SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 2350

MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU
TAN MIN SZU LWN. TAN HWEE KEONG (LAMP 11)
[Guaman Sivil No: JA-A72NCvC-429-04/2022]



Defendan gagal menunjukkan bahawa tuntutan Plaintif adalah remeh sehingga Mahkamah memutuskan untuk membenarkan perbicaraan penuh.

Headnote:(A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 – A 18 k 19(1)(b) dan (d) – Permohonan membatalkan Writ Saman – Mahkamah menolak permohonan Defendan atas alasan bahawa Plaintif telah membuktikan keberatan dalam tuntutan kos guaman sebanyak RM10,000 – Defendan tidak menunjukkan hujah bahawa permohonan adalah bersifat remeh atau penyalahgunaan proses Mahkamah (Paras [13], [15], [17]).

(B) Ketidakpaduan fakta di dalam Pernyataan Tuntutan – Mahkamah menilai fakta-fakta yang relevan dan melihat ada merit untuk mengadakan perbicaraan penuh bagi mempertahankan tuntutan Plaintif (Paras [15], [16]).

Facts of the case: Plaintif membeli rumah tetapi menamatkan perjanjian kerana kemungkiran kontrak oleh penjual, Defendan selaku peguam cara yang sepatutnya memulangkan RM10,000.00 tetapi gagal. (Paras [2], [4]).

Findings of Court: Permohonan Defendan untuk membatalkan writ saman ditolak, dengan kos dalam kausa. (Para [17]).

Issues: Ketidakpaduan dalam fakta serta sama ada permohonan Defendan adalah remeh dan penyalahgunaan proses Mahkamah. (Paras [8], [10]).

Ratio Decidendi: Defendan gagal membuktikan hujah bahawa permohonan Plaintif adalah remeh, menyebabkan kes ini wajar untuk dibicarakan. (Paras [15], [17]).

Result: Permohonan Defendan ditolak.

PENGHAKIMAN

Noorfazlin Hamdan M:

Permohonan Interlokutori Lampiran 11

(Aturan 18 Kaedah 19 (1)(b) Dan (d) KKM 2012)

Praefatio

[1] Ini adalah alasan penghakiman ke atas keputusan Mahkamah yang telah menolak permohonan Defendan membatalkan Writ Saman & Pernyataan Tuntutan serta Tuntutan Balas Defendan di bawah A 18 k 19(1)(b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah (KKM) 2012 di mana pihak Defendan merayu atas keputusan tersebut.

Fakta Kes Plaintif

[2] Pada sekitar 2018, Plaintif ingin membeli rumah beralamat di No 15, Jalan Tembaga Kuning 7, Taman Sri Skudai, 81300 Skudai, Johor (selepas ini dirujuk sebagai rumah tersebut) daripada Ho Own Heng dan Ho Onn Fatt (selepas ini dirujuk sebagai Ho) yang merupakan benefisiari-benefisiari kepada rumah tersebut, dengan harga pembelian RM100,000.00.

[3] Bagi tujuan tersebut, Plaintif telah melantik Defendan sebagai peguam cara untuk mengendalikan pembelian rumah tersebut di mana Plaintif telah membayar kepada Defendan seperti berikut:

[4] Defendan telah pun menyediakan satu Perjanjian bertarikh 2 Disember 2018 bagi Plaintif dan Ho di mana pada sekitar Januari 2022, Plaintif berniat untuk menamatkan bertarikh 2 Disember 2018 tersebut atas kemungkiran kontrak oleh Ho. Selepas itu, Plaintif dan Defendan telah pun mencapai satu persetujuan di mana Defendan akan memulangkan jumlah RM10,000.00 kepada Plaintif sebagai bayaran balik (refund) yuran guaman dan perbelanjaan di resit No M1746. Namun, Defendan telah gagal dan enggan membayar balik RM10,000.00 tersebut menyebabkan Plaintif memfailkan saman ini.

Fakta Kes Defendan

[5] Defendan pula telah menyatakan pemulangan RM10,000.00 berpunca daripada penyelesaian damai antara Plaintif dan adik-beradik Ho yang saling menamatkan perjanjian rumah tersebut, namun ianya telah terhapus atas tindakan Plaintif sendiri menerusi Surat Tetuan S K Song diekshibit THK-10. Plaintif didakwa juga telah gagal memplidkan fakta penyelesaian damai tersebut di dalam Pernyataan Tuntutannya. Plaintif juga gagal memplidkan fakta Plaintif telah pun mengambil kunci rumah tersebut dan mendudukinya walaupun tanpa sebarang bayaran. Defendan juga menafikan telah salah guna wang deposit RM10,000.00 bagi resit No M1745 memandangkan resit tersebut jelas tercatat "for onward transmissions to Mr Ho Own Heng and Mr Ho Onn Fatt only".

Prinsip Undang-Undang

[6] Sebagai permulaan, Mahkamah merujuk kepada A 18 k 19(1) KKM 2012 yang berbunyi:

Striking out pleadings and endorsements (O 18, r 19)

19. (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that:

(a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;

(b) it is scandalous, frivolous or vexatious;

(c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or

(d) it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be.

[7] Kes Mohamed Yusop Abdul Wahab v. American Express M Sdn Bhd, [2002] 6 MLJ 507, Mahkamah Tinggi melalui YA Abdul Malik Ishak J telah menjelaskan A 18 k 19(a), (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 seperti berikut:

"As to the meaning to be assigned to such words like 'no reasonable cause of action', 'frivolous and vexatious', and an 'abuse of the process of the Court' that appear in O 18 r 19(1)(a), or (b), or (d) of the RHC, reference to the case of Ng Kian Chong & Ors v. Saw Seng Kee [1994] 3 MLJ 691, [1994] 4 CLJ 857 should be made and there, at pp 698-700, I had this to say:

No reasonable cause of action

"It is said that a reasonable cause of action would mean a cause of action with some chance of success when only the allegation in the pleadings are being considered..."

Frivolous and vexatious

"These words relate to cases which are obviously unsustainable as would amount to an abuse of the process of the Court..."

Abuse of the process of the Cour


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top