2022 MarsdenLR 966
MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
AJAIB LAL LWN. WAKIL PERIBADI KEPADA DHASARATHAN YAKAPARAM & YANG LAIN
[Guaman N0: WA-A53KJ-109-03/2019]
The court ruled joint liability of 50% for both drivers in a negligence claim, emphasizing the burden of proof lies with the plaintiff to establish negligence.
Headnote:(A) Akta Keterangan 1950 – Seksyen 11 dan 102 – Liabiliti dalam tindakan kemalangan jalan raya – Defendan Pertama dan Kedua bertanggungan 50% liabiliti dan Defendan Ketiga dan Keempat bertanggungan 50% liabiliti – Membuktikan kecuaian adalah beban pembuktian pihak Plaintif – Kedua-dua pemandu didapati melakukan kecuaian yang menyumbang kepada kemalangan. (Paras 24, 30, 49)
(B) Prinsip award ganti rugi – Mahkamah berpegang kepada prinsip award yang adil berdasarkan bukti yang kuat – Jumlah award bagi ganti rugi telah dipertimbangkan termasuk kos rawatan dan kehilangan pendapatan – Kesemua pihak Defendan memfailkan rayuan berkaitan liabiliti dan ganti rugi. (Paras 60, 162)
Fakta kes: Tindakan diambil oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan susulan kemalangan jalan raya pada 10 Julai 2018 – Kemalangan melibatkan dua lori dan seorang penumpang yang mengalami kecederaan parah. (Paras 4-8)
Dapatan Mahkamah: Kemalangan adalah akibat kecuaian kedua-dua pemandu – Plaintif berhak mendapat ganti rugi 100% daripada semua Defendan. (Paras 24, 49)
Isu: Mengenai liabiliti dan tahap ganti rugi yang sesuai untuk kecederaan yang dialami. (Paras 29, 60)
Ratio Decidendi: Mahkamah menyimpulkan bahawa kedua-dua pemandu mempunyai tanggungjawab untuk memandu dengan berhati-hati – Kecuaian yang dilakukan oleh setiap pemandu menyumbang kepada kemalangan. (Paras 30, 49)
Result: Defendan Pertama dan Kedua serta Defendan Ketiga dan Keempat bertanggungjawab 50% untuk ganti rugi kepada Plaintif.
PENGHAKIMAN
[1] Ini merupakan rayuan pihak Defendan-Defendan terhadap keputusan yang diberikan pada 26 Ogos 2022 untuk isu liabiliti dan kuantum.
[2] Defendan Ketiga dan Defendan Keempat telah memfailkan notis rayuan bertarikh 26 Ogos 2022 merayu terhadap liabiliti sejumlah 50% yang diberikan terhadap Defendan Ketiga dan Keempat serta ganti rugi am dan khas yang diawardkan atas alasan ianya terlalu lumayan.
[3] Defendan Pertama dan Defendan Kedua pula memfailkan notis rayuan bertarikh 8 September 2022 merayu terhadap liabiliti 50% terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua serta ganti rugi am dan khas sebagaimana berikut:
a) Closed left tibia plateau fracture (with shortening): RM25,000.00
b) Fracture of head of left fibula: RM15,000.00
c) Laceration wounds: RM12,000.00
d) Osteoarthritis: RM5,000
e) Kos perjalanan: RM1,900.00
Latar Belakang
[4] Ini merupakan satu tindakan yang dibangkitkan oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan akibat daripada satu kemalangan jalan raya yang berlaku berlaku pada 10 Julai 2018 jam lebih kurang 10.30 pagi, di Lebuhraya Sprint. Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu moto lori No WWC 1267 dan moto lori No BNF 3798.
[5] Plaintif merupakan penumpang moto lori WWC 1267 yang dipandu oleh seorang bernama Dasarathan Yakamparam, selepas ini dirujuk sebagi "Si Mati" (Defendan Pertama).
[6] Defendan Kedua merupakan pemilik berdaftar moto lori WWC 1267 semasa kemalangan.
[7] Defendan Ketiga ialah pemandu moto lori BNF 3798 yang dimiliki oleh Defendan Keempat.
[8] Kes ini telah dibicarakan di mana pihak Plaintif telah memanggil lapan (8) orang saksi iaitu:
a) SP1: Inspektor Muhammad Rizq Saravanan Bin Sarkunam (Pegawai Penyiasat)
b) SP2: Dr Chooi You Joe
c) SP3: Dr Noor Faezah Binti Ismail
d) SP4: Dr Kong Chee Kwan
e) SP5: Velavan a/l Anpalavanam (Majikan)
f) SP6: Puan Nor Shahiza Binti Nordin (Pembantu Tadbir PPUM)
g) SP7: Nurul Athirah Binti Abdui Malik (Pembantu Tadbir Klinik Orthopedik PPUM)
h) SP8: Ajaib Lal (Plaintif)
[9] Pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua tidak memanggil saksi manakala pihak Defendan Ketiga dan Keempat telah memanggil satu (1) orang saksi iaitu Defendan Ketiga, Muhammad Nazri (SD 3).
[10] Hakim terdahulu telah mendengar perbicaraan ini sehingga keterangan SP8. Pemeriksaan balas SP8 oleh Defendan Ketiga dan Defendan Keempat telah berjalan di hadapan hakim terdahulu tetapi tidak dapat dihabiskan dan saya hanya mengambil alih kes ini dan telah mendengar sambungan pemeriksaan balas oleh Defendan Ketiga dan Defendan Keempat bagi SP8.
[11] Pihak-pihak telah bersetuju bahawa semua laporan perubatan dan laporan pakar adalah dipersetujui tanpa saksi dipanggil untuk memberi keterangan tetapi tertakluk kepada hujahan berkenaan isu identiti pihak Plaintif.
[12] Pada awalnya, pihak Plaintif hanya memfailkan tuntutan terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Plaintif kemudiannya telah memfailkan permohonan untuk meminda writ dan penyata tuntutan (lampiran 8) bagi memasukkan Defendan Ketiga dan Defendan Keempat serta beberapa pindaan lain pada penyata tuntutan dan permohonan tersebut telah dibenarkan oleh Mahkamah pada 28 Jun 2019.
[13] Pihak Defendan Ketiga dan Defendan Keempat telah memasukkan hujahan berkaitan isu pliding. Defendan Ketiga dan Defendan menyatakan bahawa pliding yang difailkan mengandungi dokumen yang salah.
[14] Pliding yang difailkan mengandungi penyata tuntutan terpinda yang telah ditolak oleh pihak pendaftaran Mahkamah kerana tidak mempunyai 'endorsement' berkaitan perintah pindaan yang diberikan pada 28 Jun 2019 sebagaimana peruntukan di bawah A 20 k 10(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).
[15] Pliding tersebut juga mengandungi pembelaan Defendan Pertama dan Defendan Kedua yang bertarikh 1 April 2019 dan bukannya pembelaan terpinda pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua.
[16] Pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua ada memfailkan pembelaan terpinda pada 29 Ogos 2019 (Lampiran 28) tetapi pembelaan terpinda tersebut telah ditolak oleh p