2009 MarsdenLR 3317
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
TRANSBAY VENTURES SDN BHD & SATU LAGI
Versus
FOONG TUCK LEE
AWARD NO: 229 TAHUN 2009 (KES NO: 5/1-536/08)
Decided on : 25 FEBRUARI 2009
Mewakili Pihak Pengadu - A Sivananthan; MTUC
Mewakili Pihak Responden (Transbay Ventures Sdn Bhd) - Dymphna Lanjuran; T/n Lee Hishammuddin Allen & Gledhill
Wakil Pihak Responden (Pilecon Engineering Berhad) - Foong Swee Sin, Credit Control Manager Pilecon Engineering Berhad
Pengaduan ini adalah difailkan oleh Encik Foong Tuck Lee, Pihak Pengadu, pada 28.7.2008 terhadap Transbay Ventures Sdn. Bhd., Pilecon Engineering Berhad, Pihak-pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melalui Borang S kerana Pihak-Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 983 Tahun 2008 dalam Kes No. 16/4-2881 Tahun 2006 di antara pihak-pihak yang sama.
Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 25.2.2009 dengan kehadiran Encik A. Sivananthan dari M.T.U.C., yang mewakili Pihak Pengadu dan Cik Dymphna Lanjuran dari Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, peguamcara yang mewakili Pihak Responden, Transbay Ventures Sdn. Eihd. dan Encik Foong Swee Sin, Credit Control Manager Pilecon Engineering Berhad sebagai wakil Pihak Responden, Pilecon Engineering Berhad. Encik A. Sivananthan memaklumkan Mahkamah bahawa kes ini telah selesai dan beliau telah menerima daripada Encik Foong Swee Sin, wakil Pihak Responden, Pilecon Engineering Berhad, Lima Cek 'post-dated' bertarikh bermula daripada 15.3.2009 dan pada setiap 15 haribulan sehingga yang terakhir pada 15.7.2009 dengan nilai RM7,350.00 setiap satu cek sebagai penyelesaian penuh terhadap jumlah Award RM36,750.00 dalam Award No. 983 Tahun 2008. Dengan itu, beliau menarik balik pengaduan kes ini terhadap Responden.
Memandangkan pengaduan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan Pengaduan kes ini.