SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2016 MarsdenLR 2674

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH ALOR SETAR
FARAHHA MD ZUKI LWN. MOHD FARIZ ABD RASHID
[Kes Mal Bil: 02100-012-0115-2014]



Petitioner Advocates:Hamdi Ishak ,Respondent Advocate: Bahador Omar

The marriage was deemed invalid under Islamic Law due to the absence of a proper wali at the time of marriage ceremony, necessitating its dissolution.

Headnote:The court analyzed the validity of the marriage under the Islamic Family Law Enactment (Kedah Darul Aman) 2008, confirming the marriage's illegality due to improper witness presence at the ceremony. The issues addressed were primarily whether the wali was present during the marriage. The court ruled that the marriage was invalid and subsequently ordered its dissolution.

Table of Content
1. application for validation of a polygamous marriage. (Para 1 , 2 , 5 , 6 , 10)
2. issues regarding the presence of wali during marriage ceremony. (Para 15 , 19 , 23 , 26 , 54)
3. evidential requirements for proving the presence of wali. (Para 29 , 31 , 32 , 41)
4. final judgment stating the marriage is invalid. (Para 55)
Syeikh Abd Rahman Abdullah:

Fakta Kes

[1] Ini adalah kes Permohonan Kebenaran Daftar Nikah Poligami, Kes Mal No: 02100-012-0235-2013 yang telah dipohon bersama oleh Mohd Fariz bin Abd Rashid, No. K/P: 770108-02-6087 (selepas ini disebut sebagai Penentang) dan Farahha binti Md Zuki, No K/P: 851026-02-5210 (selepas ini disebut Pemohon) berdasarkan s 23 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008. Notis Permohonan Dan Afidavit Permohonan telah difailkan pada 14 Julai 2013 oleh kedua-dua Pemohon untuk mendapatkan perintah-perintah berikut:

[i] Mengesahkan pernikahan Luar Negara pasangan tersebut;

[ii] Kebenaran untuk mendaftarkan nikah tersebut secara poligami; dan

[iii] Apa-apa perintah yang difikirkan patut dan wajar oleh Mahkamah ini.

[2] Kes kemudiannya ditetapkan untuk perbicaraan semula dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kedah pada 15 Januari 2014 yang mana Farahha binti Md Zuki adalah sebagai Pemohon manakala Mohd Faruz bin Abd Rashid sebagai Penentang didalam kes perbicaraan penuh yang telah dijalankan di hadapan Mahkamah Yang Mulia Ini.

[3] Pemohon di dalam kes ini adalah isteri kedua kepada Penentang di mana mereka telah bemikah dengan seorang anak dara iaitu Pemohon pada 17 Julai 2008 jam lebih kurang 5.00 petang di Wilayah Songkhla Thailand. pernikahan ini telah diakadnikah berwalikan wali hakim oleh Haji Zakaria bin Saleh, Naib Khadi Syarie Wilayah Songkhla Thailand dengan mas kahwin sebanyak RM 100.00. Saksi-saksi pernikahan tersebut ialah orang Thailand Haji Sufian bin Hj. Ismail dan Haji Nasir bin Hj. Sufian di mana mereka ada semasa akadnikah berlangsung. Sepanjang pernikahan mereka tidak dikumiakan anak. Penentang telah pun bemikah dengan isteri pertama Marziah binti Shahidan pada 16 Oktober 1998 di Akar Peluru Daerah Kota Setar.

[4] Pihak-pihak telah memasuki Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dengan menggunakan pas sempadan No 3318033 dan 3318050. Pada 20 Julai 2008 mereka telah mendapat Surat Pengesahan Nikah daripada Majlis Agama Islam Songkhla ICS.F.15842008 dan kemudiannya pada 22 Julai 2008 mereka mendapat Surat Pengesahan Perkahwinan Di Selatan Thailand daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla Thailand. Semasa pernikahan berlangsung, wali kepada Pemohon iaitu bapa Md Zuki bin Ishak didakwa bermastautin di Pulau Pinang kerana bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Kilang Elektrik.

[5] Mahkamah Tinggi Syariah kemudiannya telah meneliti permohonan pihak-pihak dan telah mendengar keterangan daripada kedua-duanya, Mahkamah berpuashati dan dengan ini tidak lagi ragu-ragu mengesahkan perkahwinan ini adalah sah mengikut hukum syarak beralasankan bahawa perkahwinan yang telah dijalankan memenuhi rukun-rukun nikah iaitu wujudnya bakal suami dan bakal isteri, wali, 2 orang saksi lelaki serta ijab dan qabul.

[6] Pada 25 September 2013 Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut:

[i] Perkahwinan Pemohon dan Responden pada 17 Julai 2008 di Wilayah Songkhla Thailand adalah sah mengikut hukum syarak.

[ii] Perkahwinan ini didaftarkan mengikut peruntukan s 23 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008.

[iii] Responden membayar nafkah seperti berikut:

a) Isteri pertama Marziah binti Shahidan sebanyak RM 1,100.0 sebulan ke hadapan sehingga ada perintah lain dikeluarkan.

b) 3 orang anak (nama-nama dirahsiakan) sebanyak RM300.00 setiap seorang sebulan ke hadapan sehingga ada perintah lain dikeluarkan.

c) Pembayaran nafkah tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dimasukkan ke dalam akaun bank milik isteri pertama melalui Akaun Bank Simpanan Nasional 02002-41-00005131-5.

[7] Namun demikia

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top