2024 MarsdenLR 3042
MAHKAMAH SESYEN SELAYANG
IMPIAN SELAMA COMMUNICATION AND SERVICES SDN BHD LWN. RAVINDRAN RAJOO
[No Guaman: BD-B52-1-06/2021]
The burden of proof in civil fraud cases lies with the plaintiff, who must substantiate claims with credible evidence; failure to do so results in dismissal.
Headnote:(A) Evidence Act 1950 – Sections 101, 102, and 103 – Burden of proof in civil cases – Plaintiff failed to prove allegations of fraud against Defendant regarding invoices – Court found no credible evidence supporting Plaintiff's claims – Plaintiff's claims dismissed with costs on 14 February 2024. (Paras 26, 50, 60)
(B) Fraud – Standard of proof – In civil cases, the standard is on the balance of probabilities, not beyond reasonable doubt – Plaintiff must provide evidence to support claims of fraud. (Paras 27, 50)
(C) Double claim – Plaintiff's claim against Defendant was found to be duplicative of another pending claim against a third party – Court ruled that the claim was not bona fide. (Paras 58, 60)
Facts of the case: Plaintiff, a construction company, claimed RM364,195.00 from Defendant, alleging fraudulent invoices submitted by Defendant's companies for work not performed. Defendant denied the allegations, asserting that all payments were made based on verified work. (Paras 4-16)
Findings of Court: Court found that Plaintiff failed to provide sufficient evidence to support its claims and that the invoices were verified by Plaintiff's representatives. (Paras 40, 60)
Issues: The main issues included whether the Defendant had committed fraud, whether the invoices were legitimate, and whether the Plaintiff's claims were duplicative. (Paras 50-56)
Ratio Decidendi: The court emphasized that the burden of proof lies with the Plaintiff, and without credible evidence, the claims could not be substantiated. (Paras 26, 60)
Result: Plaintiff's claim dismissed with costs.
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Kes telah dibicarakan di mana Plaintif telah mengemukakan empat (4) orang saksi dan Defendan mengemukakan dua (2) orang saksi.
[2] Setelah mendengar dan meneliti keterangan semua saksi Plaintif dan semua saksi Defendan serta meneliti semua eksibit dan hujahan pihak-pihak bersama otoriti yang dikemukakan, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. Oleh yang demikian, pada 14 Februari 2024, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif dengan kos mengikut skala mengikut A 59 k 23 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
[3] Plaintif tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini.
Fakta Ringkas
[4] Plaintif ialah sebuah syarikat yang menjalankan kerja pembinaan am, telekomunikasi dan kerja penyelenggaraan landasan kereta api. Plaintif mempunyai saham berbayar sebanyak RM2 juta.
[5] Defendan ialah bekas Pengarah Syarikat Sri Arus Elektrik Enterprise dan Sasta Gemilang Enterprise ("Syarikat-Syarikat Defendan") yang menjalankan perniagaan dengan memberikan perkhidmatan tenaga kerja bagi menjalankan kerja-kerja fiber optik dan elektrik. Defendan juga merupakan bekas pekerja Plaintif.
[6] Pada sekitar tahun 2015, Defendan melalui Syarikat-Syarikat Defendan telah ditawarkan untuk membuat kerja-kerja elektrik dan fiber optik dengan pembekalan tenaga kerja bagi menjalankan kerja-kerja tersebut.
[7] Pemilik projek-projek kerja-kerja elektrik dan fiber optik ialah Naza, Roots, Thales and U-Mobile ("Pemilik Projek") yang melantik Plaintif sebagai kontraktor utama. Plaintif pula telah melantik Syarikat-Syarikat Defendan sebagai sub-kontraktor.
[8] Pemilik Projek akan memaklumkan syarikat Plaintif untuk menjalankan kerja-kerja elektrik dan fiber optik di tapak projek dan Plaintif akan memaklumkan Defendan untuk menawarkan tenaga kerja bagi melakukan kerja-kerja tersebut.
[9] Selepas kerja-kerja tersebut selesai, Defendan menghantar invois bayaran bagi pembekalan tenaga kerja yang telah ditawarkan oleh Syarikat-Syarikat Defendan bagi menjalankan kerja-kerja di tapak projek.
[10] Plaintif seterusnya menghantar wakil Plaintif untuk membuat pemeriksaan bersama dengan wakil Pemilik Projek sendiri di tapak-tapak projek. Wakil Plaintif berperanan untuk memaklumkan Plaintif berkenaan tahap kerja-kerja di tapak projek yang telah disiapkan.
[11] Bahagian Kewangan Plaintif kemudian mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Plaintif dan membayar Syarikat-Syarikat Defendan berdasarkan invois-invois yang dikemukakan.
[12] Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Syarikat-Syarikat Defendan adalah seperti yang dinyatakan di Jadual Pertama (1) dan Jadual Kedua (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif.
[13] Kesemua kerja telah pun siap dilaksanakan oleh Syarikat-Syarikat Defendan dan bayaran telah pun dibuat bagi kerja-kerja tersebut oleh Plaintif kepada Syarikat-Syarikat Defendan. Plaintif tidak pernah membangkitkan apa-apa isu berkenaan invois-invois atau kerja-kerja yang telah disiapkan oleh Syarikat-Syarikat Defendan.
[14] Tarikh penamatan Syarikat Sasta Gemilang Enterprise adalah pada 20 Julai 2017 dan tarikh penamatan Syarikat Sri Arus Elektrik Enterprise adalah pada 24 April 2017.
[15] Selepas lebih kurang tiga (3) tahun, Plaintif melalui peguam cara Plaintif iaitu Tetuan R Kengadharan & Co telah menghantar satu surat tuntutan kepada Defendan menuntut jumlah wang sebanyak RM364,195.00.
[16] Pada 2 Jun 2021, Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 27 Mei 2021 dan antara lain mendakwa Defendan telah mengemukakan invois dan baucer yang bersifat rekaan, percanggahan, pertikaian, keraguan, dan pemalsuan. Oleh yang demikian, Defendan dikatakan telah melakukan frod dan telah mengakibatkan kerugian dan kehilangan kepada Plaintif. Tuntutan Plaintif di perenggan 16 Pernyataan Tuntutan adalah seperti berikut:
(a) Penghakiman berjumlah RM364,195.00 setakat 31 Julai 2017;
(b) Faedah terakur pa