SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 1023

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
FAIZAH HASSAN LWN. TATI UNIVERSITY COLLEGE SDN BHD
Award No: 869 Tahun 2024 [Kes No: 22/4-575/21]



Petitioner Advocates:Noor Amirul Nazreen Anas,Abdul Muis Abdul Majid ,Respondent Advocate: Muhamad Sharulnizam Mohd Roni

Pemecatan pekerja harus berdasarkan bukti yang jelas terhadap salah laku, dan beban kerja tidak boleh dijadikan alasan untuk kecuaian yang serius.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – Seksyen 20(3) – Pemecatan kerja – Pihak Yang Menuntut dipecat oleh Pihak Universiti atas dakwaan salah laku – Mahkamah Perusahaan menentukan sama ada salah laku dibuktikan dan jika ia membentuk alasan yang adil untuk pemecatan – Mahkamah mendapati Pihak Yang Menuntut bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan. (Paras 39, 42, 75)

(B) Beban Pembuktian – Beban pembuktian terletak pada pihak majikan untuk membuktikan salah laku pekerja – Mahkamah berpuashati bahawa Pihak Universiti telah membuktikan kesalahan Pihak Yang Menuntut. (Paras 43, 46)

Facts of the case: Pihak Yang Menuntut, seorang pensyarah, dipecat oleh Pihak Universiti atas pertuduhan salah laku berkaitan penandaan dan pengendalian peperiksaan. Pihak Yang Menuntut menafikan kesalahan dan menyatakan beban kerja yang tinggi sebagai alasan. (Paras 39-40)

Findings of Court: Mahkamah mendapati pemecatan adalah wajar dan adil berdasarkan bukti yang dikemukakan. (Paras 75)

Issues: Adakah Pihak Yang Menuntut bersalah atas pertuduhan yang dikenakan dan adakah pertuduhan tersebut membentuk alasan yang adil untuk pemecatan? (Paras 47)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Pihak Yang Menuntut adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan, serta beban kerja tidak boleh dijadikan alasan untuk kecuaian. (Paras 73-74)

Result: Kes Pihak Yang Menuntut ditolak.

AWARD

Paramalingam J Doraisamy:

Rujukan

[1] Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) mengenai pemecatan kerja Faizah Binti Hassan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Pihak Yang Menuntut") oleh Tati University College Sdn Bhd (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Pihak Universiti") pada 30 Jun 2020.

[2] Rujukan YB Menteri Sumber Manusia di dalam kes ini memerlukan Mahkamah untuk mendengar dan menentukan aduan pemecatan kerja Pihak Yang Menuntut oleh Pihak Universiti pada 30 Jun 2020.

I. Latarbelakang Prosedur

[3] Mahkamah Perusahaan telah menerima surat berkenaan rujukan Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pada 9 Februari 2021.

[4] Kes ini telah ditetapkan untuk sebutan pada 18 Mac 2021, 22 April 2021, 28 Mei 2021 dan 1 Oktober 2021.

[5] Perbicaraan kes ini telah dijalankan pada 6 Oktober 2022, 7 Oktober 2022, 23 Jun 2023 dan 14 Disember 2023.

II. Fakta Latarbelakang

[6] Pihak Universiti adalah sebuah institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri Terengganu yang terletak di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu. Di dalam bidang akademik khususnya, semua tenaga pengajar yang berkhidmat di Universiti adalah tertakluk kepada 'Garis Panduan Amanah, Tanggungjawab dan Etika Kakitangan Akademik UCTATI'. Pihak Universiti menegaskan bahawa Garis Panduan tersebut menjadi rujukan utama di dalam meningkatkan kompetensi kakitangan akademik kerana meliputi keseluruhan tugas dan tanggungjawab utama seseorang kakitangan akademik iaitu pengajaran, penyeliaan, penyelidikan dan inovasi, penerbitan, perundingan, persidangan, pentadbiran akademik, pengkomersilan dan harta intelektual, khidmat masyarakat dan keterlibatan pelajar.

[7] Pihak Yang Menuntut telah menyertai perkhidmatan di dalam Universiti pada 15 Mei 2014 secara kontrak tempoh tetap selama 1 tahun dengan memegang jawatan Pensyarah gred TA45 dengan gaji bulanan sebanyak RM2,877.04 berserta faedah- faedah perkhidmatan. Beliau dikehendaki melapor kepada Dekan Pusat Pengajian Persediaan & Am bagi semua tugas dan tanggungjwab beliau semasa berkhidmat dengan Pihak Universiti.

[8] Pihak Yang Menuntut kemudiannya telah ditawarkan lanjutan perkhidmatan secara kontrak tempoh tetap selama 1 tahun dengan Pihak Universiti melalui surat bertarikh 14 Mei 2015 di mana beliau menerima gaji sebanyak RM3,132.04 sebulan berserta faedah-faedah perkhidmatan.

[9] Pihak Yang Menuntut menegaskan bahawa melalui surat Pihak Universiti bertarikh 27 April 2016, Pihak Yang Menuntut telah dimaklumkan bahawa tahap skor Laporan Penilaian Prestasi beliau adalah memuaskan dan oleh yang demikian Pihak Universiti telah bersetuju untuk memberikan pergerakan gaji bagi tahun 2016 kepada Pihak Yang Menuntut.

[10] Melalui surat Pihak Universiti bertarikh 18 Mei 2016, tempoh perkhidmatan Pihak Yang Menuntut telah dilanjutkan untuk 1 bulan lagi dari 31 Mei 2016 sehingga 30 Jun 2016.

[11] Melalui surat Pihak Universiti bertarikh 27 Jun 2016, Pihak Yang Menuntut telah ditawarkan lanjutan perkhidmatan secara kontrak tempoh tetap untuk 1 tahun dengan gaji sebanyak RM3,387.04 sebulan berserta faedah-faedah perkhidmatan. Pihak Yang Menuntut adalah dikehendaki melapor kepada Dekan Pusat Pengajian Persediaan & Am bagi semua tugas dan tanggungjawab Pihak Yang Menuntut semasa berkhidmat dengan Pihak Universiti.

[12] Pihak Yang Menuntut menegaskan bahawa melalui surat bertarikh 31 Januari 2017, Pihak Universiti telah menukarkan Pihak Yang Menuntut dari Pusat Pengajian Persediaan & Am ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan menjalankan tugas sebagai Pensyarah berkuatkuasa 1 Februari 2017.

[13] Seterusnya melalui surat Pihak Universiti bertarikh 23 Mei 2017, Pihak Yang Menuntut telah ditawarkan lanjutan perkhidmatan dengan Pihak Universiti secara kontrak tempoh tetap selama 6 bulan dari 3 Julai 2017 sehingga 31 Disember 2017 dengan gaji sebanyak RM3,642.04 berserta faedah-faedah perkhidmatan. Pihak Yang Menuntu


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top