SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 2048

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO

SUZUKI ASSEMBLERS (M) SDN BHD
Versus
NATIONAL UNION OF TRANSPORT EQUIPMENT AND ALLIED INDUSTRIES WORKERS

AWARD NO: 258 TAHUN 2009 (KES NO: 5/1-503/08)
Decided on : 2 MAC 2009

Advocates appeared:
Wakil Pihak Pengadu - GS Kavitha; T/n Muhendaran Sri
Wakil Pihak Responden - Gan Khong Aik; T/n Abdullah Chan

AWARD

Pengaduan ini adalah difailkan oleh National Union Of Transport Equipment And Allied Industries Workers, Pihak Pengadu, pada 2.7.2008 terhadap Suzuki Assemblers (M) Sdn. Bhd., Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melalui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 617 Tahun 2006 dalam Kes No. 1(14)/2-227/2004 di antara pihak-pihak yang sama.

Kes ini telah dibangkitkan untuk perbicaraan pada 2.3.2009 dengan kehadiran Cik G.S. Kavitha dari Tetuan Muhendaran Sri, peguamcara yang mewakili Pihak Pengadu dan Encik Gan Khong Aik dari Tetuan Abdullah Chan, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik Lingasparan A/L Karuppaiah, Ketua Jabatan Sumber Manusia Pihak Responden turut hadir. Cik G.S. Kavitha memaklumkan Mahkamah bahawa kes ini telah selesai di antara kedua-dua pihak secara damai dan dengan itu, arahan beliau ialah untuk menarik balik Pengaduan kes ini terhadap Responden. Encik Gan Khong Aik mengesahkan penyelesaian tersebut dan seterusnya memohon agar Pengaduan kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk dipohon semula.

Memandangkan Pengaduan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan Pengaduan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top