2000 MarsdenLR 728
MOHD NOOR ABDULLAH
ASSOCIATED TOWER SDN BHD – Appellant
Versus
TEE CHING CHEW DAN SATU LAGI – Respondent
Y Ramachandran (Azman, Davidson & Co) bagi pihak plaintif.
J Appukuttan (Wang Kao Shing & Co) bagi pihak defendan.
The court recognized the Defendants' caveatable interest under specific statutory provisions, affirming that even settled debts impact property sales.
Headnote:In this case, the Plaintiff sought an order to cancel the caveat lodged by the Defendants, claiming it hindered a sale of land to settle debts. The court determined that the Defendants had a caveatable interest following procedural review and established legal interest as per Section 323(1) of the National Land Code, 1965. The court rejected the Plaintiff's application based on the balanced interest and evidence of debt settlement.
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiff's petition about caveat hindering land sale. (Para 1 , 2) |
| 2. assessment of procedural defects in affidavit submission. (Para 3) |
Plaintif memohon perintah untuk membatalkan kaveat persendriian yang dimasukkan oleh Defendan-Defendan. Alasan Plaintif ialah supaya Plaintif boleh meneruskan jualbeli tanah berkenaan kepada Serama Jaya Sdn. Bhd. dengan harga RM9 juta untuk menjelaskan hutang Plaintif dengan Standard Chartered Bank sebanyak RM6,280 juta. Plaintif telah membayar RM900,000.00 kepada Bank itu pada 25.1.96 dan akan membayar bakinya apabila jualbeli itu dilaksanakan. Tetapi jualbeli itu terhalang disebabkan adanya kaveat yang dimasukkan oleh Defendan-Defendan.
Defendan-Defendan memasukkan kaveat itu untuk melindungi kepentingan mereka. Mereka adalah pemegang saham asal dalam Syarikat Associated Towers, pemilik tunggal tanah berkenaan. Saham mereka telah dijual/dipindahkan kepada pihak lain dan mereka tidak menerima apa-apa bayaran. Dalam pada itu Defendan-Defendan telah menjelaskan hutang Plaintif dengan Standard Chartered Bank sebanyak RM5.38 juta pada 12.2.96. [2]
1. Kecacatan prosedur
Affidavit Chao Yit Ho yang menyokong saman pemula tidak ada jurat yang mengesahkan Chao Yit Ho sebenarnya faham dan mengakui kebenaran isi affidavit itu. Ini merupakan kecacatan yang tidak boleh diperbaiki oleh A.2 k.1 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980, demikian pendapat Defendan-Defendan.
Saya dapati adalah benar affidavit pertama Chao Yit Ho tiada jurat dan affidavit keduanya tidak mengikut Borang 78 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980 dan affidavit ketiganya pula ada jurat tapi terletak bersendirian. Saya berat hati menerimanya kerana peguamcara Plaintif terang-terang lalai melaksanakan tugasnya. Akan tetapi apabila saya teliti affidavit pertama Chao Yit Ho saya dapati affidavit itu disertakan dalam dua teks, satu dalam Bahasa Malaysia dan satu lagi terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Teks dalam Bahasa Inggeris ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah yang sama. Plaintif mengaku dia faham apa yang diikrarkan dan dalam keadaan tertentu kes ini saya terima hakikat bahawa Plaintif faham affidavit itu. Maka demi keadilan saya berpendapat kecacatan itu boleh diselamatkan [3] oleh A.2 k.1 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980. Lantaran itu saya menerimanya.
2. Kepentingan yang boleh dikaveat
Dalam tindakan ini Defendan-Defendan hendaklah membuktikan bahawa mereka ada kepentingan yang boleh dikaveat ke atas tanah itu. Defendan-Defendan hendaklah juga menunjukkan adanya persoalan yang berat untuk dibicarakan dan akhir sekali Defendan-Defendan hendaklah menunjukkan bahawa pada imbangan kesesuaian kaveat itu patut dilanjutkan sehingga selesai kes sibil mengenai perlupusan saham Defendan-Defendan dalam syarikat Plaintif. Menurut Defendan-Defendan mereka memilikki saham dalam syarikat Plaintif yang hanya memilikki aset sekeping tanah bernilai RM9.7 juta. Saham Defendan-Defendan telah dilupuskan kepada Tee Ah Kee/Tee Chin Yoong dengan menggunakan Surat Perwakilan Kuasa (Power of Attorney). Perlupusan saham tersebut sedang dipertikaikan dalam suatu tindakan sibil yang belum selesai dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. [4]
Menurut kes Mahadevan & Anor. v. Patel dimana Plaintif meminjam wang RM250,000.00 daripada Pengarah Urusan suatu syarikat dan Plaintif menerima resit dari syarikat itu Mahkamah Persekutuan memutuskan "both the company and the respondent, acting as the managing director of the company had a caveatable interest in the lands" yang dijanjikan oleh Plaintif untuk digadaikan tetapi tidak digadaikan.
Plaintif hendak menjual tanah berkenaan kepada Serama Jaya Sdn. Bhd. dengan harga RM9 juta untuk menjelaskan hutang Plaintif dengan Standard Chartered Bank sebanyak RM6.280 juta. Bagi melindungi kepentingan Defendan-Defendan dalam syarikat Plaintif dan mengelakkan tanah itu dijual, Defendan-Defendan telah membayar dan Standard Chartered Bank telah mengakui menerima RM5.38 juta dari Defenda