2009 MarsdenLR 393
INDUSTRIAL COURT (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PERKILANGAN PERUSAHAAN MAKANAN
Versus
NETWORK FOOD INDUSTRY SDN BHD
AWARD NO: 866 OF 2009 (CASE NO: 5/1-179/09)
Decided on : 17 JULAI 2009
Bagi Pihak Pengadu - Matkar Siwang
Bagi Pihak Responden - Ahmad Fadzli Mohd Yusof (Penolong Pengurus)
Pengaduan ini adalah difailkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkilangan Perusahaan Makanan, Pihak Pengadu, pada 20.04.2009 terhadap Network Food Industry Sdn Bhd., Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perindustrian 1967 melalui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi "Article 9 - Salary Scale and Annual Increment" di dalam Perjanjian Kolektif dengan Cognizance No. 204/2004.
Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 17.07.2009 dengan kehadiran Encik Matkar bin Siwang yang hadir sebagai wakil Pihak Pengadu dan Encik Ahmad Fadzli bin Mohd Yusof, Penolong Pengurus Pihak Responden. Encik Ahmad Fadzli bin Mohd Yusof memaklumkan Mahkamah bahawa Pihak Responden telah menjelaskan tunggakan kenaikan gaji pengaduan kes ini. Encik Matkar bin Siwang sahkan kenyataan tersebut dan seterusnya menarik balik pengaduan kes ini.
Memandangkan kes ini ditarik balik, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan pengaduan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.