SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2020 MarsdenLR 1344

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SELANGOR
PENDAKWA SYARIE LWN. NNAR
[Kes Jenayah Bil: 10010-143-0079-2018]



Petitioner Advocates:Shafezan Rusli ,Respondent Advocate: Razie Aini Abdul Razak

The prosecution failed to establish prima facie evidence for the charge of khalwat under Islamic law due to insufficient evidence regarding the relationship and circumstances of the accused.

Headnote:(A) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 – Seksyen 29(1)(b) – Definisi khalwat dan prosedur pembuktian – Pertuduhan terhadap tertuduh di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan khalwat – Mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan tidak terbukti prima facie berdasarkan keterangan yang tidak mencukupi daripada pendakwa. Elemen penting dalam kes khalwat termasuk hubungan antara tertuduh dan F yang tidak dibuktikan secara memuaskan. (Paras 20-60)

Findings of Court: Mahkamah mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan elemen kesalahan dengan keterangan yang mencukupi.

Issues: 1) Bukti hubungan antara tertuduh dan F. 2) Adakah tangkapan berlaku di tempat yang terselindung?

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa pendakwa tidak mampu membuktikan kesalahannya sehinggakan tertuduh tidak perlu membela diri.

Result: Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan.

PENGHAKIMAN

Mohd Nurulazhar Mohd Tohar HMRS:

Fakta Kes

[1] Tertuduh telah dipertuduhkan di bawah s 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (selepas ini disebut EJSS 1995) dan Tertuduh tersebut telah membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan setelah Tertuduh tersebut meminta untuk bicara kes tersebut.

[2] Kes ini adalah kes jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkhalwat di bawah s 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Penghakiman ini dibuat di hujung kes Pendakwa Syarie untuk mahkamah putuskan ada wujud kes atau tidak ke atas Tertuduh.

[3] Pertama sekali, bidang kuasa adalah menjadi sandaran penting dalam apa jua tindakan di Mahkamah. Merujuk keseluruhan kes ini, Mahkamah berpuas hati berkenaan dengan kedudukan bidangkuasa adalah selaras dengan peruntukan s 62(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan s 29(1)(a) dan (b) EJSS 1995 sebagaimana berikut:

Seksyen 62(1) EPAIS 2003. Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:

(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh 2 tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu.

Seksyen 29(1) EJSS 1995 mana-mana:

(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam Keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

[4] Pertuduhan terhadap NNAR (Selepas ini disebut sebagai "Tertuduh") adalah seperti berikut:

Bahawa kamu, pada 9 September 2017, jam lebih kurang 9.40 malam, di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kembara berwarna kelabu, No pendaftaran SAA XXXX G, di kawasan parker Peninsula Park, Pasir Penambang 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan dalam daerah Kuala Selangor dalam Negeri Selangor Darul Ehsan didapati berada bersama dengan seorang lelaki bernama MFA No K/P: XXXXXX-XX-XXXX sedangkan dia bukan suami atau mahram kamu yang sah dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah s 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 dan apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali di bawah seksyen dan Enakmen yang sama.

[5] Peguam bela memohon agar keterangan saksi diambil semula namun dibantah oleh Peguam Syarie. Mahkamah arahkan kes ini diteruskan tanpa perlu keterangan saksi-saksi diambil semula. Perbicaraan bersambung dan Pendakwa Syarie menutup keterangannya pada 29 Januari 2020. Keputusan hanya dapat dibuat pada 26 Ogos 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan Covid-19.

[6] Pendakwa telah mengemukakan 3 orang saksi iaitu, En MRAH (selepas ini disebut sebagai "SP1"), En SH (selepas ini disebut sebagai "SP2") dan En MJ (selepas ini disebut sebagai "SP3").

Tahap Pembuktian

[7] Pendakwa dalam hujahan menyatakan bahawa beban pembuktian adalah terletak


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top