2009 MarsdenLR 395
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
GROUP ASSOCIATED (C&L) SDN BHD
Versus
NADARAJAN RAMALINGAM
AWARD NO: 756 TAHUN 2009 (KES NO: 5/1-578/08)
Decided On : 25 JUN 2009
Pengaduan ini adalah difailkan oleh Encik Nadarajan a/l Ramalingam, Pihak Pengadu pada 25.9.2008 terhadap Group Associated (C&L) Sdn. Bhd., Pihak Responden menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melalui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 953 Tahun 2008 dalam Kes No. 26/4-729/2006 di antara pihak-pihak yang sama.
Kes ini dibangkitkan untuk sebutan pada 25.6.2009 dengan kehadiran Cik R. Saraswathi dari M.E.F., yang mewakili Pihak Responden serta menyebutkan kes bagi pihak Tetuan A. Sivanesan & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Pengadu. Cik R. Saraswathi memaklumkan Mahkamah bahawa pihak M.E.F. telah menerima surat daripada peguamcara Pihak Pengadu yang menyatakan mereka ingin menarik balik pengaduan kes ini dengan kebebasan untuk ia difailkan semula dan pihak M.E.F. diminta untuk menyebutkan kes ini bagi pihak peguamcara Pengadu serta memohon untuk menarik balik pengaduan kes ini bagi pihak mereka. Cik R. Saraswathi seterusnya memohon untuk pengaduan kes ini ditarik balik dengan kebebasan untuk ia difailkan semula.
Maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan Pengaduan kes ini dengan kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.