SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

1992 MarsdenLR 849

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, PULAU PINANG

VINCENT NG PK


PENDAKWA RAYA
versus
DON ABDULLAH

RAYUAN JENAYAH NO. 41-205-91

Decided On : 07-14-92

Advocates:
Bagi pihak pendakwa raya - Ishak bin Mohd. Yusoff, TPR
Bagi pihak penentang - A. Suppiah; T/n. Karpal Singh & Co.

PENGHAKIMAN

Vincent Ng PK:

Ini adalah rayun Pendakwa Raya terhadap keptusuan Majistret yang bijaksana di Mahkamah Majistret di Georgetown pada 18 Julai 1991 dalam kes Penangkapan No. 94(01) 175/89 di mana penentang dilepas dan dibebaskan tanpa memanggil pembelaannya terhadap pertuduhan di bawah s. 14 Undang-undang Kesalahan Kecil No. 3 Tahun 1955 seperti berikut:

Bahawa kamu pada 16 Januari 1986 lebih kurang jam 12.30 p.m. di Pengkalan Raja Tun Uda (PRTU) di dalam Daerah Georgetown, di dalam Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan perkataan tidak senonoh kepada Pegawai Polis iaitu `Puki Mak Hang' Polis, di mana ketenteraman awam mungkin dicetuskan, dan oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan dan dihukum di bawah s. 14 Undang-undang Kesalahan Kecil No. 3 tahun 1955.

Majistret yang bijaksana mendapti fakta yang di mana penentang, yang pada masa itu bekerja sebagai penarik beca memang melafazkan perkataan-perkataan yang mengesat, sepertimana terkandung dalam pertuduhan di atas dan perkataan-perkataan sensitif lain yang bersifat perkauman (racially sensitive words) kepada PW1, iaitu Insp. Murugesan a/1 Jaganathan. Majistret yang bijaksana juga berpuashati bahawa perkataan-perkataan yang dilafazkan oleh penentang bersifat mengesat.

Bagaimanapun, Majistret memutuskan bahawa penentang melafazkan perkataan-perkataan tersebut tanpa niat mencetuskan pemecahan keamanan dan membebaskan penentang daripada pertuduhan tanpa memanggil pembelaannya. Nyatanya asas keputusannya bersandar kepada pengakuan PW1 kepada siapa perkataan-perkataan tersebut yang berbentuk kesat tersebut ditujui seperti berikut dalam pemeriksaan balas: "Orang kena tuduh (OKT) tidak memukul saya. OKT tidak cuba memukul saya. OKT juga tidak cuba untuk pukul anggota-anggota lain. Saya tidak takut kerana ramai anggota berada bersama saya ketika itu. Saya tidak takut kepada OKT. Selepas ingkar arahan, OKT digari ke balai Pelabuhan Pulau Pinang. Saya tidak masukkan OKT ke dalam bilik saya. Saya tidak memukul OKT. Saya cuma malu saja, tidak ada apa-apa perasaan lain. Saya tidak tahu samada OKT marah atau tidak. OKT tidak pukul saya. OKT tidak ada kemampuan kerana OKT berbadan kecil." PW1 juga mengakui dalam pemeriksaan balas "Semasa operasi itu dijalankan 3 anggota ada bersama saya. Saya memakai pakaian seragam. Pakaian itu tunjukkan pangkat saya. Semasa saya tangkap dia, OKT berada dekat pondok polis. Sepuluh kaki daripada pondok polis. Tidak ada orang dalam Pondok Polis semasa itu".

Selepas mendengar penghujahan Timbalan Pendakwa Raya, saya menolak rayuan tersebut tanpa memanggil peguam pembela menjawab balas. Rasional keputusuan Mahkamah ini adalah seperti berikut.

Di bawah s. 14 Undang-undang Kesalahan Kecil No. 3 tahun 1955 pendakwa raya dikehendaki membuktikan tiga (3) unsur-unsur berikut:

i) bahawa tertuduh ada melafazkan kata-kata yang diadui;

ii) perkataan-perkataan tersebut bersifat kasar; dan

iii) perkataan yang disebut itu dilafaz:

(a) dengan niat membangkitkan keadaan tidak aman (intend to provoke) atau

(b) di mana suatu keadaan tidak aman mungkin akan berlaku.

Pendapat Majistret yang bijaksana menyebelahi pendakwa dalam unsur-unsur (i) dan (ii) tetapi sebaliknya dalam unsur (iii) di atas, kerana perkataan kesat tersebut yang dilafaz secara spontan bila memandangkan bersama keterangan PW1 (sepertimana yang dipetik) ia tidak memberi bukti yang cukup bahawa penentang melafaz perkataan-perkataan tersebut dengan niat untuk membangkitkan keadaan tidak aman. Selepas membaca nota keterangan dengan teliti, khasnya keterangan PW1, saya dengan sepenuhnya bersetuju dengan Majistret yang bijaksana dalam perkara ini kecuali bila beliau hanya memakai ujian subjektif, pada hal unsur (iii) di atas memerlukan pembuktian di bawah s. 14 Akta tersebut, di mana perlu memenuhi salah satu daripada dua ujian di bawah:

(a) ujian subjektif, iaitu sama ada perkataan-perkataan yang dilafaz dengan niat yang membangkitkan keadaan tidak aman; atau

(b) ujian objektif iaitu sama ada perkataan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top