SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 1531

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO

SCICOM (MSC) BERHAD
Versus
MARIA SEBASTIAN

AWARD NO: 915 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-1428/07)
Decided on : 27 JULAI 2009

Advocates appeared:
Bagi Pihak Responden - Edmund Ponniah & Krishna Dalluma; T/n Edmund HT Ponniah & Co
Bagi Pihak Menuntut - V Paneer Selvam; MTUC (tidak hadir)

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.E5. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Puan Maria Sebastian, Pihak Menuntut, pada 4.04.2006.

Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 27.7.2009 dengan kehadiran Encik Edmund Ponniah dan Encik Krishna Dalluma dari Tetuan Edmund H.T. Ponniah & Co, peguamcara yang mewakili Pihak Responden yang juga menyebutkan kes bagi pihak Encik V. Paneer Selvam dari M.T.U.C. yang mewakili Pihak Menuntut. Pihak Menuntut tidak hadir. Encik Edmund Ponniah memaklumkan Mahkamah bahawa beliau telah diminta oleh Encik V. Paneer Selvam dari M.T.U.C. untuk menyebutkan kes ini bagi pihak beliau dan memaklumkan Mahkamah bahawa beliau menarik diri dari mewakili Pihak Menuntut kerana beliau tidak dapat menghubungi Pihak Menuntut serta menerima arahan lanjut daripadanya. Beliau pohon menarik balik kes ini. Dengan itu Encik Edmund Ponniah memohon agar kes ini dibatalkan dengan kebebasan untuk ia dipohon semula.

Memandangkan kes ini telah ditarik balik atas alasan-alasan tersebut dan Pihak Menuntut tidak hadir Mahkamah untuk meneruskan perbicaraan kes ini, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini dengan kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.

Tarikh bicara pada 28.7.2009 adalah dengan itu diketepikan.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top