses pendengaran dari kedua-dua belah pihak. Ini bermaksud tidak semua keputusan/penghakiman/perintah Mahkamah boleh disemak. Kami merujuk kepada prinsip melaksanakan proses semakan yang telah diberikan di dalam kes Mokhtar Yusup lwn. Nurin Abdullah , Kes Mal (Semakan) No: 14000-003-0035-2011 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan pada 7 Mac 2012 dan menyatakan sebagaimana berikut:
"Proses semakan semata-mata untuk menyemak apa-apa kesilapan dalam proses membuat keputusan yang menjejaskan keadilan atau keputusan yang jelas menyalahi Nas-Nas syarak yang qat'ie atau jelas berlawanan dengan Undang-Undang yang sedang berkuatkuasa."
[5] Selanjutnya kami turut merujuk kes Adi Asri Baharom lwn. Andini Nidia Putra , Kes Mal Semakan No: 10000-003-0015-2012 di Ma