2024 MarsdenLR 1506
MAHKAMAH PERUSAHAAN PULAU PINANG
SHASHI KUMAR KALAISELVAN LWN. AEON CO (M) BHD
Award No: 1595 Tahun 2024 [Kes No: 9/4-683/22]
Important Points
Subject
Employment Law - Disciplinary Actions
Act Referred
Akta Kerja 1955: S.81G
Akta Anti Gangguan Seksual 2022: S.2
Headnote
(B) Burden of Proof - Beban pembuktian terletak pada majikan untuk menunjukkan bahawa penamatan adalah berasaskan alasan yang munasabah dan adil. (Paras 9)
(C) Definisi Gangguan Seksual - Merujuk kepada Akta Kerja 1955 dan Akta Anti Gangguan Seksual 2022, gangguan seksual didefinisikan sebagai kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual yang menyinggung atau menghina. (Paras 13, 14)
Facts of the case:
Pihak Yang Menuntut, seorang pengurus, dipecat oleh Responden atas dakwaan salah laku yang melibatkan kata-kata kesat dan gangguan seksual terhadap pekerja bawahannya. (Paras 3-4)
Findings of Court:
Penamatan kerja Pihak Yang Menuntut adalah munasabah berdasarkan keterangan saksi dan bukti sokongan yang mengesahkan perlakuan gangguan seksual. (Paras 84)
Issues: Mahkamah perlu memutuskan sama ada Pihak Yang Menuntut telah melakukan salah laku yang membenarkan penamatan kerja. (Paras 11)
Ratio Decidendi: Mahkamah mendapati bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong dakwaan gangguan seksual dan majikan telah bertindak dengan munasabah dalam menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut. (Paras 84)
Result: Permohonan Pihak Yang Menuntut ditolak.
AWARD
[1] Rujukan ini bertarikh 2 Mac 2022 oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 . Rujukan adalah berkenaan pembuangan kerja Shashi Kumar A/L Kalaiselvan (selepas ini dirujuk sebagai Pihak Yang Menuntut) pada 27 Julai 2021 oleh Majikannya, AEON Co (M) Bhd (selepas ini dirujuk sebagai Responden).
[2] Mahkamah ini telah mempertimbangkan kertas kausa dan dokumen-dokumen berikut dalam menyediakan Award ini. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:
(a) Pernyataan Kes Pihak Yang Menuntut bertarikh 28 Julai 2022.
(b) Pernyataan Jawapan Responden bertarikh 13 Oktober 2022.
(c) Ikatan Dokumen Yang Menuntut bertarikh 28 Julai 2022 - "CLB-1";
(d) Ikatan Dokumen Tambahan Yang Menuntut bertarikh 4 Disember 2023 - "CLB-2";
(e) Ikatan Dokumen Responden bertarikh 13 Oktober 2022 - "COB-1";
(f) Ikatan Dokumen Tambahan Responden bertarikh 14 September 2023 - "COB-2";
(g) Penyataan Yang Menuntut (Omar Al-Khattab bin Nasrudin) - "CLWS-1";
(h) Penyataan Yang Menuntut (Shashi Kumar a/l Kalaiselvan) - "CLWS-2";
(i) Penyataan Yang Menuntut (Siti Aishah bt Abdullah) - "CLWS-3";
(j) Pernyataan Saksi Pertama Responden (Azlira binti Ismail) - "COWS-1";
(k) Pernyataan Saksi Kedua Responden (Zulina binti Zakaria) - "COWS-2";
(l) Pernyataan Saksi Ketiga Responden (Shuhaida binti Mohd Yusof) - "COWS-3";
(m) Pernyataan Saksi Keempat Responden (Mohd Raffi bin Ahmad) - "COWS-4";
(n) Pernyataan Saksi Kelima Responden (Arni Syuhada binti Zulkefli) - "COWS-5";
(o) Pernyataan Saksi Keenam Responden (Nur Ainatul Mardiah binti Mohd Yazan) - "COWS-6";
(p) Pernyataan Saksi Ketujuh Responden (Aina Liyana binti Ahmad) - "COWS-7";
(q) Pernyataan Saksi Kelapan Responden (Zaidatul Akmar binti ZambriZulina binti Zakariz) - "COWS-8";
(r) Pernyataan Saksi Kesembilan Responden (Kamaruddin bin Ismail) - "COWS-9";
(s) Pernyataan Saksi Kesepuluh Responden (Norlelawati bt Amerudin) - "COWS-10";
(t) Pernyataan Saksi Kesebelas Responden (Mohd Faisal bin Fauzi) - "COWS-11";
(u) Pernyataan Saksi Keduabelas Responden (Aliya Mastura bt Abdul Rashid) - "COWS-12";
(v) Pernyataan Saksi Ketigabelas Responden (Siti Rohayu binti Sidek) - "COWS-13";
A. Ringkasan Fakta Kes
[3] Pihak Yang Menuntut (PYM) telah memulakan perkhidmatan pada 2 Mei 2008. Sewaktu penamatan, PYM memegang jawatan Pengurus Keselamatan Pelanggan (No Pekerja 217013) di AEON Queensbay dan dibayar gaji sebanyak RM4075.00 mulai March 2019.
[4] Melalui surat Responden bertarikh 26 Julai 2021, PYM telah dipecat dan ditamatkan perkhidmatan atas dakwaan salah laku dengan menggunakan kata-kata kesat dan melakukan gangguan seksual. (CLB-1 ms 20).
B. Pernyataan Kes PYM
[5] Di dalam Pernyataan Kes bertarikh 28 Julai 2022, PYM menyatakan seperti berikut:
(a) PYM telah bekerja dengan Responden selama 13 tahun sebagai pekerja tetap;
(b) PYM telah dipecat atas dakwaan salah laku menggunakan kata-kata kesat dan ganggguan seksual terhadap seorang kakitangan Nur Ainatul Mardiah binti Mohd Yazan;
(c) Inkuiri Dalaman (ID) telah diadakan oleh pihak Responden dengan mengemukakan dua (2) tuduhan terhadap PYM. Namun alasan-alasan yang munasabah yang diberi oleh PYM tidak diambil kira terutamanya penggelapan wang Responden oleh Nur Ainatul Mardiah binti Mohd Yazan beserta beberapa pekerja lain;
(d) Responden telah membuat Keputusan untuk menamatkan/memecat PYM atas atas alasan tidak munasabah yang gagal mengambilkira sebab-sebab yang dikemukakan oleh PYM;
(e) Prestasi kerja PYM yang baik tidak diambil kira oleh Responden;
(f) Semasa ID dijalankan oleh pihak Responden pada 29 Mac 2021, PYM tidak diberi peluang untuk memanggil saksi walaupun diminta oleh beliau;
(g) Sebaik sahaja ID selesai, PYM diserahkan surat "suspension" berkuatkuasa 1 April 2021; dan
(h) Pihak Responden gagal memberi sebarang kaunseling atau apa-apa surat peringatan untuk mengatasi masalah kakitangan tetapi memutuskan memecat PYM secara terus (summarily dismissal).
C. Pernyataan Jawapan Responden
[6] Di dalam Pernyataan Jawapan ber