1982 MarsdenLR 139
HIGH COURT (SEREMBAN)
WONG KIM FATT, JC
PENDAKWA RAYA
versus
ISMAIL BIN BAKI DAN LAIN-LAIN
RAYUAN JENAYAH BIL 24 TAHUN 1981
Decided On : 03-25-82
Balia Yusof bin Wahi, Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak merayu.
Abu Hashim bin Haji Abu Bakar bagi pihak menentang.
Peguamcara: Abu Hashim, Zahar & Partners.
Ini adalah satu rayuan oleh Pendakwa Raya terhadap perintah Mejisteret Jelebu, membebaskan dan melepaskan ketiga-tiga responden dibawah seksyen 173(g), Kanun Acara Jenayah, sebelum pihak pendakwa menyelesaikan kes dakwaannya (close of prosecution case).
Ketiga-tiga responden pada asalnya dituduh di Mahkamah Mejisteret di Jelebu dibawah seksyen 457, Kanun Keseksaan. Pada 13hb April, 1981, pihak pendakwa telah mengemukakan tuduhan yang dipinda terhadap ketiga-tiga responden bersama-sama. Tuduhan yang dipinda tersebut berbunyi seperti berikut:
"That you on July 4, 1979 at about 10.00 p.m. at Kampong Kuala Klawang, in the District of Jelebu, in the State of Negeri Sembilan, committed lurking house trespass by night in order to the committing of an offence punishable with imprisonment to wit by voluntarily causing hurt to one Mokhtar bin Zainon NRIC 5292681(B) and that you have thereby committed an offence punishable under section 458 of the Penal Code to be read together with section 34 of the Penal Code."
Ketiga-tiga responden tersebut tidak dibela oleh peguambela. Tuduhan yang dipinda tersebut telah dibaca dan diterangkan kepada mereka dan mereka minta dibicarakan.
Di bawah seksyen 458, Kanun Keseksaan, had maksima hukuman penjara yang boleh dikenakan ialah 14 tahun. Dibawah seksyen 85, Akta Mahkamah Rendah (Disemak 1972) 1948, seseorang Mejisteret Kelas Pertama mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan sebarang kesalahan dimana had penjara maksima yang diuntukkan oleh undang-undang tidak melebihi 10 tahun. Oleh kerana itu nyatalah Mejisteret tersebut tidak mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kes ini yang sepatutnya hendaklah dibicarakan oleh seorang Presiden Mahkamah Sesyen. Had bidangkuasa jenayah Mejisteret tersebut tidak dibawa kedalam perhatian beliau oleh pegawai pendakwa. Dan tidak juga Mejisteret tersebut memikirkan soal ini apabila beliau memutuskan hendak membicarakan kes ini. Mengikut alasan-alasan keputusan beliau, beliau menyedari kesilapan ini hanya apabila kes tersebut telah selesai. Saya fikir jikalau beliau menyedari bahawa beliau tidak mempunyai bidangkuasa sebelum beliau membuat perintah tersebut, beliau hendaklah melepaskan ketiga-tiga responden dan memerintahkan kes ini dibicarakan semula di Mahkamah Sesyen. Diatas persoalan bidangkuasa sahaja, perbicaraan tersebut adalah satu nullity. Persoalan seterusnya berkaitan dengan seksyen 173(g), Kanun Acara Jenayah, yang berbunyi seperti berikut:
"173. The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials:
…
(g) Nothing in paragraph (f) shall be deemed to prevent the court from discharging the accused at any previous stage of the case if for reasons to be recorded by the court it considers the charge to be groundless."
Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa Mejisteret berkenaan yang bertindak dibawah seksyen 173(g) tidak hanya melepaskan ketiga-tiga responden, tetapi membebaskan juga mereka sebelum pihak pendakwa menyelesaikan kes dakwaannya. Beliau cuba menyokong keputusan beliau di dalam alasan-alasan keputusan beliau dalam kata-kata seperti berikut:
"In both the sections 457 and 458, the prosecution has to satisfy the ingredient 'lurking house trespass'. As I have explained earlier, this has not been satisfied and in that event, I did not hesitate to invoke section 173(g) of the Criminal Procedure Code after PW2, an eye-witness, had given his evidence. The effect of section 173(g) would be to acquit and discharge all the 3 [accused]."
Saya mesti dengan hormatnya tidak bersetuju dengan beliau diatas interpretasi seksyen 173(g). Dibawah seksyen 173(g), kuasa melepaskan (discharge), bukan membebaskan (acquit), seorang yang kena tuduh pada mana-mana peringkat pembicaraan sebelum pihak pendakwa menyelesaikan kes dakwaannya hanya boleh dilakukan jika Mahkamah berpendapat bahawa tuduhan adalah tidak berasas dan untuk maksud ini Mejisteret dikehendaki merekodkan sebab-sebabnya secara bertulis. Tujuan undang-undang ialah untuk