SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 1676

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
FAIROZ AZMAN AMIRONZUKI LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: W-05(M)-459-10/2017]



Petitioner Advocates:Rao Jayananda,Lim Woi Kang,Jeyaseelen Anthony ,Respondent Advocate: Khairul Anuar Abd Halim

Tembakan dilepaskan semasa rompakan dianggap sebahagian daripada kesalahan, tanpa mengira waktu kejadian berbanding dengan niat.

Headnote:(A) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), 1971 – Seksyen 3 – Rayuan terhadap sabitan atas kesalahan rompakan dengan melepaskan tembakan – Perayu didapati bersalah kerana telah merompak dan melepaskan tembakan, menyebabkan kecederaan kepada mangsa – Perayu mengaku melakukan rompakan tetapi menafikan niat menembak dengan sengaja. (Paras 1-22)

(B) Kes prima facie – Untuk membuktikan kesalahan di bawah seksyen 3, pendakwaan mesti menunjukkan bahawa rompakan dilakukan oleh perayu dan tembakan dilepaskan semasa melakukan rompakan – Perayu gagal menunjukkan keraguan munasabah sepanjang perbicaraan. (Paras 10-20)

Facts of the case: Perayu melakukan rompakan di stesen minyak dengan senjata api, di mana tembakan dilepaskan semasa pergelutan dengan mangsa. (Paras 2-3)

Findings of Court: Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas perayu yang mengakibatkan sabitan. (Paras 5, 20)

Issues: Adakah pendakwaan membuktikan semua inti pati kesalahan yang dituduh? Adakah Seksyen 3 FIPA bertentangan dengan Perlembagaan? (Paras 8, 22)

Ratio Decidendi: Tembakan dilepaskan semasa rompakan masih berlangsung, dan niat merompak terjelma dalam tindakan perayu. (Paras 19, 22)

Result: Rayuan ditolak.

PENGHAKIMAN

Abdul Karim Abdul Jalil HMR:

[1] Rayuan ini telah dikemukakan oleh Fairoz Azman Bin Amironzuki (perayu) mencabar keputusan dan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 27 September 2017 yang, setelah dibicarakan, mendapati perayu bersalah dan mensabitkan serta menjatuhkan hukuman mati terhadapnya atas tuduhan di bawah s 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat),1971 (FIPA). Pertuduhan tersebut menyatakan:

"Bahawa kamu pada 7 Ogos 2016, jam lebih kurang 5.40 petang, di Premis Petroniaga Mesra Services, Lot PT 2686, Mukim Stapak, Jalan Genting Kelang, dalam Daerah Wangsa Maju, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah didapati melakukan sesuatu kesalahan berjadual melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada Tarikul Islam Tarak. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), 1971, yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama."

Terkilan dengan keputusan di atas, perayu telah merayu ke Mahkamah ini.

[2] Setelah mempertimbangkan penghujahan kedua-dua pihak dan keterangan yang dibentangkan dalam rekod rayuan, kami telah menolak rayuan ini. Berikut ialah alasan kami memutuskan sedemikian.

Fakta Kes

[3] Ringkasnya, kes pendakwaan mendedahkan pada 7 Ogos 2018 lebih kurang pukul 5.30 petang mangsa, iaitu Tarikul Islam Tarik (Tarikul) dan rakannya Abdullah Bin Md Khalid (digelar dengan panggilan Khalid), kedua-duanya warga Bangladesh, sedang bertugas di kaunter juruwang Stesyen Minyak Petronas iaitu di Premis Petroniaga Mesra Services, Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur (premis Petroniaga). Pada ketika itu secara tiba-tiba perayu telah memasuki premis Petroniaga berkenaan dan terus mengacukan sepucuk senjata pistol ke arah Khalid serta mengarahnya untuk menyerahkan wang tetapi Khalid enggan menurut. Ini telah menyebabkan perayu terus memasuki ke dalam kaunter dan mengambil wang hasil daripada jualan kad pra-bayar dan kad Touch n go yang berada di bawah kaunter. Ketika perayu sedang berada di bawah kaunter tersebut, Tarikul, dengan tujuan untuk menggagalkan perbuatan perayu, telah bertindak memeluk perayu dari arah belakang. Ini telah mencetuskan satu pergelutan yang sengit antara mereka. Semasa pergelutan itu tiga das tembakan telah dilepaskan oleh perayu yang salah satu daripadanya telah mengenai bahagian pinggang kiri Tarikul. Akibat tembakan itu Tarikul telah mengalami luka bersaiz lebih kurang 2 mm di bahagian hadapan dan 5 mm di bahagian belakang (Rujuk P24). Bagaimanapun, akhirnya perayu berjaya juga diberkas oleh Tarikul dengan dibantu oleh rakan sekerjanya iaitu Khalid dan Hussain Alamgiz, serta orang awam iaitu Ahmad Shafie bin Zainal Abidin, SP12, seorang tentera, dan Muhammad Syawal Bin Osman (SP5). Perayu berserta senjata pistol jenis revolver .32 (P14), kemudiannya diserahkan kepada Kpl Zul Azri Bin Idris (SP11), anggota polis ronda yang telah tiba di situ. Insiden ini telah juga dirakam melalui CCTV di Stesyen Minyak berkenaan.

[4] Senjata pistol revolver berkaliber .32 (P14) berserta peluru berkaliber .32 yang digunakan dan dirampas daripada perayu telah disahkan oleh SP6, Inspektor Mohd Riyadh Solihin bin Abdul Rahim, Inspektor Siasatan Balistik 2, Unit Balistik, dan SP7, Inspektor Somchard a/l Den Sed, Juruanalisis Seksyen Balistik Makmal Forensik PDRM, sebagai senjata api dan peluru yang boleh berfungsi dengan baik (serviceable) dan merupakan senjata api yang telah melepaskan tiga das tembakan semasa kejadian.

Keputusan D Akhir Kes Pendakwaan

[5] Setelah mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan dan penghujahan kedua-dua pihak, Hakim bicara yang bijaksana telah membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen pertuduhan bagi kesalahan di bawah s 3 FIPA iaitu: perayu telah melakukan kesalahan berjadual iaitu rompakan (kesalahan di bawah Jadual 1, FIPA); perayu semasa melakukan rompakan tersebut telah melepaskan tembakan melalui senjata api jenis revo


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top