MAHKAMAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA
AHMAD FAIRUZ KHN , ALAUDDIN MOHD SHERIFF HMP , RICHARD MALANJUM HMP
LINA JOY
versus
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YANG LAIN
RAYUAN SIVIL NO: 01-2-2006 (W)
Decided On : 05-30-07
Ahmad Fairuz KHN:
[1] Perayu telah diberi kebenaran merayu ke mahkamah ini atas soalan-soalan berikut:
(a) Adakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhak, mengikut undang-undang, mengenakan syarat supaya perayu mengemukakan suatu sijil atau suatu pengisytiharan atau perintah daripada Mahkamah Syariah yang memperakukan bahawa beliau adalah murtad sebelum perkataan "Islam" di dalam Kad Pengenalan (KP) perayu dipadamkan (deleted)?
(b) Adakah JPN telah dengan betulnya mentafsirkan kuasanya di bawah Kaedah-Kaedah Pendaftaran Negara 1990 (Kaedah-Kaedah 1990) khususnya k. 4 dan k. 14, untuk mengenakan syarat seperti yang tersebut di atas manakala ianya tidak diperuntukkan dengan secara jelasnya di dalam Kaedah-Kaedah 1990 itu?
(c) Adakah kes Soon Singh a/l Bikar Singh lwn. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor [1999] 2 CLJ 5 telah diputuskan dengan betulnya apabila ia mengguna pakai teori bidangkuasa tersirat yang dikemukakan di dalam kes Md Hakim Lee lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur [1997] 4 CLJ Supp 419 dan tidak mengikut kes Ng Wan Chan lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Anor (No 2) [1991] 3 CLJ 328 (Rep); [1991] 2 CLJ 1559; [1991] 3 MLJ 487 dan Lim Chan Seng lwn. Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan 1 kes yang lain [1996] 3 CLJ 231 yang mengisytiharkan bahawa sekiranya tidak ada bidangkuasa yang jelas yang diberikan kepada Mahkamah Syariah, maka Mahkamah-Mahkamah Sivil hendaklah mengekalkan bidangkuasa mereka?
[2] Perayu telah dilahirkan sebagai seorang Muslim. Oleh kerana beliau berhasrat untuk mengahwini seorang lelaki Kristian, perayu membuat permohonan kepada JPN pada 21 Februari 1997 untuk menukarkan namanya daripada Azlina binti Jailani kepada Lina Lelani atas alasan bahawa beliau telah menganuti agama Kristian. Permohonan ini tidak diluluskan oleh responden ketiga (Ketua Pengarah Pendaftaran Negara). Pada 15 Mac 1999 perayu memohon sekali lagi untuk menukarkan namanya tetapi kali ini daripada Azlina binti Jailani kepada Lina Joy. Di dalam akuan statutorinya, perayu sekali lagi menyatakan bahawa beliau mahu namanya itu ditukar kerana beliau telah menganut agama Kristian. Pada 2 Ogos 1999, perayu, bertindak atas nasihat seorang pegawai JPN, membuat suatu lagi akuan statutori di dalam mana beliau memberi sebab ingin menukarkan namanya sebagai sengaja memilih nama itu dan bukannya kerana beliau menukar agama. Pada bulan November 1999, perayu telah diberi KPnya yang baru tetapi JPN telah memasukkan perkataan "Islam" di bahagian depan KPnya dan namanya terdahulu di belakang kad itu. Pada 3 Januari 2000, perayu memohon kepada JPN untuk perkataan "Islam" dipadamkan (deleted). Permohonan ini ditolak dan perayu dimaklumkan bahawa permohonannya itu tidak sempurna tanpa suatu perintah daripada Mahkamah Syariah yang menyatakan bahawa beliau telah keluar dari agama Islam. Perayu kemudiannya membuat permohonan di Mahkamah Tinggi untuk beberapa deklarasi terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia. Deklarasi-deklarasi yang dipohon itu adalah berasaskan pencabulan hak asasinya kepada kebebasan beragama seperti yang dijaminkan oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan (PP). Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi telah menolak permohonannya itu. Perayu kemudiannya merayu ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan secara majoriti telah menolak rayuannya itu. Perayu kemudiannya membuat permohonan untuk kebenaran merayu di mahkamah ini dan permohonanannya itu telah dibenarkan atas soalan-soalan yang disebutkan pada permulaan penghakiman ini.
[3] Di Mahkamah Rayuan pihak-pihak bersetuju (dan ini adalah jelas daripada alasan-alasan penghakiman majoriti dan penghakiman menentang) bahawa satu isu sahaja yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah - iaitu, sama ada JPN betul, mengikut undang-undang, apabila menolak permohonan perayu supaya perkataan "Islam" dipadamkan daripada KPnya dan dengan memerlukan suatu sijil atau perintah murtad daripada Mahkamah Syari
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.