SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2007 MarsdenLR 1777

MAHKAMAH RAYUAN, JOHOR BAHRU

MOKHTAR SIDIN HMR , MOHD GHAZALI YUSOFF HMR , MOHD NOOR ABDULLAH HMR


ROZITA UNGKU AHMAD
versus
UNGKU HAPSAH ABDULLAH & YANG LAIN

RAYUAN SIVIL NO: J-02-770-1999

Decided On : 02-26-07

Advocates:
Bagi pihak perayu - C Sukumaran (Ana Shahrana Annuar & Manal Chunawi bersamanya); T/n C Sukumaran & Co
Bagi pihak responden - Maniam K Marappan; T/n R Krishnan Kutty & Co

PENGHAKIMAN

Mokhtar Sidin HMR:

[1] Mahkamah ini telah menolak rayuan ini dan di sini kami ingin memberikan sebab-sebab mengapa rayuan ini telah ditolak. Di dalam rayuan ini perayu adalah plaintif di Mahkamah Tinggi dan responden-responden adalah defendan-defendan di Mahkamah Tinggi. Kami akan merujuk kepada pihak-pihak sebagaimana mereka di Mahkamah Tinggi.

[2] Melalui satu saman pemula bertarikh 28 Mei 1996 plaintif telah memohon perintah-perintah deklarasi seperti berikut:-

(a) satu perintah yang mengisytiharkan bahawa jualan 14/24 bahagian tanah yang tidak boleh dipecahbahagi bagi harta di bawah HS (D) 1810 BPT 2712, Bandar Kluang, adalah batal dan tidak sah;

(b) bahawa defendan kedua dan ketiga menyerahkan kepada plaintif suratan hakmilik harta di bawah HS(D) 1810 BPT 2712, Bandar Kluang;

(c) kos; dan

(d) lain-lain perintah lanjut yang mahkamah fikirkan adil, sesuai dan bermanfaat.

[3] Di dalam afidavit menyokong permohonannya, plaintif menyatakan pada atau sekitar tahun 1973, selepas kematian bapanya, satu perintah pembahagian harta yang terkandung di bawah HS(D) 1810 BPT 2712, Bandar Kluang, Daerah Kluang, Johor (selepas ini disebut sebagai harta tersebut) telah dibuat, di mana defendan pertama telah mendapat 3/24 bahagian, Ungku Azman bin Ungku Ahmad mendapat 14/24 bahagian dan plaintif mendapat 7/24 bahagian yang tidak boleh dipecahbahagi. Di bawah perintah yang sama defendan pertama telah dilantik sebagai penjaga kepada plaintif dan Ungku Azman kerana kedua-dua mereka pada masa itu masih di bawah umur. Selepas perintah pembahagian harta dibuat, rekod bahagian hakmilik tersebut telah didaftarkan di Pejabat Hakmilik Johor pada 13 Disember 1973 di mana plaintif menjadi pemilik berdaftar bersama harta tersebut dan kaveat Pemungut Hasil Tanah ke atas harta tersebut juga telah didaftarkan pada tarikh yang sama.

[4] Afidavit itu selanjutnya menyatakan pada atau sekitar 22 Ogos 1974, defendan pertama sebagai pemilik bersama harta tersebut dan penjaga kepada plaintif dan Ungku Azman telah memasuki satu perjanjian jualbeli dengan defendan kedua dan ketiga di mana defendan pertama telah menjual kesemua bahagian harta tersebut kepada defendan kedua dan ketiga dengan balasan RM3,000. Selepas perjanjian itu ditandatangani suratan hakmilik harta tersebut telah diserahkan dan disimpan oleh defendan kedua dan ketiga. Plaintif juga menyatakan yang ini dilakukan tanpa kebenaran beliau. Pada 27 Ogos 1984, selepas plaintif mencapai umur dewasa, ia telah menandatangani satu surat kuasa wakil yang tidak boleh dibatalkan (irrevocable power of attorney) yang mana melantik defendan kedua sebagai wakil plaintif bagi menguruskan apa-apa perkara berkenaan harta tersebut.

[5] Afidavit itu seterusnya menyatakan pada atau sekitar tahun 1985, Ungku Azman bin Ungku Ahmad, pemilik 14/24 bahagian harta tersebut telah meninggal dunia. Pejabat Pembahagian Harta Pesaka Kluang telah membuat pembahagian, bahagian peninggalan mendiang Ungku Azman di mana defendan pertama telah diberikan 3/6 bahagian, plaintif diberikan 3/6 bahagian (mungkin 2/6 bahagian) dan Baitulmal 1/6 bahagian. Berasaskan itu, plaintif menyatakan plaintif telah memperolehi 14/24 bahagian yang tidak boleh dipecahbahagi ke atas harta tersebut.

[6] Plaintif juga menyatakan di dalam afidavitnya bahawa beliau sekarang telah dewasa dan baru menyedari bahawa bahagian milikannya sebanyak 7/24 dan bahagian milikan Ungku Azman sebanyak 14/24 ke atas harta tersebut telah dijual oleh defendan pertama (ibu plaintif) kepada defendan kedua dan ketiga. Plaintif berikutnya menyatakan di dalam afidavitnya bahawa surat kuasa wakil bertarikh 27 Ogos 1984 yang diberikan olehnya kepada defendan kedua itu adalah satu kesilapan dan seterusnya membatalkan surat kuasa wakil tersebut pada 2 Mac 1995. Surat pembatalan ini telah didaftarkan di mahkamah pada 14 Mac 1996. Plaintif seterusnya menyatakan peguamnya telah menghantar notis bertarikh 9 Mac 1996 memaklumkan kepada ketiga-tiga defendan bahawa surat kuasa wakil

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top