SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 302

MAHKAMAH SESYEN MELAKA
ONG BING HONG LWN. YONG CHEN LIM & SATU LAGI
[Guaman No: MA-A52NCvC-47-10/2022]



Claims under the Limitation Act 1953 must be filed within six years of the cause of action’s accrual, not upon discovery of the claim.

Headnote:The court analyzed the request for dismissal of the plaintiff's action based on the Limitation Act 1953, noting that claims must be initiated within six years from the cause of action's accrual. The court found that the claim was time-barred as the plaintiff filed his complaint after the expiration period regarding professional negligence. The issues framed included whether the claim was obstructed by the Limitation Act. The decision favored the defendants, allowing their application.

Table of Content
1. claim is barred by limitations as plaintiff's action was filed post statutory period. (Para 4 , 22 , 36)
Darmafikri Abu Adam HMS:

Pendahuluan

[1] Ini adalah permohonan pihak Defendan-Defendan dalam Kandungan 10 di bawah Aturan 18, Kaedah 19(b) dan atau (d), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan atau di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah ini di bawah Aturan 92 Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah-perintah seperti berikut:

a) Tuntutan Plaintif menerusi Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang kedua-duanya bertarikh 5 Oktober 2022 ("Tuntutan Plaintif") terhadap Defendan- Defendan dibatalkan;

b) Segala prosiding di dalam Tuntutan Plaintif ditangguh sehingga pelupusan permohonan Defendan-Defendan ini;

c) Kos permohonan ini beserta dengan kos tindakan ini ditetapkan dan dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan.

d) Lain-lain relief dan atau perintah yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah Mulia ini.

[2] Permohonan Defendan-Defendan ini dibuat berdasarkan bahawa:

a) Tuntutan Plaintif ini disekat oleh had masa di bawah Akta Had Masa 1953 ;

b) Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan untuk kecuaian, jikapun wujud, yang dinafikan, telah terakru pada 5 Januari 2011 apabila Defendan-Defendan tidak menghadiri Mahkamah Tinggi Melaka untuk pendengaran Notis Tunjuk Sebab yang ditetapkan pada 5 Januari 2011 bagi Writ Saman No 22-70-2010 menyebabkan Writ Saman tersebut dibatalkan;

c) Selanjutnya dan sebagai alternatif, apa-apa kecuaian lain, yang dinafikan, yang didakwa dilakukan oleh Defendan-Defendan telah berlaku sebelum 5 Januari 2011.

d) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan hanya difailkan pada 5 Oktober 2022, dimana ia melepasi tempoh 6 tahun daripada 5 Januari 2011.

e) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan atau merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.

Kertas-Kertas Kausa

[3] Kertas-kertas kausa yang terpakai bagi tujuan permohonan ini yang telah difailkan adalah seperti berikut:

(a) Ikatan Pliding (Kandungan 9);

(b) Notis Permohonan Defendan-Defendan bertarikh 4 Januari 2023 (Kandungan 10) ("Notis Permohonan Defendan-Defendan");

(c) Afidavit Sokongan Defendan-Defendan yang diikrarkan oleh Yong Chen Lim bertarikh 3 Januari 2023 (Kandungan 11) ("Afidavit Sokongan Defendan- Defendan");

(d) Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Ong Bing Hong bertarikh 25 Januari 2023 (Kandungan 12) ("Afidavit Jawapan Plaintif"); dan

(e) Afidavit Balasan Defendan-Defendan yang diikrarkan oleh Yong Chen Lim bertarikh 27 Januari 2023 (Kandungan 13) ("Afidavit Balasan Defendan- Defendan").

Fakta-Fakta Ringkas

[4] Berdasarkan Pernyataan Tuntutan Plaintif, fakta-fakta kes yang boleh diringkaskan adalah seperti berikut:

(a) Pada sekitar tahun 2009, Defendan-Defendan telah dilantik oleh Plaintif untuk memfailkan satu tindakan guaman di Mahkamah Tinggi Melaka terhadap seorang bernama Ong Siow Wah untuk tuntutan gantirugi sebanyak RM271,237.11, di mana Defendan Pertama ("D1") merupakan peguam cara yang mengendalikan tindakan guaman Plaintif tersebut.

(b) Pada 5 Ogos 2009 (sebenarnya 4 Ogos 2009), D1 telah memfailkan Writ Saman No 22-125-2009 ("Writ Saman 2009") bersama dengan Pernyataan Tuntutan di Mahkamah Tinggi Melaka.

(c) Satu pengurusan kes telah ditetapkan pada 5 Mei 2010 di hadapan Timbalan Pendaftar, Puan Radzilawatee bte Abdul Rahman. Oleh kerana

D1 gagal menghadiri pengurusan kes tersebut, Writ Saman 2009 tersebut telah dibatalkan.

(d) Susulan pembatalan Writ Saman 2009 tersebut, Defendan-Defendan telah tanpa pengetahuan Plaintif memfailkan satu Writ Saman No 22-70-2010 ("Writ Saman 2010") dan Pernyataan Tuntutan terhadap Ong Siow Wah di Mahkamah Tinggi Melaka pada 14 Mei 2010 untuk tuntutan yang sama seperti di dalam Writ Saman 2009.

(e) Satu tarikh pengurusan kes telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Melaka untuk pendengaran Notis Tunjuk Sebab. Oleh kerana D1 gagal menghadiri pengurusan Notis Tunjuk Sebab tersebut, Mahkamah Tinggi telah membatalkan W

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top