SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2015 MarsdenLR 932

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
SURESHWARAN V RAJOO LWN. KETUA POLIS NEGARA & YANG LAIN
[Rayuan Jenayah No: W-09-10-01-2015]



The determination of the appropriate procedural framework under public law principles in judicial review cases.

Headnote:Statute Analysis: The appeal examines the High Court's rejection of the criminal application under the Prevention of Crime Act 1959. Facts: The appellant was detained and sought to annul supervision orders against him. Findings: The Court affirmed the lower court's decision dismissing the appeal.

Issues: The main question involves whether the appellant's application was improperly filed as an abuse of process.

Ratio Decidendi: The court reiterated procedural obligations under Order 53 of the Rules of the High Court 1980.

Result: The appeal is dismissed as a misuse of court processes.

Table of Content
1. procedural violation concerning public and private law. (Para 3 , 4)
2. clarification on procedural appropriateness under public law. (Para 6 , 11 , 14)
3. court's affirmation of jurisdiction under criminal law. (Para 18 , 21)
Mohtarudin Baki HMR:

[1] Ini adalah rayuan oleh pemohon terhadap Perintah Hakim Mahkamah Tinggi yang menolak Permohonan Jenayah, melalui Notis Permohonan, Pemohon/Perayu. Hakim Mahkamah Tinggi sebelum mendengar merit permohonan telah membenarkan Bantahan Awal yang dikemukakan oleh responden.

[2] Kami telah mendengar rayuan ini dan memutuskan sebulat suara bahawa rayuan ditolak. Pada asasnya kami bersetuju dengan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi yang terdapat di ms 17 sehingga 27 Rekod Rayuan.

Fakta Kes

[3] Perayu telah ditangkap oleh pihak polis pada 1 April 2014 di bawah s 3 Akta Pencegahan Jenayah 1959 ("Akta"). Perayu kemudiannya telah dikenakan perintah reman oleh Majistret selama 21 hari bermula pada 2 April 2014 di bawah s 4(1) Akta dan selanjutnya perintah reman tersebut dilanjutkan lagi selama 38 hari oleh Majistret di bawah s 4(2) Akta. Di dalam tempoh reman yang kedua, satu inkuiri oleh Pegawai Inkuiri telah dijalankan ke atas perayu dan pada 8 Mei 2014, satu dapatan telah dikeluarkan serta diserahkan kepada Perayu. Selanjutnya pada 29 Mei 2014, responden 2 telah mengeluarkan satu Perintah Pengawasan di bawah s 15 bertarikh 29 Mei 2015 yang menghendaki perayu untuk menjalani perintah pengawasan selama tiga tahun.

[4] Notis Permohonan berkenaan dapat dilihat di ms 28 dan 29 Rekod Rayuan, memohon Perintah:

(i) membatalkan Perintah Pengawasan Polis di bawah s 15 Akta bertarikh 29 Mei 2015 yang dikeluarkan oleh responden kedua;

(ii) membatalkan Dapatan Pegawai Inkuiri di bawah s 10(2) Akta tersebut bertarikh 5 Mei 2014 dan

(iii) Pemohon dibawa ke mahkamah untuk dilepaskan.

(iv) apa-apa relif yang difikirkan suai manfaat.

[5] Tajuk kepada (intitulement) Notis Permohonan tersebut adalah di bawah Perkara 5, 8, 9 dan 10 Perlembagaan Persekutuan, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan bidang kuasa sedia ada mahkamah.

[6] Pihak responden telah memberi notis untuk membangkitkan bantahan awal terhadap permohonan tersebut atas satu alasan sahaja iaitu permohonan perayu menggunakan "mode" yang salah, ianya satu penyalahgunaan proses mahkamah. Ianya mestilah melalui permohonan untuk semakan kehakiman di bawah A 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah (KKM) 2012. Bantahan awal ini telah dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, justeru menolak permohonan perayu.

[7] Rayuan di hadapan kami merupakan ulangan isu-isu yang dibangkitkan di Mahkamah Tinggi di mana Hakim Mahkamah Tinggi di ms 17 hingga 27 Rekod Rayuan telah memberi alasan yang kukuh kenapa beliau menolak hujah peguam perayu. Kami tiada sebab untuk mengubah dapatan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut. Kami juga tidak nampak di mana Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dari segi fakta atau undang-undang.

[8] Di dalam membenarkan bantahan awal pihak responden, Hakim Mahkamah Tinggi telah berpandukan kepada kes Mahkamah Rayuan Robert Cheah Foong Chiew v. Lembaga Jurutera Malaysia , [2009] 1 MLJ 676 :

"The High Court had applied the correct principle of law in determining the respondent's application, viz, it would be contrary to public policy and an abuse of process to allow an individual to impugn the decision of a public authority through an ordinary action rather than under O 53 of the Rules of the High 1980 ("RHC") - which provision exists for the protection of public authorities (see para 14); O'Reilly v. Mackman [1983] 2 AC 237 and Dato' Seri Anwar Ibrahim v. Perdana Menteri Malaysia & Anor, [2007] 4 MLJ 422 referred."

[9] Peguam perayu yang bijaksana telah membawa perhatian kami kepada kes O'Reilly v. Mackman and Others [1982] 3 All ER 1124 yang diterima pakai oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ahmad Jefri Mohd Jahri v. Pengarah Kebudayaan & Kesenian Johor & Ors, [2010] 3 MLJ 145:

"This general rule enunciated in O'Reilly v. Mackman (supra) has in fact been acknow

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top