SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2011 MarsdenLR 1268

MAHKAMAH RAYUAN, PUTRAJAYA
LB (LIAN BEE) CONFECTIONARY SDN BHD LWN. QAF LTD & SATU LAGI DAN SATU KES YANG LAIN
[Rayuan Sivil No: W-02-887-2008 & W-02-888-2008]



Penggunaan cap dagangan 'Squiggle' oleh pemohon dianggap melanggar cap berdaftar 'Squiggles', dan pemohon tidak memiliki locus standi untuk mencabar perintah mengenai cap dagangan tersebut.

Headnote:(A) Akta Perihal Dagangan 1972 - Seksyen 16 dan 35 - Kap dagangan berdaftar 'Squiggles' - Rayuan oleh pemohon untuk mencabar keabsahan penggunaan cap dagangan 'Squiggle' oleh responden - Mahkamah menolak permohonan pemohon untuk mencelah dan membenarkan pemohon lain mendapatkan perintah berkaitan penggunaan cap dagangan berdaftar - Penggunaan 'Squiggle' dianggap melanggar cap berdaftar sehingga menyebabkan kekeliruan - Locus standi pemohon tidak diiktiraf kerana tidak membuktikan statusnya sebagai tuan punya cap dagangan. (Paras 11-12, 19-38)

Facts of the case:
Pemohon terlibat dalam pembuatan dan pemasaran roti dan biskut menggunakan cap 'Squiggle' mendakwa tiada pelanggaran terhadap hak cap dagangan berdaftar 'Squiggles' oleh responden.

Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa penggunaan cap 'Squiggle' serupa dengan cap berdaftar dan melanggar hak pemegang cap dagangan berdaftar tersebut.

Issues: Adakah pemohon mempunyai locus standi untuk mencabar perintah? Apakah terdapat penggunaan suci hati oleh pemohon berkenaan cap dagangan berdaftar?

Ratio Decidendi: Mahkamah berpegang kepada prinsip bahawa pemohon tidak dapat membuktikan haknya sebagai pengguna berdaftar; penggunaan yang dianggap melanggar mendatangkan risiko kekeliruan kepada pengguna biasa yang tidak mempunyai ingatan yang tepat. (Paras 26-27)

Result: Kedua-dua rayuan ditolak dan perintah hakim yang bijaksana dikekalkan.

Sulaiman Daud HMR:

[1] Terdapat dua rayuan yang berkaitan di hadapan kami oleh perayu LB (Lian Bee) Confectionary Sdn Bhd ("Lian Bee") terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana seperti berikut:

(a) Rayuan No W-02-887-2008 adalah rayuan terhadap keputusan membenarkan permohonan responden pertama QAF Ltd ("QAF") dan responden kedua Gardenia (KL) Sdn Bhd ("Gardenia") dalam Saman Pemula No D5(IP)-25-7-2008 ("prosiding pertama") untuk suatu 'perintah hal dagangan' (trade description order) di bawah s 16 Akta Perihal Dagangan 1972 ("APD"); dan

(b) Rayuan No W-02-888-2008 adalah rayuan terhadap keputusan menolak permohonan perayu dalam Usul Pemula No D5(IP)-25-7-2008 ("prosiding kedua") untuk suatu perintah menghapuskan cap dagangan "Squiggles" dari Daftar Cap Dagangan ("Daftar ").

[2] Kami telah pun menolak kedua-dua rayuan tersebut dan mengekalkan perintah hakim yang bijaksana. Alasan-alasan keputusan kami adalah seperti berikut.

Latar Belakang

[3] QAF adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Singapura dan tersenarai di papan utama Bursa Singapura. Ia terlibat dalam pelbagai industri makanan, termasuk pembuatan dan pemasaran pastri dan beraneka jenis roti di rantau Asia Pasifik sejak tahun 1970. Pada tahun 1985 syarikat itu telah memperolehi cap dagangan "Gardenia" bagi roti yang dibuat dan dipasarkan olehnya.

[4] Gardenia adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di mana QAF mempunyai 70% kepentingan benefisal. Ia juga terlibat dalam pembuatan roti, dan telah mengeluarkan roti pertama di bawah jenama "Gardenia" di negara ini pada tahun 1986, dan hingga masa material telah mengeluarkan 23 jenis roti.

[5] Melalui suatu perjanjian pelesenan bertarikh 12 September 1996 ("perjanjian pelesenan") QAF telah memberikan kepada Gardenia, antara lain, (i) hak untuk mengendalikan kilang roti di Malaysia Barat dengan menggunakan sistem bakeri Gardenia; dan (ii) hak untuk menggunakan cap dagangan yang dimiliki atau diperolehi oleh QAF bagi roti atau hasil roti yang dikeluarkan sedemikian.

[6] Melalui Sijil Pendaftaran bertarikh 20 Ogos 2004 yang dikeluarkan oleh Pendaftar Cap Dagangan ("Pendaftar"), QAF telah diperakukan sebagai tuan punya berdaftar cap dagangan "Squiggles" dalam Kelas 30 bagi "roti, ban, pastri, gulungan roti, kuih-muih, biskut dan kek-kek" dengan No Pendaftaran 001005742 (juga disebut "cap dagangan berdaftar") berkuatkuasa mulai 9 Mei 2001 hingga 31 Mac 2011. Atas permohonan QAF, pendaftar telah memperakukan, melalui Sijil Pendaftaran Pengguna Berdaftar Cap Dagangan bertarikh 8 April 2008 ("Sijil Pendaftaran Pengguna"), bahawa Gardenia telah direkodkan sebagai pengguna berdaftar bagi cap dagangan "Squiggles" bagi tempoh yang sama.

[7] Di antara hasil roti yang dikeluarkan oleh Gardenia di bawah perjanjian pelesenan adalah ban dan rol bersalut cokat berinti strawberi atau coklat malt. Sejak tahun 2003 produk ini telah dipasarkan, diedarkan dan dijual oleh Gardenia secara meluas di bawah cap dagangan "Squiggles" sebagai sebahagian daripada beraneka jenis roti yang dihasilkan di bawah jenama "Gardenia". Penggunaan cap dagangan tersebut pada bungkusan ban yang dimaksudkan adalah dalam bentuk berikut:

[8] Lian Bee, perayu dalam kedua-dua rayuan ini, adalah sebuah syarikat yang turut terlibat dalam perusahaan pembuatan, pengeluaran dan pemasaran beraneka jenis biskut, roti, manisan dan ban sejak penubuhannya pada tahun 1992. Seawal tahun 2002 perayu turut mengeluarkan ban berintikan krim dan menjual produk itu dengan menggunakan cap "Squiggle" (juga disebut "cap dagangan melanggar"). Cap itu tidak didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 ("ACD"). Penggunaan cap tersebut pada bungkusan ban keluaran perayu adalah dalam bentuk berikut:

[9] Berikutannya, QAF dan Gardenia telah memulakan prosiding pertama di Mahkamah Tinggi mengatakan bahawa cap "Squiggle" tersebut telah melanggar cap dagangan berdaftar "Squiggles". Mereka memohon suatu perintah di bawah s 16(1) APD bagi menetapkan bahawa cap dagangan melanggar itu ada

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top