SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 3872

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR

DEVIKA DORAISAMY
Versus
KIAN JOO SOUTHCORP SDN BHD

AWARD NO: 875 TAHUN 2009 (KES NO: 28(15)/4-470/03)
Decided on : 21 JULAI 2009

Advocates appeared:
Bagi Pihak Menuntut - S Devi; T/n P. Kuppusamy & Co
Bagi Pihak Responden - HC Yong; T/n Zaid Ibrahim & Co

AWARD

Ini adalah satu kes pembuangan kerja Puan Devika a/p Doraisamy (Yang Menuntut) oleh Kian Joo Southcorp Sdn. Bhd. (Responden) pada 29.9.2000. Kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada 1.7.2003 dan diterima di Mahkamah Perusahaan ini pada 22.7.2005.

Kes ini pada asalnya dibicarakan di hadapan Pengerusi yang telah bertukar pada 01.04.2009. Kedua-dua pihak telah bersetuju agar saya menurunkan award ini berdasarkan nota keterangan yang dicatatkan semasa perbicaraan bersama-sama dengan hujahan difailkan oleh pihak-pihak. Pihak Menuntut dan Responden tiada menzahirkan sebarang hasrat untuk mengemukakan hujahan tambahan sebelum award ini diturunkan.

Fakta

1. Pengadu telah dilantik bekerja di Multi-Pet Sdn. Bhd., Pada 1hb. November 1988, Pihak Menuntut telah disahkan jawatan di Multi-Pet Sdn. Bhd.

2. Pada 1hb. September, 1990, Pihak Menuntut telah dinaikkan pangkat kepada Quality Control Assistant 11 di Syarikat Multi-Pet Sdn. Bhd.

3. Pada 1hb. Julai 1995, Syarikat Multi-Pet Sdn. Bhd. telah membenarkan Pihak Menuntut berpindah ke Kian Joo Smorgan. Pada 20.09.1995, Pihak Menuntut telah disahkan jawatan Assurance.

4. Pada 15.10.1997, Pihak Menuntut telah disahkan jawatan QA Superior dengan gaji RM989.00

5. Kes ini bermula dengan tindakan seorang penama Shanmugam s/o Krishnan yang telah mengirimkan sepucuk surat kepada Bahagian Perjawatan Kian Joo Southcorp Sdn. Bhd. pada 01.09.2000. Di dalam surat tersebut Pihak Menuntut telah dikatakan menjual insuran pada masa waktu bekerja kepada penama pada bulan Disember, 1999.

Penama dalam surat tersebut menyatakan bahawa, Pihak Menuntut sering menganggunya pada waktu kerja. Di samping itu, Pihak Menuntut juga dikatakan sering meminta wang daripada pekerja di kilang.

6. Ekoran daripada surat tersebut, Pihak Syarikat telah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pihak Menuntut bertarikh 1hb. September 2000 seperti berikut:-

Kian Joo-Southcorp Sdn. Bhd.

Lot 7, Jalan Perumahan Dua, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan,

Malaysia.

Tel: 603-6853433 (6 Lines) Fax: 603-6853440

Nama : Puan Devika a/p Doraisamy

No. Pekerja : S3003

Tarikh : 11hb. September 2000

Rujukan : Surat Tunjuk Sebab

1. Anda didapati menjual insuran di dalam kilang di antara tahun 1997 hingga tahun 2000.

2. Anda didapati meminta duit atau mengutip duit bayaran ansuran insuran atau kedua-dua sekali dari pekerja di dalam kilang pada waktu kerja di antara tahun 1997 hingga tahun 2000.

3. Anda didapati meminta pekerja lain bersubahat untuk tidak memberi keterangan yang sebenar.

Dengan surat ini, anda dikehendaki memberi keterangan secara bertulis mengapa tindakan displin tidak patut diambil terhadap anda, dalam masa 48 JAM dari tarikh penerimaan surat ini.

Jika pihak majikan tidak menerima sebarang penjelasan dalam masa yang ditetapkan maka kami akan mengambil tindakan disiplin sewajarnya terhadap pihak tuan.

Yang benar,

KIAN JOO-SOUTHCORP SDN BHD

..........................

Bahagian Perjawatan

PENGESAHAN

Saya Devika a/p Doraisamy mengesahkan penerimaan surat ini.

Tandatangan : t.t.

Tarikh : 13/9/00

Massa : 12.25 pm.

7. Pihak Menuntut telah menjawab surat tunjuk sebab tersebut seperti berikut:-

14th Sept 2000

Devika a/p Doraisamy

Em p No S 3003

The Personnel Officer

Kian Joo - Southcorp Sdn. Bhd.

68100 Batu Caves

REF : SHOW CAUSE LETTER

I refer to your first letter dated 11th Sept 2000, which I received on 12th Sept 2000 at 11.25am and also to your second amended copy letter dated 11th Sept 2000 which I received on 13th Sept 2000, at 12.25 pm regarding the above matter and wish to place my view as to why disciplinary action should not be taken against me.

1. I am a qualified insurance agent selling insurance as you claimed from 1997 to 2000 but disagree to your charge that I am selling my working hours and also at the clients house.

2. I also agree that I collect insurance premiums money from my clients outside the factory premises and after my working hours and not during working hours as you have claimed in your le

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top