SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2002 MarsdenLR 1952

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, PULAU PINANG

MOHD NOOR ABDULLAH H


PP
versus
KHAW BAK MOH

SEMAKAN JENAYAH NO: 43-1-01

Decided On : 03-13-02

Advocates:
Bagi pihak perayu - Roy Prabhakaran; T/n Praba & Assoc
Bagi pihak penentang - Azman Abu Hassan TPR

PENGHAKIMAN

Mohd Noor Abdullah H:

Tertuduh dipertuduh seperti berikut:

Bahawa kamu pada 2.2.2000 lebih kurang jam 7.00 pagi di premis Rumah Sembelih Babi di No. 5214, Kg. Selamat, Tingkat 9, 13300 Tasek Gelugor, Daerah Seberang Perai Utara dalam Negeri Pulau Pinang telah menjual 400gm daging babi mentah dengan harga RM2.00 kepada pegawai berkuasa En. Ewe Paik Tiong (No. K/P: 690203-08-5851) dan Pejabat Kesihatan Seberang Perai Utara, yang setelah dianalisa didapati mengandungi Salbutamol sejenis Beta-Agonist iaitu drug yang tidak dibenarkan di bawah Jadual Kelima Belas A, Daftar II Peraturan 40(5) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Pindaan 1998). Dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 13(1)(e) dibaca bersama-sama dengan seksyen 13(3)(d) Akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah seksyen 13(1) Akta yang sama.

Rayuan ini menimbulkan dua persoalan undang-undang: pertama, sama ada tertuduh didakwa dalam tempoh 90 hari selepas makanan itu dibeli dan kedua, sama ada izin untuk mendakwa tertuduh berkuatkuasa, berkesan dan terpakai.

Fakta Kes

Pada 2 Februari 2000 tertuduh telah menjual daging babi mentah yang setelah dianalisa didapati mengandungi Salbutamol sejenis Beta-Agonist iaitu drug yang dilarang dalam makanan. Pada 24 April 2000 pendakwa mengemukakan aduan kepada majistret untuk mengeluarkan saman terhadap tertuduh. Tertuduh telah dipertuduh di mahkamah majistret pada 31 Mei 2000 dan kes ini telah ditetapkan untuk bicara pada 30 Oktober 2000. Pada hari perbicaraan 30 Oktober 2000 pegawai pendakwa hadir lewat di mahkamah. Maka majistret yang bijaksana telah melepaskan tanpa membebaskan tertuduh. Kemudian pendakwa mengemukakan aduan kedua pada 8 November 2000 mengenai penjualan daging babi mentah yang sama. Pada 14 Februari 2001 tertuduh dipertuduh di hadapan majistret. Pegawai pendakwa mengemukakan izin untuk mendakwa. Tertuduh minta dibicarakan.

Isu Pertama Tempoh 90 Hari

Pada hari perbicaraan pendakwaan kali kedua peguambela tertuduh mengemukakan bantahan awalan bahawa pertuduhan terhadap tertuduh adalah tidak sah kerana tertuduh dipertuduh 90 hari selepas makanan itu dibeli dan ini bertentangan dengan s. 19(2) Akta Makanan 1983. Tuan majistret yang bijaksana telah menolak bantahan awalan tersebut.

Seksyen 19(2) Akta Makanan 1983 menyebut:

(2) Where any food has been purchased or procured from any person for analysis or examination, no proceedings in respect of the sale thereof or of any offence against this Act shall be instituted after the expiration of ninety days from the time of purchasing or procuring that food.

Peruntukan s. 19(2) ini telah dihuraikan dalam kes Carlsberg Brewery Malaysia Bhd. v. Pendakwa Raya[1993] 1 MLJ 273 di mana Mahadev Shankar J mengulas bahawa: "Since the words of s. 19(2) of the Act are mandatory, no prosecution could be instituted after 90 days from the date of purchase."

Dalam satu kes lain yang berkaitan adalah diperhatikan pendakwa telah mendakwa tertuduh di bawah Copyright Act 1969 dan kemudiannya tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan dan pertuduhan itu, apabila pendakwa hendak mendakwa tertuduh semula atas kesalahan yang sama, pendakwaan kali kedua itu hendaklah dijalankan dalam masa enam bulan dari tarikh video tapes itu dirampas, selaras dengan s. 15(4) Akta itu. Demikian diputuskan oleh Ajaib Singh J dalam kes PP v. Oh Teck Soon[1986] 1 MLJ 3. Yang Arif itu berkata pendakwaan yang pertama dalam masa enam bulan itu telah berakhir apabila tertuduh dilepaskan dan pendakwaan kali kedua yang dibuat selepas tempoh enam bulan bukan menyambung pendakwaan pertama tadi dan kerana itu pendakwaan kali kedua itu tetap di luar tempoh dan taksah.

Adalah diperhatikan juga bahawa Steve LK Shim J dalam kes PP v. Sim Lee Kun[1995] 3 CLJ 756 berpendirian yang sama apabila beliau mentafsirkan s. 19 Trade Description Act 1972. Beliau berkata pendakwaan kali kedua setelah tertuduh dilepaskan pada pendakwaan pertama hendaklah dibuat dalam masa enam bulan, jika tidak, pendakwaan itu taksah dan terb

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top