SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2018 MarsdenLR 1080

MAHKAMAH SESYEN KOTA TINGGI
KHAIRULANWAR HAMID LWN. GANESWARI MUNIYANDI DAN SATU LAGI
[Guaman Sivil No: JH A53KJ-32-05 Tahun 2017]



Petitioner Advocates:Hardeep Singh ,Respondent Advocate: Sakila Damodaran

The court determined liability between a minor plaintiff and defendant, establishing negligence and contributory fault parameters, leading to a compensation award.

Headnote:This judgment addresses a tort claim following a vehicular accident involving a minor plaintiff seeking general and special damages. The court found that the plaintiff bore 30% liability while the defendant was 70% liable for the accident due to negligence. The court awarded RM120,000 for severe head injury damages alongside other costs and interest. Legal principles of liability and negligence, including the necessity of proving one's case were crucial to the findings.

Table of Content
1. case facts surrounding the accident. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
2. court observations on conflicting evidence. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 14 , 15 , 22)
3. court's reasoning on liability and negligence. (Para 28 , 29 , 30 , 33 , 34)
4. final award to the plaintiff detailed. (Para 61)
Zahilah Mohammad Yusoff HMS:

Latar Belakang

[1] Plaintif membawa tindakan ini terhadap Defendan-Defendan untuk mendapatkan gantirugi am, gantirugi khas, faedah dan kos yang dialami akibat daripada satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 31 Januari 2014 jam lebih kurang 5.30 petang di Jalan SS 7/5, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.

[2] Dalam kes ini, Plaintif merupakan seorang budak berumur lebih kurang 7 tahun lebih pada masa kemalangan berlaku. Plaintif sendiri tidak dipanggil untuk memberi keterangan sebaliknya hanya bapa Plaintif (SP1) dan Penolong Pegawai Penyiasat (SP2) memberi keterangan bagi pihak Plaintif. Manakala pihak Defendan hanya memanggil seorang saksi sahaja iaitu Defendan Pertama (SD1) yang pada masa kejadian berumur lebih kurang 17 tahun.

Versi Plaintif

[3] Pada hari kejadian, 31 Januari 2014 pada jam lebih kurang 5.30 petang, Plaintif yang berusia 7 tahun lebih sedang menunggang basikal untuk pulang ke rumah. Apabila sampai di tempat kejadian, semasa Plaintif membelok ke kanan, tiba-tiba Plaintif telah melanggar bahagian hadapan motosikal no pendaftaran JNC 7322 yang ditunggang oleh Defendan Pertama bersama 2 pembonceng lain yang dikenali sebagai Nadumetha dan Arafin a/l Thiru Chelvam.

[4] Berdasarkan keterangan Penolong Pegawai Penyiasat (SP2), arah perjalanan Plaintif adalah dari kiri ke kanan rajah kasar iaitu di laluan antara B dan C. Manakala arah perjalanan Defendan Pertama adalah dari kanan ke kiri rajah kasar. Menurut SP2, kemalangan berlaku apabila Plaintif yang menunggang basikal membelok ke kanan dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh Defendan Pertama di jalan lurus.

[5] Menurut SP2, Penolong Pegawai Penyiasat lagi, tempat kemalangan adalah ditengah-tengah jalan lebih kurang di 'C'. Terdapat serpihan motosikal yang ditanda sebagai 'G' yang dipercayai dari motosikal Defendan Pertama. Namun begitu, SP2 tidak dapat pastikan arah pelanggaran kerana tiada kerosakan terhadap basikal. Impact ke atas motosikal juga tidak dapat dipastikan.

Versi Defendan

[6] Menurut Defendan Pertama, pada 31 Januari 2014, Defendan Pertama sedang menunggang motosikal no Pendaftaran JNC 7322 milik pakciknya, Defendan Kedua dari rumahnya di Jalan SS 8/2 Taman Sri Saujana hendak pergi ke kedai. Apabila sampai di Jalan SS 7/5, tiba-tiba Plaintif, yang menunggang basikal yang datang dari arah bertentangan telah membelok di hadapan motosikal Defendan Pertama dan terus melanggar motosikal yang ditunggang oleh Defendan Pertama.

[7] Pertama kali Defendan Pertama melihat Plaintif adalah pada masa Plaintif membelok di hadapan Defendan Pertama.

[8] Defendan Pertama telah membuat tandaan "X" di rajah kasar sebagai "point of collision". Kesan dari pelanggaran di tanda "X" tersebut, Defendan Pertama tidak jatuh daripada motosikal tetapi terseret secara serong. Selepas itu Defendan Pertama pengsan.

Dapatan Mahkamah

Liabiliti

[9] Kedudukan undang-undang berkaitan dengan kes kemalangan jalan raya adalah mantap. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan kesnya seperti yang diputuskan dalam kes Mohd Yusof Mohd Rakim & Anor v. Shanta Periasamy & Anor, [2006] 5 MLJ 251 di mana YA Dato' Vt Singham H pada ms 257 seperti berikut:

"It is important to be reminded that there is no duty on the part of the first defendant in the instant appeal to prove that he is not negligent for the accident until the plaintiffs have established negligence against the first defendant which the plaintiffs have failed (see (i) Chung Hwa Ying v. Phang Mun Mooi & Anor, [1987] 2 MLJ 693 at p 694, (ii) Jafri Elias v. Khor Tan Seah; [1992] 2 CLJ (Rep) 601 at p 1019 and (iii) Eastern Enterprise Ltd v. Ong Choo Kim; [1969] 1 MLJ 236 at p 244)."

[10] Prinsip Undang-Undan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top