2022 MarsdenLR 147
MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU
CHONG JIA MING LWN. ABDUL KHALIK YUSOF & SATU LAGI
[Writ Saman No: JA-A53KJ-830-11/2020]
The court established the defendants' full negligence in a traffic accident, emphasizing the plaintiff's lack of contributory negligence.
Headnote:(A) Road Traffic Act 1959 – Section 7(2) – Negligence in road traffic accident – Court found defendants negligent, causing collision; onus of proof lies on plaintiff to show breach of duty – Findings based on testimonies of witnesses, consistent evidence led to finding of 100% negligence on defendants’ part (Paras 4, 37, 58).
(B)
Appellate review – Principle that an appellate court cannot substitute its conclusions for those of trial court unless there is evidence of misdirection or error (Paras 9, 70).
Facts of the case:
The plaintiff sustained injuries in a road traffic accident involving a motorcycle and a lorry, claimed damages alleging the defendants were negligent.
Findings of Court:
The plaintiff's evidence was consistent, establishing the defendants' negligence and establishing liability for damages.
Issues
: Determining liability in a negligence claim and whether the plaintiff contributed to the accident.
Ratio Decidendi:
The court held that the defendants' actions directly resulted in the accident, establishing their fault without contributing negligence on the plaintiff’s part.
Result:
Plaintiff's claims are allowed; defendants are liable for damages.
PENGHAKIMAN
(Selepas Bicara Penuh Dengan Saksi)
Latar Belakang Kes
[1] Terdapat 2 Notis Rayuan di failkan dalam tindakan ini:
[1] Lampiran 31 - Notis Rayuan oleh Perayu/Plaintif atas keputusan Hakim Sesyen pada 6 Julai 2022 atas isu kuantum sahaja;
[2] Lampiran 34 - Notis Rayuan oleh Perayu/Defendan atas keputusan Hakim Sesyen pada 6 Julai 2022 atas isu liabiliti sahaj;
[2] Oleh demikian, Alasan Penghakiman ini adalah untuk keseluruhan isu liabiliti dan juga kuantum bagi keputusan yang telah diberikan pada 6 Julai 2022 tersebut.
A - Liabiliti
[3] Mahkamah telah memutuskan tindakan ini selepas bicara penuh dengan kehadiran saksi-saksi memberi keterangan di Mahkamah.
[4] Setelah meneliti ikatan pliding, keterangan saksi -saksi, ekshibit- ekshibit, hujahan dan autoriti kedua-dua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos. Defendan-defendan cuai 100% dalam kemalangan ini.
[5] Dalam tindakan ini, pihak Plaintif dan Defendan telah memanggil saksi-saksi seperti berikut:
SP1 - Sarjan Veeran A/L Krishnan (pegawai Penyiasat)
SP2 - Chong Jia Ming (Plaintif)
SP3 - Jeep Hing Tai (wakil majikan)
SP4 - Doktor Darhaysyam Al Jefri Bin Mohamed Muslim (Orthopedik Consultant di KPJ)
SP5 - Santosh Kumar Prasad (Orthotist)
SD1 - Defendant Abdul Khalik Bin Yusof (Defendan Pertama)
[6] Plaintif secara ringkas dalam Penyataan tuntutan memplidkan seperti berikut:
"Pada 8 Julai 2019 lebih kurang jam 8:45 pagi, Plaintif yang menunggang motorsikal nombor pendaftaran JFJ8505 dari rumah di Taman Megah Ria menuju ke tempat kerja di Permas Jaya (iaitu dari bawah ke atas Rajah Kasar Kunci Kemalangan Trafik Report Seri Alam 08170/19) dan apabila sampai berhampiran lampu isyarat Jalan Kota yang dikawal oleh lampu isyarat menunjukkan warna hijau, motorsikal Plaintif meneruskan perjalanan lalu telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dengan sebuah motorlori nombor pendaftaran JSJ 6302 yang dipandu oleh Defendan Pertama yang sedang dalam perjalanan dari arah yang sama dan disebelah kiri motorsikal Plaintif lalu membelok masuk ke simpang di sebelah kanan motorsikal Plaintif secara tiba-tiba."
[7] Defendan-Defendan dalam pembelaan memplidkan bahawa mereka mengakui wujudnya satu kemalangan antara motorlori Defendan dan motorsikal Plaintif tetapi ia adalah disebabkan kecuaian Plaintif sendiri.
[8] Mahkamah membuat dapatan berdasarkan keterangan lisan, keterangan senyap dan ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan. Beban pembuktian adalah dipihak Plaintif atas imbangan kebarangkalian.
[9] Mahkamah merujuk kes Ng Chul Sia v. Maimon Ali , [1983] 1 MLJ 110 di mana ia dinyatakan bahawa:
"In an action for negligence the onus of proving the allegation of negligence rests on the person who makes it unless there are disclosed facts which raise a presumption in favor of the plaintiff. The plaintiff must show affirmatively that there has been a breach of a specific or general duty by the defendant and this resulted in the damage to the plaintiff. If he fails to prove this the action must fail. When an accidental harm is done it is not for the doer to excuse himself by proving that the accident was inevitable and that there was no negligence on his part. It is for the person who suffers the harm to prove affirmatively that the accidental harm was due to the negligence of the other person."
Keterangan Pegawai Penyiasat (SP1)
[10] Mahkamah merujuk kepada keterangan Pegawai Penyiasat (SP1), beliau menyatakan sampai ditempat kemalangan jam 1:30 tengah hari pada hari sama kejadian, cuaca baik, ada lampu isyarat di tempat kejadian, lampu isyarat berfungsi tetapi ia tidak dilakar dalam Rajah Kasar Kunci, tidak ada tunjuk serpihan kaca kesan kemalangan dalam Rajah Kasar Kunci dan SP1 ada ambil rakaman percakapan kedua-dua pihak.
[11] Rajah Kasar Kunci ditandakan sebagai ekshibit P2, SP1 ada ambil gambar kemalangan tetapi gambar rosak dan pengesahan dari pihak balai ditanda sebagai P1.
[12] Daripada keterangan SP1 juga, beliau ada memeriksa kerosa