SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2020 MarsdenLR 816

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH KUALA LUMPUR
WARDAH MAJID LWN. AHMAD RIZAL MUHAMMAD SAID
[Kes No: 10000-016-0088-2018]



Petitioner Advocates:Noor Jihan Noor Yadah ,Respondent Advocate: Yusma Hanis Yusoff

Persetujuan yang direkodkan oleh mahkamah bersifat muktamad dan mengikat, menolak sebarang tuntutan mutaah selepas perceraian.

Headnote:(A) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 – Seksyen 94 – Tuntutan mutaah – Perayu dan Responden bercerai dengan istilah persetujuan yang mengikat di mana Perayu menggugurkan hak terhadap mutaah – Tuntutan Perayu ditolak kerana persetujuan bersifat muktamad dan mengikat pihak-pihak (Paras 10, 24, 27, 42).

(B)

Prinsip res judicata – Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah adalah muktamad dan tidak boleh dibicarakan semula; Perayu tidak mengemukakan permohonan untuk membatalkan perintah tersebut (Paras 22, 32).

(C)

Perjawapan Pembelaan – Responden berpendapat keputusan YA Hakim adalah berasaskan undang-undang dan terma persetujuan menepati kehendak hukum syarak (Paras 11, 37).

(D)

Isu yang ditangani – Adakah YA Hakim Bicara terkhilaf menolak tuntutan mutaah Perayu (Paras 14, 18).

Findings of Court:

Tuntutan Perayu ditolak berdasarkan prinsip muktamad persetujuan antara pihak-pihak (Paras 42, 46).

Result:

Rayuan Perayu ditolak dan perintah Mahkamah Tinggi Syariah dikekalkan.

PENGHAKIMAN

Mohd Amran Mat Zain HMRyS:

Fakta Kes

[1] Perayu dan Responden telah berkahwin pada 28 Februari 1997 dan telah bercerai pada 21 Disember 2009 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tempoh perkahwinan adalah selama lebih kurang 12 tahun. Hasil perkahwinan, Perayu dan Responden telah dikurniakan 4 (empat) orang anak.

[2] Perayu dan Responden telah bercerai talak satu dengan mahkamah kebenaran di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2009 di dalam Kes Saman No: 14003055-1305-2009 dan berdasarkan perintah tersebut, terdapat terma persetujuan yang mana Perayu telah bersetuju menggugurkan haknya dalam nafkah iddah dan mutaah.

[3] Walaubagaimanapun, pada 18 November 2011 Perayu telah memfailkan tuntutan mutaah di dalam Kes Mal No: 10700-016-0190-2011 dengan jumlah tuntutan sebanyak RM250,000.00. Rentetan daripada itu, Responden telah memfailkan permohonan Bantahan Awal untuk mengetepikan tuntutan mutaah Perayu di dalam Kes No: 10700-041-0038-2012 atas alasan terdapat perintah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di dalam kes Saman No: 14003-055-1305-2009 terma perenggan 5 yang menyatakan bahawa Perayu telah bersetuju untuk menggugurkan mutaah.

[4] Walau bagaimanapun, pada 5 Julai 2012 permohonan Bantahan Awal Responden telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Sehubungan dengan itu, pada 16 Julai 2012, Responden telah memfailkan Notis Rayuan dalam kes No: 14000-041-0029-2012 di Mahkamah Rayuan Syariah terhadap keputusan Bantahan Awal tersebut, namun Mahkamah Rayuan telah membatalkan notis rayuan Responden tersebut ekoran permohonan Responden untuk melanjutkan tempoh memfailkan Rekod Rayuan di dalam Kes No: 14000-077-0063-2012 ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah.

[5] Kemudiannya, pada 18 Mac 2014, Responden (Defendan) telah memfailkan pernyataan pembelaan dan Responden (Defendan) masih mengekalkan berkaitan isu mutaah yang telah digugurkan oleh Perayu (Plaintif) semasa di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

[6] Pada 13 Disember 2018, YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan tuntutan tersebut sepertimana perintah di perenggan [1] di atas.

[7] Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan Notis Rayuannya pada 24 Disember 2018 dengan membuat rayuan terhadap keseluruhan keputusan/perintah tersebut.

[8] Perayu, melalui Peguam Syarienya dalam hujahan bertulisnya menyatakan bahawa antaranya seperti berikut:

a. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah terkhilaf dari fakta dan undang-undang kerana gagal mengambilkira bahawa YA Hakim Bicara yang terdahulu dalam permohonan No: 14700-0038-2012 pada 5 Julai 2012 telah menolak permohonan Responden yang memohon supaya Saman Perayu No: 14700-016-0190-2011 diketepikan/ ditolak kerana telah ada perintah persetujuan dari Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung dengan tuntutan mutaah;

b. YA Hakim Bicara terkhilaf dari sudut fakta dan undang-undang apabila gagal mengguna pakai Arahan amalan No 15 Tahun 2005 dan Arahan amalan No 5 Tahun 2006 dengan sewajarnya.

c. YA Hakim Bicara telah terkhilaf dari sudut fakta dan undang-undang apabila memutuskan isu perintah Mahkamah Rendah Syariah di dalam kes Mal No: 14003-055-1305-2009 bersifat muktamad dan mengikat pihak-pihak;

[9] Seterusnya, Responden pula melalui Peguam Syarienya dalam hujahan bertulis menghujahkan bahawa:

a. Keputusan YA Hakim Bicara dalam kes Mal No: 14700-016-0190-2011 adalah suatu tindakan yang wajar dan/atau berlunaskan undang-undang;

b. Bahawa telah wujud suatu perintah melalui Saman No: 14003-055-1305-2009 bertarikh 21 Disember 2009 dengan terma perintah yang menyatakan bahawa "Pihak-pihak bersetuju bahawa nafkah iddah dan mutaah Plaintif gugurkan."

Penghakiman

[10] Rayuan ini difailkan oleh Perayu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan YA Hakim Bicara Mahkamah Tinggi Syariah dalam Kes No: 10700-016-090-2011 yang diberikan pada 13 Disember 2018. Perintah tersebut adalah:

i. Mahkamah menolak tuntutan Plai


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top