MAHKAMAH TINGGI KUANTAN
AZAMI AHMAD & ANOR – Appellant
Versus
MOHD YUNAN CHE YA – Respondent
[No Rayuan: 12-35-2007]
ALASAN-ALASAN KEPUTUSAN
1. Ini adalah satu rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dimana Defender)/Perayu didapati 100% cuai diatas kemalangan jalan raya. Dalam kes ini, Plaintif/Responden (SP 4) adalah penunggang motosikal No JDE 5103. Defendan pertama adalah dikatakan meletakkan motorlori No JEF 9421 bersama treler beliau di sebelah kiri jalan menghala ke arah Segamat di mana sebahagian motorlori berada di atas jalan raya dan sebahagian di atas bahu jalan. Dalam rayuan ini, perayu-perayu dan responden akan dirujuk sebagai defendan-defendan dan plaintif masing- masing.
2. Dalam kes ini, Plaintif menunggang motosikal tersebut dari arah Kuantan ke arah Segamat (mengikut rajah kasar (Ekshibit P1 di muka surat 191 Rekod Rayuan), iaitu dari bawah ke atas Mengikut versi plaintif dalam keterangan di Mahkamah Sesyen, Plaintif berkata keadaan cuaca adalah gelap, beliau tidak sedar dan cuaca pula mendung serta kabur, menyebabkan beliau terus melanggar motorlori tersebut. (Rujuk gambar-gambar (Ekshibit P2 A: E) di ms 193: 194 Rekod Rayuan). Kemalangan ini berlaku pada 9/3/2001 pada jam lebih kurang 6.30 pagi di mana Plaintif telah merempuh motorlori defendan pertama di mana motorlori tersebut adalah didalam keadaan terletak (berhenti) seperti yang dinyatakan di atas Mengikut keterangan Pegawai Penyiasat (SP2), pelanggaran tersebut berlaku di bahagian tayar belakang sebelah kanan motortreler. Pegawai Penyiasat (SP2) juga berkata, kepala motor treler itu tidak menghalang keseluruhan jalan menghala ke Segamat.
3. Dalam kes ini, defendan pertama tidak memberi keterangan. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana bergantung kepada keterangan Pegawai Penyiasat (SP2), Plaintif (SP4), Laporan Polis Plaintif, Laporan Polis defendan pertama, Rajah Kasar (Ekshibit P1) dan gambar-gambar Polis (Ekshibit P2 A-E). Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana mendapati defendan pertama menanggung 100% liabiliti dalam kemalangan tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana tidak menyatakan dalam keputusan bahawa defendan pertama 100% cuai. (Rujuk kepada penghakiman yang dimeterai di muka surat 17-20 rekod rayuan, khususnya, di muka surat 17), di mana beliau hanya menyatakan liabiliti ditanggung oleh defendan 100% dalam kemalangan ini. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana juga tidak menyatakan liabiliti yang ditanggung 100% adalah oleh defendan pertama. Walau bagaimanapun, dalam alasan penghakiman bertarikh 19.3.2008 iaitu lebih kurang 11 bulan kemudian, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana ada menyatakan defendan pertama sepatutnya dipersalahkan 100% dalam kemalangan ini dan menurutnya, defendan-defendan adalah bertanggungjawab 100%. Seterusnya, Hakim Mahkamah Sesyen juga mengawardkan RM213,000.00 untuk gantirugi am dan RM23,224.00 sebagai gantirugi khas kepada plaintif.
4. Di sini adalah penting untuk menyatakan bahawa laporan polis yang dibuat oleh plaintif atau laporan polis yang dibuat oleh defendan pertama tidak dikemukakan sebagai keterangan sama ada malalui plaintif atau melalui pegawai penyiasat SP2 atau ditandakan sebagai ekshibit. Malangnya, didapati Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh plaintif dan laporan polis yang dibuat oleh pemandu motortreler tersebut, iaitu, defendan pertama dalam alasan-alasan penghakiman walaupun kedua-dua laporan polis tidak dikemukakan sebagai keterangan dan ditandakan sebagai ekshibit. Juga tiada sebarang catitan dalam nota-nota keterangan mengenai sama ada kedua-dua laporan polis tersebut telah dipersetujui untuk diterima sebagai keterangan. Lebih-lebih lagi dan selanjutnya, didapati kedua-dua laporan polis tersebut tidak dirujuk, sama ada kepada pegawai penyiasat SP2 atau kepada plaintif SP4. Keputusan oleh Mahkamah ini dalam rayuan ini dibuat berdasarkan kepada catatan nota-nota keterangan yang terkandung dalam rekod rayuan. Oleh itu, Mahkamah perbicaraan tidak boleh mengambil kira kepada kandungan kedua-dua laporan polis di mana khususnya, defendan pertama
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.