2017 MarsdenLR 1423
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH AMPANG
PENDAKWA SYARIE LWN. W
[Kes Jenayah Bil: 10012-143-0023-2017]
Judicial discretion allows courts to impose rehabilitation over incarceration for minor offenses under Sharia law.
Headnote:The judgment concerns the accused charged under section 29(1)(a) of the Selangor Syariah Criminal Enactment for an immoral act. The court found the confession was made voluntarily. Issues of jurisdiction were noted, yet the court restricted its discussions accordingly. The ruling concluded with the decision to detain the accused for rehabilitation under section 97(2)(b) of the Enactment.
| Table of Content |
|---|
| 1. accused's charge and confession. (Para 1 , 2) |
| 2. jurisdiction and understanding of the charges. (Para 3 , 4 , 8) |
| 3. details of the charges read to the accused. (Para 5 , 6) |
| 4. consideration of mitigating circumstances. (Para 11 , 12 , 17) |
| 5. judicial discretion in sentencing. (Para 19 , 20 , 21) |
| 6. final ruling on the case. (Para 24) |
Fakta Kes
[1] Tertuduh W (No K/P: XXXXXX-XX-XXXX) telah dipertuduhkan dengan kesalahan berkhalwat sebagaimana diperuntukkan di bawah s 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995 di mana pada 27 Ogos 2016 jam lebih kurang 10.53 malam di dalam Bilik No XXX Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur dalam Daerah Hulu Langat didapati berada bersama dengan seorang perempuan bernama Lock Lai Fung No K/P: XXX sedangkan dia bukan isteri atau mahram Tertuduh, dalam keadaan yang menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
[2] Tertuduh telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan tersebut setelah Tertuduh memahami pertuduhan, faham akibat pengakuan salah dan sifat pengakuannya dibuat dengan kerelaan tanpa wujud paksaan atau pujukan dari mana-mana pihak. Tanpa mensabitkan kesalahan Tertuduh di bawah seksyen yang dipertuduhkan, dan setelah mengambil kira watak, latar belakang Tertuduh serta rayuan Tertuduh yang menjadi faktor peringanan dan pemberatan maka, Mahkamah telah memerintahkan Tertuduh menjalankan latihan di pusat pemulihan yang diluluskan sebagai ganti hukuman.
[3] Kes ini adalah kes jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkhalwat di bawah s 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No 9 Tahun 1995. Tertuduh dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan berkhalwat pada 27 Ogos 2016 jam lebih kurang 10.53 malam di dalam Bilik No XXX Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur. Tertuduh di dalam kes ini adalah W (No K/P: XXXXXX-XX-XXXX) yang beralamat di No AA, Jalan X, Bandar Y, Rawang, Selangor.
[4] Berdasarkan fakta di atas, Mahkamah berpuashati bahawa tiada isu yang melibatkan bidangkuasa seperti yang tertakluk di dalam peruntukan s 62(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang juga dibaca bersama dengan s 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tersebut. Oleh itu, Mahkamah enggan mengulas lebih lanjut berkaitan perkara ini.
[5] Seterusnya pertuduhan terhadap Tertuduh telah dibacakan kepada Tertuduh pada 7 Disember 2017 sebagaimana berikut:
"Bahawa kamu, pada 27 Ogos 2016 jam lebih kurang jam 10.53 malam, di dalam sebuah BILIK No XXX PANDAN INDAH 55100 KUALA LUMPUR dalam Daerah Hulu Langat dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati berada bersama dengan seorang perempuan bernama ANN TEOH No K/P: XXXX-XX-XXXX sedangkan dia bukan isteri atau mahram Tertuduh, dalam keadaan yang menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah s 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 dan apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen dan Enakmen yang sama."
[6] Setelah dibacakan pertuduhan tersebut kepada Tertuduh, Mahkamah telah bertanyakan kepada Tertuduh samada memahami atau tidak sifat pertuduhan tersebut bagi memastikan pengakuan salah tersebut diberikan oleh Tertuduh atas kefahamannya terhadap pertuduhan yang dikenakan. Seterusnya, Tertuduh telah membuat pengakuan bersalah ke atas pertuduhan tersebut. Mahkamah mengulang pertanyaan sebanyak dua kali, dan Tertuduh mengulangi pengakuan bersalah sebanyak dua kali pula. Tertuduh juga telah menyatakan pada Mahkamah bahawa beliau memahami pertuduhan tersebut dan pengakuan salah dibuat setelah memahami kesan pengakuan salah, hukuman yang boleh dikenakan jika sabit kesalahan ke atas Tertuduh serta tiada paksaan daripada mana-mana pihak untuk membuat pengakuan salah tersebut.
[7] Mahkamah berpuashati atas pengakuan salah tersebut dan M