2008 MarsdenLR 974
AHMADI HAJI ASNAWI, PK
MAHKAMAH TINGGI (MUAR))
JAMIL JAYA SAID @ IBRAHIM - Appellant
Versus
PP - Respondents
RAYUAN JENAYAH NO: 42-6 TAHUN 2008
Decided On : 11/19/2008
PERTUDUHAN KEDUA:-
Bahawa kamu pada 21-10-2006, diantara jam lebih kurang 2.00 petang hingga 3.00 petang, dikawasan Kebun Kelapa Sawit, Jalan Tok Raja Kampung Bukit Treh, Jalan Salleh di dalam Daerah Muar, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan memasukkan zakar kamu ke dalam mulut XXXXX XXXXXXX XXXXX.XXXXXXX (Surat Beranak: XX XXXXX), umur 9 tahun 11 bulan dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Selepas melalui satu perbicaraan penuh, mahkamah mendapati Perayu bersalah dan sabit di atas kedua-dua pertuduhan di atas. Perayu telah dijatuhi hukuman selama tempoh 20 tahun penjara dan 12 kali sebatan dengan rotan bagi pertuduhan pertama, bermula dari tairkh ditangkap. Bagi pertuduhan kedua, Perayu telah dihukum penjara selama 18 tahun dan 10 kali sebatan dengan rotan. Mahkamah juga telah memerintahkan supaya kedua-dua hukuman pemenjaraan itu berjalan dengan serentak.
Dihadapan saya Perayu telah memohon agar hukuman-hukuman pemenjaraan dan sebatan itu dikurangkan. Beliau mengemukakan alasan bahawa beliau telah berumur 35 tahun sekarang, memohon diberi peluang kedua serta mengakui bahawa kesalahan itu adalah kesalahan beliau sendiri.
Fakta-fakta kes ini secara ringkas adalah begini. Kejadian berlaku kira-kira 2 hari sebelum umat Islam menyambut Idul Fitri. Mangsa (SP-1), pada hari kejadian, sedang dalam perjalanan balik dari kedai yang berhampiran dengan rumahnya setelah membeli minyak yang diminta oleh ibunya. Setibanya disatu simpang, Perayu yang memandu sebuah kereta warna coklat telah menghampiri mangsa, bertanyakan arah ke kedai. Perayu kemudian telah meminta mangsa masuk ke dalam kereta dengan alasan supaya dapat menunjukkan arah kedai tersebut. Setelah mangsa masuk ke dalam kereta, kereta bergerak tetapi tidak berhenti di kedai yang ditunjukkan oleh mangsa. Sebaliknya kereta terus bergerak hingga sampai ke Bukit Treh. Perayu akhirnya berhenti disatu kawasan semak dikawasan kebun kelapa sawit. Perayu kemudian keluar daripada keretanya dan menuju pintu kereta sebelah mangsa. Setelah itu Perayu telah membaring tempat duduk mangsa dan masuk ke dalam kereta. Perayu, kemudian membuka seluarnya dan secara paksa telah juga menanggalkan seluar dalam mangsa. Diringkaskan, Perayu kemudiannya telah memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa. Selepas selesai, Perayu seterusnya memaksa mangsa berpusing seakan-akan merangkak dibahagian atas tempat duduk di dalam kereta tersebut. Perayu kemudian telah menjolokkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa. Perbuatan ini diulangi sekali lagi. Mangsa kemudian telah dirogol oleh Perayu.
Setelah segalanya selesai, Perayu mengenakan pakaiannya semula dan kemudian menghantar mangsa kembali ke simpang ke rumahnya. Mangsa kemudian terus melapurkan kepada ibunya (SP-2) akan kejadian yang menimpa dirinya. Satu lapuran polis telah dibuat dan mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan pada hari yang sama (21-10-2006). SP-6, Pegawai Perubatan yang melakukan pemeriksaan ke atas mangsa, mengesahkan terdapatnya kecederaan dibahagian-bahagian tertentu kemaluan mangsa dan juga koyakan baru pada selaput dara mangsa pada posisi jam 4 dan 7 yang konsisten dengan kemasukkan benda tumpul seperti kemaluan lelaki.
Dalam penghakimannya, Hakim Sesyen yang bijaksana telah mengambilkira faktor-faktor berikut sebelum menghukum Perayu.
(i) Kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh Perayu adalah kesalahan-kesalahan yang serius dan hukuman yang diperuntuk