MAHKAMAH SESYEN KULIM
NOOR ANA BAKRI & YANG LAIN LWN. PROJEK LEBUHRAYA USAHASAMA BERHAD & SATU LAGI
[Guaman Sivil No: A53KJ-35-02/2018]
| Table of Content |
|---|
| 1. overview of plaintiffs' claims and witness testimonies. (Para 1 , 2) |
| 2. investigation and findings on accident causation. (Para 3 , 4 , 5) |
| 3. defendants' witness testimonies lack direct knowledge of the incident. (Para 10 , 11) |
| 4. court's liability findings and burden of proof rules are established. (Para 12 , 13 , 18 , 24) |
| 5. assessment of damages and awards based on presented evidence. (Para 26 , 29) |
Pendahuluan
[1] Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah untuk gantirugi am, gantirugi khas, faedah dan kos bagi kecederaan dan kerugian yang dialami oleh simati akibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada 13 Oktober 2016 jam lebih kurang 8.00 - 8.30 malam di mana simati menuggang motorsikal No AJX 6554 telah melanggar sebatang kayu yang ditemui di KM 175.4 Lebuhraya Utara Selatan (U).
[2] Plaintif-Plaintif telah memanggil lima (5) orang saksi manakala Defendan-Defendan telah memanggil enam (6) saksi mereka.
Saksi-saksi yang telah memberi keterangan adalah seperti berikut:
Saksi Plaintif-Plaintif
1. SP1 - Yeap Leay Fong (Majkan simati)
2. SP2 - InspMuhammad Asrul bin Rosli (Pegawai Penyiasat)
3. SP3 - Noor Ana bin Bakri (Plaintif Pertama - isteri simati)
4. SP4 - Othman bin Tahir (Plaintif Keempat - bapa simati)
5. SP5 - Fazli bin Sharin (Abang Ipar simati)
Saksi Defendan-Defendan
1. SD1 - Khairul Azhar bin Abdul Halim (Petugas Lebuhraya - Propel)
2. SD2 - Zakaria bin Hashim (Petugas Lebuhraya - Propel)
3. SD3 - Shahrul Amini bin Othman (Anggota Plusronda)
4. SD4 - Muhammad Fazilah bin Mat Din (Anggota Plusronda)
5. SD5 - Muhammad Suhaiji bin Mustami (Anggota Plusronda)
6. SD6 - Zailudin bin Che Lah (Anggota Plusronda)
Liabiliti
Untuk isu liabiliti keterangan saksi-saksi berikut dirujuk:
a) SP2 - Pegawai Penyiasat
b) SD1 - Petugas Lebuhraya - Propel
c) SD2 - Petugas Lebuhraya - Propel
d) SD3 - Anggota Plusronda
e) SD4 - Anggota Plusronda
f) SD5 - Anggota Plusronda
g) SD6 - Anggota Plusronda
Keterangan SP2 (Pegawai Penyiasat):
[3] Menurut keterangan bersumpah Plaintif (SP2) beliau sampai di tempat kejadian dan mendapati motorsikal simati dan bongkah kayu (P9) masih di tempat kejadian dan belum diubah di mana bongkah kayu tersebut terpelanting ke bahu jalan.
[4] Bongkah kayu tersebut di dapati berada di kawasan yang ditanda "A" di dalam rajah kasar seperti di dalam gambar eksibit P8(n). (Dalam jarak 30-40 meter daripada motorsikal simati).
[5] Hasil siasatan SP2, motorsikal simati telah melanggar bongkah kayu tersebut yang berada di laluan motorsikal simati yang menyebabkan simati terjatuh di atas lebuhraya dan seterusnya meninggal dunia.
[6] Menurut SP2 lagi apabila ditanya tentang kerosakan motorsikal simati beliau menyatakan bahawa hasil siasatan beliau juga mendapati kesan langgar adalah di sport rim di mana sport rim telah bengkok akibat langgar sesuatu yang keras dan juga kesan seretan adalah cover set calar/pecah dan pemijak kaki bengkok.
[7] SP2 turut mengesahkan kesan tayar motorsikal simati di atas bongkah kayu tersebut. Oleh itu SP2 membuat keputusan bahawa motorsikal simati sememangnya melanggar bongkah kayu tersebut memandangkan sport rim motorsikal simati bengkok akibat perlanggaran dengan bongkah kayu yang dijumpai di tempat kejadian.
[8] Tambah SP2 lagi bahawa bongkah kayu tersebut berada di laluan kecemasan sebelum kemalangan dan terseret ke bahu jalan akibat perlanggaran. Menurutnya bongkah kayu tersebut digunakan oleh motor/treller untuk menahan tayar dari bergerak dan mengesahkan kesan yang terdapat di bongkah kayu tersebut adalah bukan kesan dari motor/treller.
[9] Di dalam keterangan SP2, SP2 menyatakan selain bongkah kayu tersebut, tiada apa-apa untuk membuktikan atau menunjukkan motorsikal simati melanggar sesuatu yang lain selain daripada bongkah kayu tersebut.
Keterangan Saksi-Saksi Defendan
[10] Pihak defendan telah memanggil enam (6) orang saksi dan mereka terdiri daripada petugas lebuhraya (PROPEL) dan juga anggota PLUS Ronda.
[11] Secara kesimpulannya rumusan dari ket
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.