2008 MarsdenLR 1719
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
MOHD FAID ISHAK - Appellant
Versus
SAMUEL HAJI ZAINUDDIN - Respondents
AWARD NO: 1781 TAHUN 2008 (KES NO: 5/1-273/04)
Decided On : 10/17/2008
Pihak Responden - Ahmad Zulkifli Ahmad Tabrani; T/n Amir, Yussof & Zul
Pihak Pengadu - T/n Danker & Co
Encik Mohd. Faid bin Ishak ("Pengadu") telah membuat pengaduan di bawah Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 ("Akta") bahawa Haji Samuel bin Haji Zainuddin (sued as Sam Arkitek Perunding) ("Responden") telah tidak mematuhi Award No. 811 Tahun 2003 dalam Kes No. 21/4-963/01.
AWARD
Pengaduan ini adalah difailkan oleh Encik Mohd. Faid bin Ishak, Pihak Pengadu pada 20.02.2004 terhadap Haji Samuel bin Haji Zainuddin (sued as Sam Arkitek Perunding), Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perindustrian 1967 melalui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 811 Tahun 2003 dalam Kes No. 21/4-963/01 di antara pihak-pihak yang sama.
Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 17.10.2008 dengan kehadiran Encik Ahmad Zulkifli b. Ahmad Tabrani dari Tetuan Amir Yussof & Zul, peguamcara yang mewakili Pihak Responden dan menyebutkan kes bagi pihak Tetuan Danker & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Pengadu. Encik Ahmad Zulkifli b. Ahmad Tabrani mengemukakan Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menurut Permohonan Untuk Semakan Kehakiman No. R2-25-212-03 bertarikh 3.03.2004 dan memaklumkan Mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi telah memberi kebenaran kepada Pihak Responden untuk memohon semakan kehakiman terhadap Award tersebut dan Mahkamah Tinggi juga mengeluarkan perintah menggantungkan segala prosiding untuk menguatkuasakan Award tersebut. Dengan adanya perintah larangan tersebut daripada Mahkamah Tinggi, peguamcara Pihak Pengadu bersetuju dan memohon agar Pengaduan kes ini ditarik balik dengan kebebasan untuk ia difailkan semula.
Memandangkan kes ini telah ditarik balik, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini dengan kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.