SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

1990 MarsdenLR 781

MAHKAMAH KADI BESAR KOTA BHARU
BUNGA IBRAHIM LWN. ILA @ ZILA ABDULLAH & YANG LAIN
[Kes Mal No: 5 - 1988]



PENGHAKIMAN

Rawi Mat Yaman, Timbalan Qadhi Besar:

[1] Dalam kes ini, pihak Yang Menuntut Bunga bt Ibrahim dan pihak Kena Tuntut ialah Ila @ Zila bt Abdullah - Che Soh bin Ahmad - Che Aishah bt Samat dan Che Yam bt Che Leng - Yang Menuntut diwakili oleh Nik Mohd Salleh bt Haji Nik Ismail daripada Biro Bantuan Guaman - pihak Kena Tuntut tanpa diwakili oleh Peguambela dan Kena Tuntut 2 mewakili Kena Tuntut 4 Che Yam bt Che Leng.

1. Yang Menuntut adalah bekas isteri yang sah mengikut Hukum Syarak gemulah Che Sulaiman bin Ahmad di mana mereka berkahwin pada 29.11.73 sebagaimana keterangan kahwin No 6702 Mukim Senok Bachok Kelantan dan sehingga bercerai mati pada 25.10.87 sebagai mana perakuan mati No A294275 - Balai Polis Binjai Kota Bharu, harta yang dituntut adalah harta peninggalan Che Sulaiman yang terdiri daripada 4 lot tanah iaitu:

1. Selot tanah dusun GM 32 Lot 1028 keluasan 844 depa Mukim Sering Kota Bharu - nilaian penilai berharga RM33,760.00.

2. Selot tanah padi GM 437 Lot 1056 keluasan 78 depa Mukim Sering Kota Bharu - nilaian penilai berharga RM780.00.

3. Selot tanah padi GM 420 Lo 11055 keluasan 1 ekar 27 depa Mukim Sering Kota Bharu - nilaian penilai Berharga RM10,270.00 - sebahagian diambil balik oleh Kerajaan seluas 344 depa.

4. Selot tanah padi GM 414 Lot 971 keluasan 396 depa Mukim Sering Kota Bharu - nilaian penilai berharga RM3,960.00 - diambil balik oleh kerajaan seluas 260 depa jumlah nilaian berharga RM48,770.00.

5. Wang pampasan sebahagian 3 lot tanah padi tersebut berjumlah RM17,000.00.

2. Yang Menuntut mendakwa bahawa harta tak alih dan alih yang tersebut adalah harta-harta yang diperolehi hasil usahanya dengan gemulah Che Sulaiman bekas suami dalam tempoh mereka menjadi suami isteri-oleh itu dipohon harta-harta yang dituntut dijadikan harta sepencarian di antara Yang Menuntut dengan gemulah Che Sulaiman atas kadar 1/3 bahagian dan 2/3 bahagian lagi-dibahagi mengikut Hukum Pesaka di antara warith-warith gemulah Che Sulaiman termasuk pihak Kena Tuntut.

3. Pada pertimbangan Mahkamah sebelum dithabitkan harta sepencarian - atau sebaliknya adalah perlu terlebih dahulu dipupuskan satu persoalan utama -iaitu:

Adakah harta-harta yang dituntut diperolehi melalui hasil usaha sama kedua pihak mengikut kadar sumbangan masing-masing dalam tempoh mereka menjadi suami isteri atau tidak.

4. Yang Menuntut untuk membuktikan persoalan tersebut mengemukakan 3 saksi iaitu 2 lelaki dan seorang perempuan selain daripada bahan-bahan bukti yang lain melalui dokumen awam.

5. Pihak Kena Tuntut untuk mempertikaikan pembuktian pihak Yang Menuntut supaya tuntutan diketepikan adalah bergantung kepada keterangan masing-masing kerana pihaknya tidak mengemukakan apa-apa nyataan lain untuk dipertimbangkan.

6. Setelah kenyataan dan hujah kedua pihak dipertimbangkan dengan halus didapati kenyataan daripada keterangan-keterangan saksi-saksi Yang Menuntut, keterangan kahwin yang bertanda PI, Perakuan Kematian yang bertanda P2, Geran Tanah Lot 1028 yang bertanda P3, Geran Tanah Lot 1055 yang bertanda P4, Geran Tanah Lot 971 yang bertanda P5, Geran Tanah Lot 971 yang bertanda P6, Penyata Kira-kira Ahli KWSP No Ahli 02603912 bertarikh 11.3.90 Yang menuntut bertanda P7 dan Surat Penerima Pampasan bertarikh 20.6.90 daripada Penolong Pengarah Unit Khas Bergerak III Projek Kemasin Semerak yang bertanda P8, pada pertimbangan Mahkamah memadai untuk dijadikan bukti bagi tuntutan Yang Menuntut dan kenyataan pihak Kena Tuntut, 1, 2 dan 3 gagal menjejaskan pembuktian daripada Yang Menuntut sehingga menimbulkan keraguan yang munasabah.

7. Bilangan dan status saksi, tidak dapat dinafi bahawa tuntutan Yang Menuntut adalah di antara tuntutan-tuntutan dalam perkara Mal (Sivil) dalam tuntutan ini Yang Menuntut telah mengemukakan 3 saksi, 2 lelaki dan seorang perempuan, oleh itu Yang Menuntut telah memenuhi syarat bahawa akad dan hak yang berkaitan dengan mata benda, setidak-tidaknya hendaklah disaksi oleh 2 saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan 2 saksi perempuan.

(I'anah

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top